Pm Skim Mysalam Akan Beri Manfaat 3 69 Juta Penerima B40



PUTRAJAYA: Skim Perlindungan Nasional B40 atau Skim mySalam akan memanfaatkan 3.69 juta penerima daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan berhasrat untuk membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan apabila dimasukkan ke hospital kerajaan atau ditimpa salah 1 daripada 36 penyakit kritikal yang tidak diduga.

“Kerajaan menjangkakan seramai 3.69 juta rakyat yang berumur 18 sehingga 55 tahun akan layak untuk menerima manfaat.

“Oleh itu, pilihan untuk menyumbang kepada ini adalah
selaras dengan objektif kerajaan untuk mencapai manfaat ekonomi jangka panjang yang lebih tinggi,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam di Kementerian Kewangan.

Hadir sama, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.

Skim mySalam diperkenalkan dengan sumbangan permulaan yang besar iaitu sebanyak RM2 bilion daripada syarikat insurans dan takaful Great Eastern.

Dr Mahathir berkata skim itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman di kalangan B40 mengenai perlindungan insurans serta takaful.

Dr Mahathir berkata, kerajaan berharap skim itu juga berupaya membina kepercayaan terhadap insurans dan perlindungan takaful hasil dari perkhidmatan yang berkesan dan efektif.

“Walaupun beban kewangan yang diwarisi adalah besar dan berat, namun ia tidak akan menjadi halangan untuk kerajaan memperkenalkan program-program mesra rakyat seperti Skim mySalam.

“Walaupun kelihatan berdikit dan agak hati-hati di dalam melaksanakan program-program ini, kerajaan akan memastikan usaha tersebut mencapai golongan sasaran dan
mereka yang memerlukan akan menerimanya,” katanya.

Katanya, beliau percaya skim berkenaan akan berjaya menarik dan menambahkan sumbangan kepada Tabung mySalam daripada Great Eastern dan semua penanggung insurans serta pengendali takaful di Malaysia.

“Saya juga berharap syarikat insurans swasta yang lain dapat berganding bahu untuk memperluaskan jangkauan pemilikan polisi insurans dan takaful rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Lim berkata di bawah skim mySalam, penerima yang layak akan mendapat perlindungan kesihatan secara percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal merangkumi kanser, serangan jantung dan penyakit alzheimer.

Lim berkata penerima juga layak mendapat bayaran “one-off” (sekali gus) sebanyak RM8,000 jika dikenal pasti menghidapi salah satu daripada penyakit kritikal berkenaan.

“Skim itu juga memberi bayaran harian sebanyak RM50 sebagai pendapatan gantian jika penerima menjalani rawatan di mana-mana hospital kerajaan untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun atau bersamaan dengan RM700 setahun.

“Skim berkenaan sudah pun bermula pada 1 Januari lalu dan penerima yang layak boleh membuat tuntutan mulai 1 Mac depan,” katanya.

Lim berkata skim itu juga dijangka dapat menawarkan sekurang-kurangnya 5 tahun untuk golongan sasaran. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/pm-skim-mysalam-akan-beri-manfaat-369.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
800 000 Rakyat Malaysia Terima Manfaat Skim Peka B40 Mulai Mac

800 000 Rakyat Malaysia Terima Manfaat Skim Peka B40 Mulai Mac

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 341 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Kira kira 800 000 rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas daripada kumpulan B40 bakal menerima manfaat skim peduli kesihatan dikenali PeKa B40 dengan peruntukan RM100 juta yang akan dilaksanakan secara berperi...
Bantuan Golongan B40 Skim Mysalam Beri Free Rm8000 Dan Rm50 Sehari

Bantuan Golongan B40 Skim Mysalam Beri Free Rm8000 Dan Rm50 Sehari

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 1051 hits
Bantuan Golongan B40 Skim MySalam Insurance Boleh Mohon Sekarang Selain daripada bantuan sara hidup yang sedang rancak diberikan kepada kalangan dan penerima layak yang lain Satu lagi insiatif bantuan rakyat telah dilancarkan oleh kerajaan ...
Rm8 000 Diberi Sekali Sahaja Kepada Penerima Mysalam

Rm8 000 Diberi Sekali Sahaja Kepada Penerima Mysalam

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 426 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Penerima Skim Perlindungan Nasional B40 akan mendapat bayaran sekali sahaja sebanyak RM8 000 jika dikenal pasti menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau...
Kkm Bakal Perkenal Skim Peka B40 Untuk Tangani Ncd B40

Kkm Bakal Perkenal Skim Peka B40 Untuk Tangani Ncd B40

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 466 hits
THE MALAYSIAN TIMESPUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia bakal memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan atau PeKa B40 bagi menangani isu penyakit tidak berjangkit yang tinggi dalam kalangan golongan B40 di negara ini Menterinya Datuk Seri Dr...
Jadi Tersangka Pungli Rp 500 Juta Sekretaris Bppkad Gresik Ditahan

Jadi Tersangka Pungli Rp 500 Juta Sekretaris Bppkad Gresik Ditahan

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 317 hits
Penetapan status tersangka dan penahanan pejabat BPPKAD ini dibenarkan Kasi Penkum Kejati Jatim Richard Marpaung Ia menyatakan setelah dilakukan pemeriksaan selama 1 x 24 jam terkait dengan temuan uang senilai Rp 500 juta lebih dari brankas...
2018 Negara Rugi Rp 3 Miliar Gara Gara 6 9 Juta Batang Rokok Ilegal

2018 Negara Rugi Rp 3 Miliar Gara Gara 6 9 Juta Batang Rokok Ilegal

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 228 hits
Selain rokok sebagai produk hasil tembakau Bea Cukai Semarang juga memusnahkan beberapa barang bukti lain Diantaranya 712 bungkus tembakau iris serta 45 botol minuman beralkohol yang tak berlabel cukai maupun penjualannya tanpa izin
Kisah Legiman Pengemis Dengan Kekayaan Lebih Dari 1 Miliar Tabungannya Saja 900 Juta

Kisah Legiman Pengemis Dengan Kekayaan Lebih Dari 1 Miliar Tabungannya Saja 900 Juta

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 264 hits
Seorang pengemis bernama Legiman terjaring dalam operasi penertiban Pengemis Gelandangan dan Orang Terlantar yang dilakukan Satuan Polisi Pamong Praja Kabupaten Pati di Kawasan Simpang Lima Pati Jawa Tengah pada Sabtu malam Petugas menggiri...
Polisi Temukan Aliran Dana Rp 140 Juta Ke Kepala Staf Ketum Pssi

Polisi Temukan Aliran Dana Rp 140 Juta Ke Kepala Staf Ketum Pssi

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 229 hits
Kepala Staf Ketua Umum PSSI Iwan Budianto alias IB dilaporkan ke Satgas Antimafia Bola Polri terkait penyelenggaraan Piala Soeratin 2009 Polri menemukan adanya aliran dana senilai Rp 140 juta kepada Iwan Budianto
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai