Roblox Keburukannya Langkah Kawalan Kepada Kanak Kanak


Roblox merupakan permainan yang popular dalam kalangan kanak-kanak namun tahukah anda permainan ini mempunyai banyak keburukannya?
Berikut diterangkan mengenai permainan ini, keburukannya dan langkah kawalan kepada kanak-kanak.
Apa Itu Roblox? Roblox merupakan permainan yang dilancarkan pada tahun 2006 dan kini boleh diakses daripada pelbagai jenis peranti dengan lebih 20 juta permainan di platformnya.
Ianya merupakan dalam talian yang membolehkan penggunanya mencipta permainan mereka sendiri dan juga memainkan pelbagai jenis mainan yang dihasilkan oleh pengguna lain. 
Dalam erti kata lain, ianya merupakan permainan yang dibuat sendiri oleh pemainnya.
Dari satu sudut, permainan mengajar pemainnya untuk menjadi kreatif bagi menghasilkan game mereka sendiri melalui jenis mainan daripada pemain yang lain.
Namun, dari sudut yang lain, permainan ini mengundang lebih banyak keburukan dan bahaya terutamanya kepada kanak-kanak.
Ciri Menarik Roblox Antara ciri menarik di dalam permainan ini ialah pemain diberikan avatarnya secara automatik.
Avatar ini seakan-akan seperti watak seperti manusia yang boleh disesuaikan dengan pelbagai bahagian badan, aksesori, pakaian, warna kulit, animasi dan lain-lain.
Untuk mengubah suai avatar ini, terdapat item yang boleh boleh diperolehi secara percuma atau perlu dibeli menggunakan mata wang maya yang dikenali sebagai Robux.
Bagi menggunakan Robux, ia memerlukan pemain mendaftarkan kad kredit bagi membolehkan item dibeli menerusi Robux tersebut.
Keburukan Roblux Menerusi perkongsian daripada Puan Hana Shahadan, terdapat 7 keburukan utama permainan ini iaitu:
Kandungan yang tidak sesuai tersembunyi dalam “User Created”: Permainan ini membenarkan sesiapa saja cipta dunia dan permainan mereka sendiri. Namun, bukan semua sesuai untuk kanak-kanak kecil kerana ada yang mengandungi elemen ganas, seram, bahkan lucah secara terselindung. Chat online dengan mereka yang tidak dikenali: Dalam permainan ini, kanak-kanak boleh berbual dengan sesiapa saja, termasuk orang dewasa. Terdapat banyak kes “grooming” berlaku apabila orang yang tidak dikenali berpura-pura jadi kanak-kanak sebaya seperti mereka. Pada mulanya mereka mengajak untuk bermain permainan tersebut namun ia kadang kala membawa kepada meminta gambar atau mengajak untuk berpindah ke platform lain. Sistem “Robux” (matawang game) boleh menjadi ketagihan: Kanak-kanak mudah menjadi taksub untuk membeli dan membandingkan avatar mereka dengan kawan. Terdapat kes kanak-kanak membeli sehingga ribuan ringgit kerana tidak memahami nilai sebenar. Kandungan buli dan toksik dalam komuniti : Kanak-kanak berisiko diejek, dibuang dari permainan, atau dibuli kerana watak mereka “tak cantik”. Perkara ini mungkin kecil bagi orang dewasa, tetapi boleh memberi kesan besar pada emosi kanak-kanak. Risiko permainan : Permainan ini kadang-kala mencipta suasana seram, ritual, atau unsur mistik. Jika mereka kerap terdedah dengan suasana tersebut, ia boleh mengganggu tidur dan emosi mereka. Ketagihan serius: Permainan ini direka dengan “reward system” yang membuatkan kanak-kanak sukar untuk berhenti bermain. Tiada kawalan masa dan umur yang jelas: Kanak-kanak boleh mengakses apa sahaja iaitu daripada chat dewasa sehingga permainan untuk 18 tahun ke atas. Pengharaman Roblox Terdapat beberapa negara telah bertindak untuk mengharamkan permainan ini.
Pada Ogos 2024, Turkiye telah bertindak mengharamkan permainan ini yang menyebabkan jutaan pemain tidak lagi boleh mengaksesnya di negara tersebut.
Ianya berikutan dakwaan wujudnya parti seksual dianjurkan di dalam permainan ini dengan kanak-kanak diberikan mata wang maya Robux untuk menyertainya.
Baru-baru ini, negara Iraq pula bertindak mengharamkan permainan ini kerana kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak dan remaja kepada cubaan eksploitasi atau pemerasan siber serta kandungannya tidak sesuai dengan nilai sosial dan tradisi.
Walaupun Malaysia masih lagi belum mengharamkan permainan ini, namun ibu bapa diingatkan untuk mengambil langkah kawalan bagi membendung gejala negatif berkaitan permainan ini.
Langkah Kawalan Langkah kawalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah seperti berikut:
Mengaktifkan “Parental Control” dalam akaun. Memantau permainan yang mereka main dan siapa yang mereka “chat”. Tetapkan masa skrin harian. Jangan membiarkan mereka bermain berseorangan. Ajar mereka mengenai perbezaan permainan dan dunia serta realiti sebenar. Sumber: https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/permainan-roblox-bahaya/
Baca juga: 10 Konsol Permainan Video Terbaik Untuk Keluarga


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/roblox/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=roblox

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melawat En Hedzuan Di Hospital Kanak Kanak Ukm

Melawat En Hedzuan Di Hospital Kanak Kanak Ukm

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum WRTPukul 3 petang semalam SA dan team ke Hospital Kanak Kanak UKM di Cheras Kami 9 orang melawat boss kecik kami En Hedzuan Azlee untuk memberikan moral support keda beliau dan Puan Isteri yang sedang di duga dengan anak sul...
Kanak Kanak Masuk Percuma Ke Zoo Negara Sempena Hari Kanak Kanak Sedunia Ini Cara Tebus Tiket

Kanak Kanak Masuk Percuma Ke Zoo Negara Sempena Hari Kanak Kanak Sedunia Ini Cara Tebus Tiket

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 163 hits
Kanak Kanak Masuk Percuma Ke Zoo Negara Sempena Hari Kanak Kanak Sedunia Ini Cara Tebus Tiket Kanak kanak ibarat permata dan bukan sahaja harapan kepada keluarga namun masa golongan inilah yang bakal mencorakkan masa depan sesebuah negara S...
Kereta E Hailing Hilang Kawalan Penumpang Wanita Maut Di Puchong

Kereta E Hailing Hilang Kawalan Penumpang Wanita Maut Di Puchong

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 144 hits
MOHD FAHMI ISMAILSeorang wanita maut manakala dua lelaki cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan di Jalan Puchong Batu 14 berhampiran stesen minyak BHP Kampung Baru Puchong malam tadi PUCHONG Seorang w...
Efisiensi Anggaran 2026 Tokoh Muda Kayong Utara Dukung Langkah Bupati Aktif Menjaring Anggaran Ke Pemerintah Pusat

Efisiensi Anggaran 2026 Tokoh Muda Kayong Utara Dukung Langkah Bupati Aktif Menjaring Anggaran Ke Pemerintah Pusat

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 167 hits
BloggerBorneo com Dalam menghadapi kebijakan efisiensi anggaran tahun 2026 Sabirin salah satu tokoh muda di Kabupaten Kayong Utara menyatakan dukungannya terhadap langkah Bupati yang dinilai aktif menjalin komunikasi dengan Pemerintah Pusat...
Unit Khas Malaysia Terlibat Bersama Kawalan Keselamatan

Unit Khas Malaysia Terlibat Bersama Kawalan Keselamatan

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 190 hits
Sekitar hotel di mana Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menginap sewaktu lawatannya ke Kuala Lumpur buat kali pertama sempena ASEAN Summit ke 47 Kelihatan penglibatan unit unit sepanjang lawatannya selama 24 jam itu Hotel dan limosin P...
Kanak Kanak Maut Tercekik Bebola Boba Bapa Salahkan Kedai

Kanak Kanak Maut Tercekik Bebola Boba Bapa Salahkan Kedai

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 184 hits
AgensiBeijing Tragedi seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun di China yang maut akibat tercekik bebola tapioka dalam teh susunya mencetuskan perdebatan hangat dalam talian mengenai tanggungjawab ibu bapa Memetik laporan South China M...
Permainan Video Ganas Berisiko Jejas Kesihatan Mental Kanak Kanak Dzulkefly

Permainan Video Ganas Berisiko Jejas Kesihatan Mental Kanak Kanak Dzulkefly

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 152 hits
Permainan Video Ganas Berisiko Jejas Kesihatan Mental Kanak kanak Dzulkefly KUALA SELANGOR 2 Nov Kanak kanak yang terdedah dan kerap bermain permainan video berunsur ganas berisiko mengalami gangguan kesihatan mental sekiranya tidak dipanta...
Golden Huntr X Muzik Trending Filem Animasi Kanak Kanak

Golden Huntr X Muzik Trending Filem Animasi Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 168 hits
Pernahkah anda terfikir bagaimana sebuah lagu animasi boleh menjadi fenomena global Ketika Golden sedang dimainkan di Netflix penulis juga terjebak dalam debaran magis kumpulan K pop fiksyen yang mencarikan jalan keluar dunia dari kejahatan...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali