Rm8 000 Diberi Sekali Sahaja Kepada Penerima Mysalam


THE MALAYSIAN TIMES 
PUTRAJAYA: Penerima Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) akan mendapat bayaran sekali sahaja sebanyak RM8,000 jika dikenal pasti menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata skim mySalam itu akan memberi bayaran harian sebanyak RM50 sebagai pendapatan gantian jika penerima menjalani rawatan di mana-mana hospital kerajaan untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun atau bersamaan dengan RM700 setahun.

Skim mySalam, yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, menyediakan perlindungan takaful kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR). Melaluinya, kerajaan membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan yang timbul akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa satu daripada 36 penyakit kritikal.

Skim itu melibatkan sumbangan permulaan sebanyak RM2 bilion daripada syarikat insurans dan takaful Great Eastern.

Lim pada majlis pelancaran skim mySalam itu berkata skim itu bermula pada 1 Januari lepas dan golongan B40 yang layak boleh membuat tuntutan mulai 1 Mac ini.

Selepas tarikh tersebut, Lim berkata semua penerima B40 yang layak di bawah skim itu akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan perkhidmatan sokongan pelanggan juga akan mula beroperasi.

“Jika terdapat tuntutan, penerima boleh mengemukakan tuntutan tersebut melalui portal mySalam dalam talian atau di mana-mana pejabat Great Eastern di Malaysia dengan dokumentasi yang lengkap.

“Setelah tuntutan diluluskan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima,” katanya, sambil menambah butiran lanjut mengenai proses tuntutan akan diumumkan pada akhir bulan ini.

Beliau berkata seramai 3.69 juta individu golongan B40 berumur antara 18 hingga 55 tahun yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup layak menikmati skim tersebut.

Lim berkata kerajaan akan menggunakan sumbangan RM2 billion untuk membayar kadar premium insurans perlindungan sosial sebanyak RM112 untuk setiap individu di bawah skim itu.

“Kadar premium ini ditetapkan pada kadar kos dan tanpa keuntungan untuk syarikat insurans,” katanya.

Mengenai caruman RM2 billion sebagai dana permulaan skim mySalam, Lim berkata ia merupakan sumbangan tunai oleh pemegang saham insurans asing sebagai alternatif kepada syarat pelupusan lebihan pegangan saham sebanyak 30 peratus, kepada tahap pegangan tidak melebihi 70 peratus yang ditetapkan kerajaan.

“Pilihan untuk menyumbang ini adalah selaras dengan objektif kerajaan untuk memberikan tumpuan khusus dan secara langsung kepada golongan B40, agar memanfaatkan jutaan orang dan bukan hanya segelintir kecil sahaja,” katanya.–Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/rm8000-diberi-sekali-sahaja-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Sama Melayu Gaduh Cina Diberi Skim Pembiayaan Khusus Untuk Cina Sahaja

Melayu Sama Melayu Gaduh Cina Diberi Skim Pembiayaan Khusus Untuk Cina Sahaja

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 528 hits
Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina oleh Bank Simpanan Nasional nampak menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak Malah ada penyokong Pakatan Harapan sendiri turut mempersoalkannya Dalam tweetnya kepada Naib Presi...
Pm Skim Mysalam Akan Beri Manfaat 3 69 Juta Penerima B40

Pm Skim Mysalam Akan Beri Manfaat 3 69 Juta Penerima B40

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 383 hits
PUTRAJAYA Skim Perlindungan Nasional B40 atau Skim mySalam akan memanfaatkan 3 69 juta penerima daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40 terendah yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Moh...
Jaguar Land Rover To Cut Up To 5 000 Jobs

Jaguar Land Rover To Cut Up To 5 000 Jobs

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 262 hits
Jaguar Land Rover will today announce it is cutting up to 5 000 jobs from its 40 000 strong UK workforce Management marketing and administrative roles are expected to be hardest hit but some production staff may also be affected The layoffs...
Bersih Saran Spr Diberi Kuasa Mendenda

Bersih Saran Spr Diberi Kuasa Mendenda

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 266 hits
Ia dirasakan perlu oleh pertubuhan pendesak pembaharuan pilihan raya itu bagi menangani kes kes kesalahan kecil
Tidak Cukup Diberi Bonus 3 Bulan Gaji Pekerja Contoh Dihadiahkan Sebuah Kereta Volvo V40 Baru Oleh Majikan

Tidak Cukup Diberi Bonus 3 Bulan Gaji Pekerja Contoh Dihadiahkan Sebuah Kereta Volvo V40 Baru Oleh Majikan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 344 hits
Sebuah syarikat yang pemurah dan baik hati telah mengumumkan kepada para pekerjanya yang mereka akan menerima bonus 3 bulan gaji pada akhir tahun Semua pekerja berasa sungguh gembira Hasil usaha keras mereka kerana menaikkan nama syarikat t...
Subsidi Dicabut Pns Bayar Parkir Langganan Di Irti Monas Rp 550 000 Perbulan

Subsidi Dicabut Pns Bayar Parkir Langganan Di Irti Monas Rp 550 000 Perbulan

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 254 hits
Usai subsidi dicabut PNS dikenakan tarif sebesar Rp 352 ribu setiap bulan untuk motor dan Rp 550 000 untuk mobil
Ini Cara Pemerintah Dorong Harga Karet Capai Rp 9 000 Per Kg

Ini Cara Pemerintah Dorong Harga Karet Capai Rp 9 000 Per Kg

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 317 hits
Direktur Jenderal Perkebunan Kementerian Pertanian Bambang mengatakan pemerintah sedang mengkaji spesifikasi karet yang memenuhi kualitas sebagai pencampuran aspal Ke depan produksi karet diharapkan dapat mencapai kualitas optimal
Proyek Pembangkit 35 000 Mw Baru Beroperasi 2 889 Mw

Proyek Pembangkit 35 000 Mw Baru Beroperasi 2 889 Mw

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 243 hits
Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral mencatat realisasi proyek kelistrikan 35 000 megawatt baru mencapai 8 persen Pembangunan pembangkit dari program tersebut hingga Desember 2018 baru sekitar 2 889 MW
Diberi Sgd 18 Ribu Oleh Idrus Marham Eni Saragih Klaim Pinjaman

Diberi Sgd 18 Ribu Oleh Idrus Marham Eni Saragih Klaim Pinjaman

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 237 hits
Mantan Wakil Ketua Komisi VII DPR Eni Maulani Saragih mengaku pernah meminjam uang ke Idrus Marham untuk biaya Pilkada suaminya di Kabupaten Temanggung Permintaan itu kemudian disanggupi Idrus Marham dengan memberi Eni SGD 18 ribu
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

When The Jackals Rule

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu

Hiburan Isteri Dah Banyak Kali Minta Cerai Dedah Sebab Utama Abang Wiring Enggan Lepaskan Bukan Sebab Sayang Tapi