Rm20 Bilion Bantu Golongan Berpendapatan Rendah Miskin Tegar Turun 00 9 Peratus Pm Anwar


RM20 Bilion Bantu Golongan Berpendapatan Rendah, Miskin Tegar Turun 00.9 Peratus – PM Anwar
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Kerajaan telah menyalurkan hampir RM20 bilion bagi melaksanakan pelbagai program bantuan untuk golongan berpendapatan rendah tahun ini, sekali gus membantu menurunkan kadar kemiskinan tegar negara kepada hanya 0.09 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata jumlah itu merangkumi pelbagai inisiatif termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain sokongan kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri.
“Daripada senarai yang dimasukkan, baki 0.09 peratus itu adalah kategori kemiskinan tegar. Itu angka awal tahun dan kini semua kes dalam senarai berkenaan telah diselesaikan, bukan oleh Kerajaan Persekutuan sahaja tetapi juga dengan kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri.
“Berdasarkan data e-Kasih, bilangan isi rumah miskin tegar telah berkurangan dan kita mempunyai keupayaan untuk menyelesaikannya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) mengenai kemajuan Kerajaan MADANI dalam menangani isu kemiskinan tegar dan kemiskinan secara keseluruhan.
Anwar berkata usaha menghapuskan kemiskinan tegar turut melibatkan kerjasama rapat kerajaan negeri termasuk di Kelantan dan Kedah, khususnya bagi menambah baik proses pengesanan serta penyelarasan bantuan.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan kenaikan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500 dan kini RM1,700, serta pelarasan gaji 25 hingga 30 peratus bagi penjawat awam berpendapatan rendah, turut bertujuan mengurangkan kemiskinan relatif dan menangani jurang pendapatan.
“Penjawat awam dalam kategori rendah ini tergolong dalam kumpulan miskin, bukan miskin tegar, tetapi masih miskin. Jadi apabila kita naikkan gaji mereka antara 25 hingga 30 peratus, khususnya bagi kumpulan terbawah, ia membantu mengurangkan kesenjangan dan meningkatkan taraf hidup mereka.
“Saya harap ada ruang lagi untuk peningkatan sebaik sahaja keadaan ekonomi lebih meyakinkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan tambahan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) mengenai pelaksanaan bantuan SARA RM100 dan akses penerima luar bandar untuk berbelanja di kedai kecil, Anwar berkata lebih 80 peratus penerima telah menebus bantuan itu setakat ini, dengan lebih 2,000 kedai kecil luar bandar kini menerima transaksi di bawah program berkenaan.
Beliau berkata peningkatan itu membuktikan pelaksanaan program tersebut membantu memudahkan urusan rakyat sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi setempat, berbanding hanya kira-kira 180 kedai ketika inisiatif itu mula diperkenalkan.
Menjawab soalan tambahan Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) mengenai usaha mengurangkan kemiskinan di Sabah dan Sarawak, Anwar berkata kerajaan memberi keutamaan kepada negeri berpendapatan rendah dan kawasan pedalaman melalui program seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA yang mencatat agihan tertinggi antaranya di Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Beliau turut menjelaskan bahawa pendekatan agihan bantuan di kawasan rumah panjang memerlukan penyesuaian mengikut struktur komuniti setempat bagi memastikan penerima mendapat manfaat secara berkesan.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai indikator baharu pengukuran kemiskinan dan penggunaan data Pangkalan Data Utama (PADU), Anwar berkata kerajaan sedang menyelaras pangkalan data MyKad dengan rekod peruntukan agensi kerajaan Persekutuan, negeri, zakat dan bantuan lain bagi mengelakkan pertindihan serta memastikan bantuan sampai kepada golongan yang layak.
“Selain bantuan tunai, kita tingkatkan program seperti Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN supaya keluarga dapat jana pendapatan stabil dan tidak kembali kepada kemiskinan,” katanya.
Sumber: Bernama
The post RM20 Bilion Bantu Golongan Berpendapatan Rendah, Miskin Tegar Turun 00.9 Peratus – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/30/rm20-bilion-bantu-golongan-berpendapatan-rendah-miskin-tegar-turun-00-9-peratus-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm1 Bilion Subsidi Ayam Kepada Kartel Disalur Kembali Kepada Rakyat Pm Anwar

Rm1 Bilion Subsidi Ayam Kepada Kartel Disalur Kembali Kepada Rakyat Pm Anwar

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 130 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Melaka di Politeknik Merlimau Jasin pada 19 Oktober 2025 Foto Abdul Razak Abdul RahmanJASIN 19 Okt Setelah sekian lama kartel bermaharajalela menerima manf...
Sdg Atasi Purata Global Catat Kemajuan 49 Peratus Pm Anwar

Sdg Atasi Purata Global Catat Kemajuan 49 Peratus Pm Anwar

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 95 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Awar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan Negara Tahun 2025 di Putrajaya pada 5 November 2025 Foto Instagram Anwar IbrahimPUTRAJAYA 5 Nov Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Malays...
Facebook Pm Anwar Dibanjiri Ucapan Penghargaan Rakyat Kemboja Terhadap Usaha Damai

Facebook Pm Anwar Dibanjiri Ucapan Penghargaan Rakyat Kemboja Terhadap Usaha Damai

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 131 hits
Facebook PM Anwar Dibanjiri Ucapan Penghargaan Rakyat Kemboja Terhadap Usaha Damai KUALA LUMPUR 26 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak ucapan penghargaan daripada rakyat Kemboja menerusi media sosial susulan pemeter...
Pen Rumah Putih Milik Trump Jadi Kenang Kenangan Buat Anwar

Pen Rumah Putih Milik Trump Jadi Kenang Kenangan Buat Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 133 hits
Pen Rumah Putih Milik Trump Jadi Kenang kenangan Buat Anwar KUALA LUMPUR 26 Okt Perbualan santai antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyuntik sentuhan peribadi pada majlis rasmi pemete...
Malaysia Sedia Sertai Misi Pengaman Pbb Ke Gaza Pm Anwar

Malaysia Sedia Sertai Misi Pengaman Pbb Ke Gaza Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 142 hits
Malaysia Sedia Sertai Misi Pengaman PBB Ke Gaza PM Anwar KUALA LUMPUR 26 Okt Malaysia bersedia menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ke Gaza bersama negara negara sehaluan termasuk dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjas...
Malaysia To Deepen Ties With Major Economies Says Anwar

Malaysia To Deepen Ties With Major Economies Says Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 182 hits
Malaysia s Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Japan s Prime Minister Sanae Takaichi walk at the venue for the 28th Asean Japan Summit as part of the 47th Asean Summit in Kuala Lumpur Malaysia October 26 2025 Reuters picKUALA LUMPUR...
Pm Anwar Bertemu Trump Hargai Perjanjian Damai Kl Pelan Gaza

Pm Anwar Bertemu Trump Hargai Perjanjian Damai Kl Pelan Gaza

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 180 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025 Foto Instagram Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 27 Okt Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan pen...
Perkukuh Hubungan Ekonomi Teroka Peluang Baharu Agenda Malaysia Kanada Pm Anwar

Perkukuh Hubungan Ekonomi Teroka Peluang Baharu Agenda Malaysia Kanada Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 143 hits
Anwar dan Carney mengadakan pertemuan dua hala Malaysia Kanada di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025 Foto Instagram Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 27 Okt Persefahaman jitu antara Malaysia dan Kanada mendor...
Progress Seen In Implementing Myanmar 5pc Anwar

Progress Seen In Implementing Myanmar 5pc Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 133 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim today said there has been gradual progress in the implementation of the Five Point Consensus on Myanmar He said one of the conditions stipulated under the consensus was that Myanmar must allow complete and total...
Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan

Tiada Aset I Serve Online Mall Yang Sedang Disita Oleh Polis Kata Agc

Perbezaan Antara Kotak Top Bottom Box Kotak Keras Kotak Magnet Mana Sesuai Untuk Produk Anda

Alamaa Dan Potter Menakluk Edisi Ke 10 Ironman Langkawi

Toyota Supra In Ditch Landing Antics Is Alleged Bangladeshi Speedster Liable For Public Damages

How Shafbuild Keeps Sydney Construction Projects On Time On Budget And Beyond Standard

Cara Buat Kuetiau Homemade Mudah Bersih Jimat Confirm Jadi

Kenapa Madu Tidak Beku Dalam Peti Sejuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ancient Postal Systems How Early Empires Built The World S First Communication Networks

Immediate Attention Your Webmail Password Will Expire Today

Resepi Puding Pisang Karamel

Quick Thin Beef Recipe Asian

Perkhidmatan Line Clear Express Yang Mengecewakan

Lirik Busyra Lana Rabithah