Rm1 Juta Diagih Sesama Exco Armada Pegawai Penyiasat



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, wang RM1 juta yang dikeluarkan daripada akaun Armada telah diagih-agihkan dalam kalangan Exconya, sehari selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan menggeledah kediaman Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Penguasa Kanan SPRM, Mohd. Syahmeizy Sulong, 37, berkata, wang itu diagih-agihkan pada 1 April 2020 manakala rumah Ahli Parlimen Muar itu digeledah pada 31 Mac 2020 berkaitan siasatan kehilangan wang RM250,000 daripada kediaman beliau.
Jelasnya, sebanyak RM650,000 diberikan kepada Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Wilayah Persekutuan, Muhammad Daniel Kusari manakala sebanyak RM250,000 diserahkan kepada ahli Bersatu, Muhammad Naqib Ab. Rahim.
Mahkamah sedang mendengar perbicaraan terhadap Syed Saddiq, 29, atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali melakukan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta sebuah parti politik.
Pegawai penyiasat bagi kes penyelewengan dana Armada Pusat itu berkata, siasatan mendapati wang RM1 juta yang dikeluarkan pada 6 Mac 2020, terlebih dahulu disimpan di rumah Rafiq yang ketika itu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurut saksi pendakwaan ke-25 itu, pada 31 Mac, Syed Saddiq kemudian menghubungi Rafiq dan mengarahkan beliau membawa keluar wang itu daripada rumahnya kerana risau akan dijumpai dan disita oleh SPRM.
Mohd. Syahmeizy berkata, hasil siasatan mendapati Syed Saddiq pada awalnya mengarahkan dua pemegang amanah Armada iaitu Rafiq dan Penolong Setiausaha Armada, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi mengeluarkan wang itu daripada akaun di CIMB KL Sentral.
Menurut saksi, cek pengeluaran ditandatangani oleh Rafiq dan Ahmad Redzuan kerana Syed Saddiq tidak mempunyai masa ke bank selain tanda tangannya sering berubah ketika menandatangani cek.
Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Mohamed Tahir, pegawai SPRM itu berkata, Syed Saddiq mengeluarkan arahan itu kerana merasakan kedudukannya dalam Pakatan Harapan (PH) tidak kukuh.
Ujarnya, Ahmad Redzuan mencadangkan wang itu diagihkan kepada Muhammad Daniel kerana beliau mempunyai peti besi di rumahnya selain turut disimpan oleh Muhammad Naqib yang merupakan ahli perniagaan.
Menurut pegawai penyiasat itu, pada 5 Mac 2020 pihak SPRM menggeledah rumah Muhammad Daniel dan menemukan wang RM425,537 manakala bakinya telah diagih kepada ketua-ketua bahagian dan ahli-ahli Armada seluruh negara.
Saksi berkata, idea pengeluaran wang itu dibangkitkan selepas insiden `Langkah Sheraton’ pada 23 Februari 2020 ketika Syed Saddiq dan beberapa pemimpin Armada mengadakan pertemuan di kediaman beliau di Petaling Jaya bagi membincangkan dana dalam akaun tersebut.
Ujar Mohd. Syahmeizy, Syed Saddiq amat risau terhadap pergolakan selepas `Langkah Sheraton’ dan meminta kepastian baki wang dalam akaun Armada Pusat yang merupakan hasil titik peluhnya sepanjang berjawatan Ketua Armada.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi menafikan wujud konspirasi untuk mengenakan Syed Saddiq seperti didakwa oleh pihak pembelaan.
Saksi turut ditanya mengapa Syed Saddiq dituduh kali pertama pada 22 Julai 2021 sedangkan izin untuk mendakwa dikeluarkan pada 4 Januari tahun sama.
Mohd. Syahmeizy: Untuk siasatan terhadap YB Syed Saddiq, pihak SPRM telah membuka lima kertas siasatan yang berbeza aduan dan maklumat.
“Oleh itu, pertuduhan terhadapnya dibuat terlalu lama kerana saya memerlukan keterangan saksi yang ‘synchronize’ dengan kertas siasatan lain kerana ketika itu ada kertas siasatan yang belum siap ke atas YB Syed Saddiq,” kata saksi.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok.
Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri.
Perbuatan itu didakwa menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq juga didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan turut dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].
Beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/07/rm1-juta-diagih-sesama-exco-armada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simpan Minyak Masak Lebih Had Pembekal Berdepan Denda Rm1 Juta

Simpan Minyak Masak Lebih Had Pembekal Berdepan Denda Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 136 hits
Ketua Polis Perlis Surina Saad berkata polis merampas 12 tan minyak masak melebihi had dibenarkan yang dianggarkan bernilai RM48 800 PETALING JAYA Tindakan seorang pembekal minyak masak menyimpan barang keperluan itu melebihi had mengundang...
Selain Mahathir Ketua Penerangan Umno Juga Terima Rm1 16 Juta

Selain Mahathir Ketua Penerangan Umno Juga Terima Rm1 16 Juta

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 216 hits
SHAH ALAM Bekas Pengurus Pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini syarikat itu memberi sumbangan dana RM1 16 juta kepada Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan untuk tujuan politik dan Pilihan Raya Umum ketika per...
Jengka 25 Jadi Juara Anugerah Kecemerlangan Kampung Felda Bawa Pulang Rm1 Juta

Jengka 25 Jadi Juara Anugerah Kecemerlangan Kampung Felda Bawa Pulang Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 251 hits
BERA Felda Jengka 25 dinobatkan juara Anugerah Kecemerlangan Kampung Felda pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2022 Peringkat Kebangsaan pada Khamis Ketua Peneroka Jengka 25 Zainol Abidin Abd Rahman berkata kemenangan anugerah ini disifatkan ...
Amber Heard Merayu Kepada Johnny Depp Untuk Kurangkan Hutang As 10 Juta

Amber Heard Merayu Kepada Johnny Depp Untuk Kurangkan Hutang As 10 Juta

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 213 hits
Amber Heard dilaporkan telah membuat pertemuan peribadi dengan Johnny Depp dalam usaha untuk mengurangkan hutangnya berjumlah AS 10 juta Dakwaan itu dibuat dalam satu laporan yang dikeluarkan Marca dan ia turut menyebut bahawa Heard The pos...
Momentum Mat Kilau Belum Pudar Kutipan Kini Lepasi Paras Rm71 Juta

Momentum Mat Kilau Belum Pudar Kutipan Kini Lepasi Paras Rm71 Juta

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 262 hits
Filem terbaru arahan Syamsul Yusof yang diterbitkan oleh Studio Kembara nampaknya tidak menunjukkan tanda tanda akan menarik penonton Filem yang mengisahkan pahlawan Mat Kilau itu kini dilaporkan sudah berjaya mencatat kutipan RM71 juta pad...
Viral Di Instagram Setengah Juta View Pakcik Ini Jual Mee Goreng Termurah Di Malaysia

Viral Di Instagram Setengah Juta View Pakcik Ini Jual Mee Goreng Termurah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 139 hits
Lokasi Taman Chepor Jaya 31200 Chemor Perak Untuk tempahan 011 5759 9712 MalaysianStreetfood RacunAzfarBadrul PasukanAsik Lanjut
Perghh Wang Tunai 17 85 Juta Rupee Ditemui Dalam Istana Presiden Sri Lanka

Perghh Wang Tunai 17 85 Juta Rupee Ditemui Dalam Istana Presiden Sri Lanka

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 151 hits
GAMBAR fail 22 November 2019 menunjukkan Gotabaya Rajapaksa dan abangnya Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa AFPCOLOMBO Wang tunai berjuta juta rupee Sri Lanka yang ditinggalkan oleh Presiden Gotabaya Rajapaksa apabila beliau melarikan diri d...
2025 Sepeda Motor Listrik Ditargetkan Tembus 6 Juta Unit

2025 Sepeda Motor Listrik Ditargetkan Tembus 6 Juta Unit

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 105 hits
2025 Sepeda Motor Listrik Ditargetkan Tembus 6 Juta Unit Pemerintah menargetkan penggunaan sepeda motor listrik berbasis baterai ada 6 juta unit pada 2025 mendatang Kementerian ESDM PT PLN dan PT Pertamina kini berkolaborasi mempercepat kon...
Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Pengalaman Menerokai Gua Wang Buluh Di Pulau Tuba

Ulasan Penuh Filem Jawan

How To Choose The Right Color Bodysuit For Your Outfit

Lontong Azie Kitchen

Cara Ikhtiar Halang Penyakit Ain

918kiss 7 2567 918kiss 918kiss Top 61 By Autumn 918kissauto Io