Pm Anwar Bertemu Trump Hargai Perjanjian Damai Kl Pelan Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 27 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan penghargaan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas peranan pentingnya dalam menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Peace Accord) serta Pelan Damai Gaza, yang disifatkan sebagai sinar harapan ke arah keamanan yang adil dan berkekalan.
Perdana Menteri berkata demikian menerusi hantaran di Facebook susulan pertemuan singkat yang diadakan bersama Trump pagi ini sebelum Presiden AS itu berlepas ke Tokyo, Jepun.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar IbrahimMenurutnya, pertemuan itu turut membuka ruang untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia–AS yang dijalankan sebelum ini, termasuk aspek kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, teknologi dan keamanan serantau.
“Pertemuan ini memberi ruang untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia–Amerika Syarikat yang telah dijalankan sebelum ini, termasuk kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, teknologi, dan keamanan serantau,” ujarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar IbrahimAnwar turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat berasaskan saling menghormati, kepentingan bersama serta semangat memperjuangkan keamanan sejagat.
“Malaysia dan Amerika Syarikat bertekad untuk terus memperkukuh hubungan dua hala berasaskan saling hormat, kepentingan bersama, dan semangat memperjuangkan keamanan sejagat,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar IbrahimPerjanjian keamanan antara Thailand dan Kemboja dimeterai di hadapan Anwar dan Trump menerusi inisiatif ‘KL Peace Accord’ ditandatangani Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya Hun Manet pada Ahad.
Manakala Trump pula menyifatkan Malaysia sebagai “negara yang hebat, sangat bertenaga” selepas menamatkan lawatan dua hari di sini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar IbrahimDalam catatan di Truth Social beliau pada Isnin, Trump berkata, AS telah menandatangani perjanjian perdagangan dan nadir bumi penting dengan Malaysia, penganjur persidangan berkenaan.
Selain itu, katanya, yang paling penting adalah beliau turut menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja pada Ahad.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar IbrahimTrump mengakhiri lawatan ke sidang kemuncak berkenaan hari ini dan berlepas dari KLIA jam 10.06 pagi menuju Jepun dalam lawatan dua hari ke negara itu bertemu Maharaja Naruhito dan Perdana Menteri, Sanae Takaichi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/10/pm-anwar-bertemu-trump-hargai.html