Rm2 Juta Untuk Dapatkan Gelaran Tan Sri



PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman enam individu termasuk seorang presiden badan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki terlibat sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu yang membawa gelaran Tan Sri dengan bayaran RM2 juta.
Menurut sumber, suspek ditahan masing-masing tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan pada 30 November lalu di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.
Katanya, dua lagi suspek iaitu wanita berusia 40-an serta lelaki berusia 30-an ditahan secara berasingan pada 4 dan 6 Disember lalu.
“Suspek terbaharu yang ditahan kira-kira pukul 3 petang kelmarin di Melaka merupakan presiden sebuah NGO yang disyaki menjadi dalang utama menetapkan harga bagi calon yang berminat mendapatkan pingat kebesaran.
“Dia kemudiannya mengarahkan ahli sindiketnya iaitu suspek kedua iaitu lelaki berusia 50-an yang menyamar sebagai tengku bagi mendapatkan bayaran bagi menipu enam individu lain yang ingin mendapatkan pingat kebesaran tanpa melalui prosedur biasa,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.
Mengulas lanjut, sumber berkata, isteri suspek kedua juga dipercayai terlibat bersama dua lagi suspek yang menyamar sebagai ahli perniagaan sebuah syarikat berasaskan pertanian bagi menguruskan transaksi penerimaan wang tersebut.
“Sindiket itu dipercayai mula menjalankan kegiatan tersebut sejak 2020 dan telah memperdayakan beberapa mangsa membabitkan kerugian ratusan ringgit.
“Mereka menunjukkan gambar dan surat dokumen daripada sebuah agensi kerajaan bagi meyakinkan mangsa bahawa gelaran dan pingat yang di atur melalui pintu belakang itu adalah benar-benar tulen,” katanya.
Jelasnya, salah seorang mangsa lelaki yang berusia lingkungan 50-an dipercayai telah membayar kira-kira RM1.2 juta untuk mendapatkan gelaran Tan Sri menerusi beberapa transaksi bank kepada sindiket.
“SPRM sedang berusaha mengesan lima lagi invididu yang turut menjadi mangsa sindiket.
“Selain itu, bayaran yang dikenakan berbeza mengikut darjah kebesaran misalnya gelaran Datuk bernilai RM150,000, Datuk Seri (RM250,000) selain Tan Sri bernilai RM2 juta,” ujarnya.
Susulan penahanan itu, tiga suspek yang ditahan telah disambung reman selama 3 hari bermula 6 hingga 8 Disember 2023 manakala seorang suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Suspek wanita yang ditahan pada 4 Disember lalu ditahan reman selama 4 hari bermula 5 hingga 8 Disember 2023, manakala suspek utama ditahan reman selama lima hari bermula semalam sehingga 11 Disember 2023.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menjelaskan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, SPRM kini sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan sindiket tersebut. – KOSMO! ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/12/tan-sri-dijual-dengan-harga-rm2-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Peruntuk Rm175 Juta Untuk Noktah Kemiskinan

Sabah Peruntuk Rm175 Juta Untuk Noktah Kemiskinan

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 149 hits
Kerajaan Sabah merangka tujuh program untuk membasmi kemiskinan tegar dengan pelbagai pendekatan KOTA KINABALU Kerajaan Sabah memperuntukkan RM175 juta bagi melaksanakan pelbagai program tahun depan untuk menoktahkan kemiskinan tegar Persid...
Syed Abu Hussin Lompat Kerana Kontrak Rm30 Juta Dan Anak Hukum Gantung

Syed Abu Hussin Lompat Kerana Kontrak Rm30 Juta Dan Anak Hukum Gantung

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 242 hits
Syed Abu Hussin lompat kerana kontrak RM30 juta dan anak hukum gantung ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be JoFNlRCkzCU src in org https www youtube com embed JoFNlRCkzCU wmode transparent rel 0 feature oembed src in ...
Lelaki Tawar Rm5 Juta Tembak Mati Pm Sudah Ditahan

Lelaki Tawar Rm5 Juta Tembak Mati Pm Sudah Ditahan

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 264 hits
HarapanDaily comSeorang lelaki yang melakukan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri ditahan polis di Jalan Padang Tembak Kota Bharu Kelantan Pemilik akaun TikTok berkenaan sebelum ini memuat naik video menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yan...
Polis Rampas Arak Dadah Rm10 Juta Tahan Datuk Disyaki Dalang Sindiket

Polis Rampas Arak Dadah Rm10 Juta Tahan Datuk Disyaki Dalang Sindiket

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 123 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis Johor menumpaskan sindiket penyeludupan arak dan membongkar makmal dadah dengan rampasan RM10 15 juta susulan penahanan lima lelaki termasuk seorang bergelar Datuk dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Pasi...
204 Juta Data Pemilih Diduga Bocor Ini Respons Anies

204 Juta Data Pemilih Diduga Bocor Ini Respons Anies

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 165 hits
Calon Presiden nomor urut 1 Anies Baswedan menanggapi informasi bocornya data 204 juta pemilih Pemilu 2024
Foto Situs Kpu Dibobol Hacker 204 Juta Data Dpt Pemilu 2024 Bocor

Foto Situs Kpu Dibobol Hacker 204 Juta Data Dpt Pemilu 2024 Bocor

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 191 hits
Peretas menawarkan data DPT Pemilu 2024 yang berhasil dia dapatkan seharga USD 74 000 atau setara Rp 1 2 miliar
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran