Rm920 Juta Kepada Konsesi Lebuhraya Rm900 Juta Kepada Pengusaha Stesen Minyak Untuk Rakyat



"Dasar Kerajaan yang enggan membenarkan syarikat pengedar bahan api untuk bersaing secara bebas dengan menetapkan harga minyak dan petrol di bawah harga runcit yang ditentukan kerajaan hanya akan merugikan rakyat." kata Tony Pua pada suatu masa dahulu.

“Rakyat Malaysia sangat kesal dengan keputusan kerajaan itu yang seolah-olah melindungi keuntungan syarikat minyak dan gas, dengan mengorbankan kepentingan rakyat biasa,” katanya dalam satu kenyataan pada masa silam.

Tony berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), yang memaklumkan bahawa harga runcit mingguan akan diumumkan pada setiap hari Rabu bermula 29 Mac 2017.

Itu dulu.

Tentu Tony tahu bahawa bermula hari ini, harga runcit petrol juga ditetapkan oleh kerajaan PH dan juga akan di umumkan setiap minggu.

Bukan itu sahaja. Tentu Tony juga mengambil tahu bahawa kerajaan telah menaikkan margin keuntungan stesen minyak semalam - satu langkah yang kerajaan BN masa saya tidak ambil.

Bukan setakat tahu tetapi Tony sendiri mungkin antara mereka yang menyumbang kepada keputusan tersebut..

Langkah itu jaga kepentingan syarikat minyak ataupun kepentingan rakyat?

Rakyat korban atau tidak?

Bukan main seronok DAP hari-hari hantam setiap keputusan kerajaan BN dahulu untuk menghasut rakyat dan menanam kebencian.

Kini, hampir semua yang mereka buat sama dengan kerajaan BN.

Kecuali hari pengumuman harga ditukar dari hari Rabu kepada hari Jumaat.

Mungkin hari Jumaat dipilih dan bukan Rabu kerana DAP prihatin rakyat?

Mungkin hari Jumaat dipilih kerana lebih senang untuk rakyat beratur pada tengah malam Jumaat memandangkan lebih ramai orang bercuti pada hari Sabtu?

[Kenyataan Tony Pua Ibarat Menjilat Ludah Sendiri... KLIK SINI]

Kerajaan PH Perlu Bayar RM900 Juta Kepada Pengusaha Stesen Minyak Sebagai Komisen Menggunakan Wang Rakyat...

Unjuran jumlah penggunaan petrol dan diesel oleh rakyat Malaysia bagi tahun 2019 ini ialah sebanyak 30 bilion liter

Bermula hari ini, kerajaan PH telah naikkan margin keuntungan pengusaha stesen minyak sebanyak 23% bagi RON95 iaitu dari 12.19 sen kepada 15 sen satu liter.

Margin keuntungan untuk diesel juga dinaikkan 43% iaitu dari 7 sen kepada 10 sen seliter.

Oleh itu, harga RON95 yang diumum sepatutnya RM1.90 satu liter. Tetapi kerana margin keuntungan telah ditambah semalam, harga menjadi RM1.93.

Ekoran kenaikan, rakyat Malaysia bakal menanggung kos tambahan sebanyak RM900 juta (30 bilion liter x 0.03 sen) setahun.

Kerajaan PH juga berjanji akan menetapkan harga siling untuk RON95 pada tahap RM2.20 satu liter dan berjanji akan memberi subsidi jika harga diapung melebihi harga siling ini.

Jika janji harga siling ini benar-benar ditepati (takut U-turn lagi atau manifesto bukan kitab), ini bermaksud PH akan memberi subsidi kepada stesen minyak apabila harga minyak melebihi RM2.20 satu liter.

Bergantung kepada harga minyak semasa, beban tambahan RM900 juta ini akan ditanggung, samada oleh rakyat melalui harga petrol lebih mahal atau oleh kerajaan dalam bentuk subsidi.

Di dalam ‘worst case scenario’ di mana harga minyak melebihi RM2.20 satu liter untuk seluruh tempoh satu tahun, keseluruhan RM900 juta ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui subsidi.

Adakah kerajaan PH sedar mengenai kemungkinan ini?

Jumlah subsidi RM900 juta satu tahun untuk stesen minyak ini jauh lebih tinggi berbanding jumlah dibayar oleh kerajaan PH untuk bantuan musim tengkujuh pekebun kecil (RM165 juta), bantuan awal persekolahan (RM328 juta) dan bantuan kewangan khas FELDA (RM77 juta) yang diumumkan bulan lepas.

Adakah PH pernah mempertimbangkan cara lain untuk membantu pengusaha stesen minyak menanangi kos operasi seperti memberi pinjaman mudah untuk menambah hasil jualan dengan mempelbagaikan jenis barang dan perkhidmatan yang boleh dijual di stesen minyak mereka?

Ataupun dengan membantu pengusaha stesen minyak berunding dengan syarikat minyak supaya mereka tidak akan mengalami kerugian akibat dari perubahan harga minyak mingguan?

Mungkin kerajaan boleh membayar ganti-rugi kepada stesen-stesen minyak yang mengadu akan mengalami kerugian sehingga RM40 juta akibat penurunan harga petrol hari ini memandangkan kerajaan PH telah mengutip beratus juta Ringgit dalam cukai minyak tersembunyi bulan lepas?

Langkah kerajaan PH mengapungkan semula harga petrol RON95 setiap minggu bukan perkara baru dan pernah diperkenalkan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Pada masa itu, kerajaan BN tidak menaikkan margin keuntungan untuk pengusaha stesen petrol.

Niat untuk membantu pengusaha stesen minyak memang wajar tetapi langkah ini juga membebankan pengguna dan rakyat yang lebih memerlukan kerana sudah tentu bantuan kepada golongan ini akan dikurangkan apabila kerajaan perlu memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak.

Adakah kerajaan PH akan meluluskan kenaikan margin keuntungan yang bebankan rakyat setiap kali ada golongan berkepentingan datang mengadu ataupun hanya untuk syarikat minyak sahaja?

Tentu ada cara penyelesaian yang lain.

Sumber  : FB Page Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sgtnews.blogspot.com/2019/01/rm920-juta-kepada-konsesi-lebuhraya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
18 Stesen Minyak Di Johor Tiada Diesel

18 Stesen Minyak Di Johor Tiada Diesel

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 103 hits
Sebanyak 11 stesen minyak di Batu Pahat empat di Johor Bahru dua di Kota Tinggi dan satu di Segamat kekurangan bekalan diesel sejak semalam PETALING JAYA Lapan belas stesen minyak di Johor dikenal pasti tiada bekalan diesel sejak semalam Pe...
Awat Ingat Rakyat Kelantan Nak Terima Kasih Kah Malam Sikit Rm50 Juta Bantuan Dari Pusat Pmx Kini Di Negeri Kelantan

Awat Ingat Rakyat Kelantan Nak Terima Kasih Kah Malam Sikit Rm50 Juta Bantuan Dari Pusat Pmx Kini Di Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 119 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan awal segera berjumlah RM50 juta untuk disalurkan kepada mangsa mangsa banjir di Kelantan Menurutnya bantuan itu akan disalurkan terus sebanyak RM1 000 bagi setiap keluarga Bagi mangsa mangsa...
Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan 8 Manfaat Untuk Rakyat

Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan 8 Manfaat Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 110 hits
Bersempena dengan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan yang telah dibentangkan rakyat dari Negeri Sembilan yang memenuhi kriteria tertentu layak mendapat manfaat melalui Skim Sejahtera Rakyat Antara intipati dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2024...
Ppim Gesa Kkm Nilai Semula Keperluan Rakyat Divaksinasi Covid 19 Lagi Kenyataan Media 28 12 2023

Ppim Gesa Kkm Nilai Semula Keperluan Rakyat Divaksinasi Covid 19 Lagi Kenyataan Media 28 12 2023

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia mengkaji semula keperluan rakyat divaksinasi lagi dengan vaksin Covid 19 setelah diumumkan oleh World Health Organization sebagai Ende...
Kes Dadah 77 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara

Kes Dadah 77 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 103 hits
Sindiket menawarkan upah lumayan untuk menyeludup dadah ke luar negara melalui media sosial kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din KUALA LUMPUR Sebanyak 77 rakyat Malaysia ditahan di luar negara ber...
Adakah Rakyat Masih Memerlukan Suntikan Vaksin Dasar Kesihatan Negara Adakah Relevan Sidang Media Ppim 28 12 2023

Adakah Rakyat Masih Memerlukan Suntikan Vaksin Dasar Kesihatan Negara Adakah Relevan Sidang Media Ppim 28 12 2023

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 119 hits
KUALA LUMPUR Pasca COVID 19 telah diumumkan oleh World Health Organization sebagai Endemik di seluruh dunia perlukah lagi vaksinasi COVID 19 Kementerian Kesihatan Malaysia perlu ada satu dasar yang baharu untuk menangani masalah wabak secar...
Persepsi Tumbang Kerajaan Pn Hentikan Mimpi Rakyat Sudah Muak

Persepsi Tumbang Kerajaan Pn Hentikan Mimpi Rakyat Sudah Muak

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 102 hits
Oleh Abdullah ZaidMenjengah setahun pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai kerajaan ura ura Perdana Menteri baharu akan mengambil alih kuasa masih dimainkan pembangkang biarpun penuh kekaburan Malah apa yang lebih parah lagi tarikh ...
Anak Bangsawan Berjiwa Rakyat Tak Mungkin Akan Sama Dengan Anak Kerala Berhati Busuk

Anak Bangsawan Berjiwa Rakyat Tak Mungkin Akan Sama Dengan Anak Kerala Berhati Busuk

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 109 hits
Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai kisah sedih saudara S Sukumaran Ingin bawa perhatian kepada keadaan beliau dan semoga siapa yang mampu dapatlah membantunya Saudara Sukumaran ini mempunyai keupayaan terhad akibat kemalangan dan ki...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan