Rm500 Juta Kononnya Diterima Bersatu Adalah Fitnah



ROSLI HASSAN, ON BBC
BARU-BARU ini tular kononnya peguam 1MDB, Rosli Dahlan menerima hampir RM2 bilion atau 10 peratus sebagai yuran guaman yang dilakukan oleh syarikatnya dalam mendapatkan semula sekitar RM20 bilion wang yang diselewang daripada 1MDB.
Sebanyak RM500 juta juga kononnya kemudian diberi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai komisen kerana membantu Putrajaya mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs berkait skandal kewangan 1MDB itu.
Sebagai rekod, pada Julai tahun lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberitahu Goldman Sachs akan membayar wang tunai USD2.5 bilion dan memberi jaminan pemulangan sekurang-kurangnya USD1.4 bilion yang dirampas kerajaan Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada dana yang diseleweng daripada 1MDB.

Bagaimanapun, penulis blog Raja Petra Kamarudin baru-baru ini mendedahkan sekeping gambar cek diterima Rosli Dahlan sebagai yuran guaman daripada 1MDB berkaitan kes Goldman Sachs dan jumlah yang tertera pada cek berkenaan hanya kira-kira RM2.4 juta.
Bukti cek ini jelas menunjukkan Rosli Dahlan tidak menerima RM2 bilion atau 10 peratus seperti yang didakwa sebaliknya hanya kira-kira 0.01 peratus sahaja daripada jumlah penyelesaian yang dicapai.
Pada kadar 0.01 peratus ini, boleh dikatakan Rosli Dahlan melakukan khidmat negara kerana sudah semestinya jumlah yuran guaman diterimanya itu amat rendah jika dibandingkan kadar 10 peratus yang biasanya dikenakan oleh peguam lain berkaitan kes saman.
Yuran guaman RM2.4 juta yang diterima Rosli Dahlan berbanding penyelesaian hampir RM20 bilion diterima 1MDB daripada Goldman Sachs sebenarnya boleh disifatkan sebagai satu kerugian kepada peguam itu.
Dengan jumlah masa yang diperuntukannya untuk kes berkenaan selain kos-kos yang perlu ditanggung, Rosli Dahlan pastinya boleh mendapatkan yuran guaman yang lebih tinggi daripada 1MDB.
Namun, dia tidak berbuat demikian sebaliknya bersetuju menerima yuran guaman yang lebih rendah daripada kebiasaan sebagai khidmat baktinya yang ikhlas kepada negara tercinta, Malaysia.
Jumlah yuran guaman hanya RM2.4 juta diterima Rosli Dahlan ini juga sekali gus menjawab tohmahan yang dilemparkan kepada Bersatu kononnya parti berkenaan menerima RM500 juta sebagai komisen daripada peguam itu kerana membantu Putrajaya mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs.
Mana mungkin dan tidak logik andainya Rosli Dahlan yang hanya menerima RM2.4 juta sebagai yuran guaman boleh memberi komisen RM500 juta kepada Bersatu. Ini bermakna Rosli Dahlan perlu mengeluarkan duit poketnya sendiri sebanyak RM497.6 jika berbuat demikian.
Keadaan ini jelas menunjukkan dakwaan bahawa Rosli Dahlan menerima hampir RM2 bilion sebagai yuran guaman yang kemudiannya memberi RM500 juta kepada Bersatu adalah satu pembohongan besar.
Ia jelas merupakan satu fitnah yang dilemparkan musuh-musuh politik Bersatu dan musuh Tan Sri Muhiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu.
Dakwaan itu tidak lebih daripada bertujuan mencemarkan imej baik Perdana Menteri selain strategi pembunuhan watak terhadap Muhyiddin yang terbukti seorang pemimpin yang bersih dan sangat mengambil berat terhadap kebajikan rakyat.
Musuh-musuh politik Muhyiddin mungkin semakin dihimpit kegusaran melihat pencapaian memberangsangkan Perdana Menteri sehingga terpaksa melakukan fitnah kotor bagi menggugat keyakinan rakyat terhadap Muhyiddin.
Dakwaan polis yang dilakukan meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaaan komisen RM500 juta ini juga boleh dikatakan hanya satu sandiwara bagi mengaburi mata rakyat kononnya dakwaan itu berasas.
Hakikatnya, jika semua berita yang belum pasti kebenarannya dilaporkan kepada polis untuk disiasat, pihak polis pastinya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiasat semua kes-kes lain terutamanya kes-kes jenayah.
Merupakan tugas penerima berita menyiasat berita yang diterimanya itu benar atau palsu dan bukannya dengan mudah membuat laporan polis terhadap berita yang belum pasti kesahihannya untuk tidak membuang masa dan tenaga anggota polis.
Yang sahih kini, dakwaan Bersatu menerima RM500 juta ini merupakan satu berita palsu bertujuan mengaibkan atau memburukkan Bersatu dan Muhyiddin, malah boleh dianggap sebagai satu fitnah.
Tidakkah penyebar-penyebar fitnah terhadap Bersatu dan Muhyididin ini takut akan azab Allah yang menanti mereka di neraka nanti.
Sabda Rasulullah SAW: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Semoga kita semua dihindari daripada melakukan dosa-dosa fitnah ini.
Dalam pada itu, inilah contoh kecerdikan Muhyiddin.
Ini kerana umum tahu Rosli Dahlan adalah peguam yang sejak dahulu mewakili Bersatu sebaik parti itu ditubuhkan pada tahun 2016
Mana-mana wakil rakyat Bersatu yang berhadapan kes mahkamah sivil seperti beberapa ADUN yang didakwa oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ekoran mereka tidak lagi menjadi penyokong Pakatan Harapan.
Rosli Dahlan adalah peguam yang membela tanpa ada bayaran daripada Bersatu.
Malangnya apabila tiba- tiba Rosli Dahlan menyelesaikan pembayaran yang menguntungkan rakyat dan kerajaan, timbul tohmahan bayaran RM500 juta kepada Bersatu.
Sesetengah pihak menyangkakan yang Perdana Menteri ke-8 ini sama dengan kaedah membayar seorang peguam sehingga RM10 bilion untuk selesaikan bayaran guaman sebuah parti.
Nyata mereka tersilap tomahan. Mereka juga tersalah teka apabila Rosli Dahlan hanya dibayar oleh 1MDB bayaran yang ciput…ikut man hour.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/22/rm500-juta-kononnya-diterima-bersatu-adalah-fitnah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Muhyiddin Digesa Perjelas Dakwaan Bersatu Terima Komisen Rm500 Juta

1mdb Muhyiddin Digesa Perjelas Dakwaan Bersatu Terima Komisen Rm500 Juta

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 259 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengakhiri sikapnya yang terus membisu berhubung dakwaan yang mengaitkan kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM500 juta kepada partinya kerana membantu mencapai penye...
Dakwaan Kononnya Terdapat Tindakan Saman Ke Atas Pemandu Kenderaan Yang Memakai Cermin Mata Gelap Adalah Tidak Benar

Dakwaan Kononnya Terdapat Tindakan Saman Ke Atas Pemandu Kenderaan Yang Memakai Cermin Mata Gelap Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 263 hits
SEBENARNYA Menurut Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik JSPT telah mengesan satu audio yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai tindakan saman ke atas pemandu kenderaan yang memakai cermin mata gelap
Khabar Angin Pemecatan Zahid Adalah Khabar Angin Mereka Yang Bimbang Dengan Pengaruh Pro Bersatu

Khabar Angin Pemecatan Zahid Adalah Khabar Angin Mereka Yang Bimbang Dengan Pengaruh Pro Bersatu

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 447 hits
Jika PAU bersetuju UMMO putus hubungan BERSATU Ia memberi kesan yang lebih buruk kepada gang mahkamah Sudah difikirkah KEPUTUSAN ITU atau wajar KEPUTUSAN tersebut diserah kepada Presiden sahaja untuk membuat KEPUTUSAN pada Masa yang sesuai ...
Ppbm Nafi Terima Komisen Rm500 Juta Goldman Sachs

Ppbm Nafi Terima Komisen Rm500 Juta Goldman Sachs

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 203 hits
March 20 2021 Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan menafikan parti itu menerima komisen untuk membantu kerajaan dalam penyelesaian dengan Goldman Sachs PETALING JAYA PPBM menolak tuduhan konon parti itu menerima komisen RM500 juta untuk...
Ismail Sabri Dapat Perintah Mahkamah Arah Bekas Srikandi Bersatu Padam Kenyataan Fitnah

Ismail Sabri Dapat Perintah Mahkamah Arah Bekas Srikandi Bersatu Padam Kenyataan Fitnah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 260 hits
Ismail Sabri dapat perintah mahkamah arah bekas Srikandi Bersatu padam kenyataan fitnah Dikemas kini 6 minit yang lalu Diterb
Do Not Defame Bersatu Wan Saiful Tells Pkr Mps Over Enticement Claims

Do Not Defame Bersatu Wan Saiful Tells Pkr Mps Over Enticement Claims

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 303 hits
PKR leaders should stop blaming others over the defection of its MPs said Bersatu information chief Wan Saiful Wan Jan In a statement today he said PKR should instead focus on solving the party s internal issues The reality is that PKR is o...
Pru15 Umno Bertanding Di Kerusi Yang Penyandangnya Lompat Ke Bersatu

Pru15 Umno Bertanding Di Kerusi Yang Penyandangnya Lompat Ke Bersatu

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 275 hits
FAZLI RADZIBekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa menegaskan parti itu perlu diberi keutamaan untuk bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dimenangi atas tiket Umno tetapi penyandangnya kini sudah menyertai Bersatu Ahli Par...
Ada Gerakan Sulit Dalam Umno Cuba Batal Keputusan Putus Hubungan Dengan Bersatu

Ada Gerakan Sulit Dalam Umno Cuba Batal Keputusan Putus Hubungan Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 231 hits
perakinsights com Seorang pemimpin Umno cuba mengubah keputusan parti itu untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang FMT difahamkan Menurut sumber beberapa pemimpin bahagian sudah didekati sementara yang lain tahu aka...
Pkr Sources Hint Umno Talks Aimed At Taking Back Bersatu Seats

Pkr Sources Hint Umno Talks Aimed At Taking Back Bersatu Seats

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 331 hits
PKR s unofficial talks with Umno have been shrouded in secrecy with even Umno supreme council members Malaysiakini spoke to in the dark over what has been discussed While scarce details have led to rife speculation several PKR sources have ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint