Rizq Islamic School Kajang Open Day Pendaftaran Pelajar Sesi 2023
hai assalammualaikum
Rizq Islamic School Kajang Open Day : Pendaftaran Pelajar Sesi 2023 - Nad pasti, kebanyakan ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak terutama dalam bab pendidikan. Ilmu dan pendidikan yang sempurna berperanan penting dalam memelihara serta membentuk fitrah insani sebagai hamba Allah SWT. Ia bertujuan memudahkan manusia mengendalikan urusan hidup secara terurus, menggabungkan ilmu duniawi dan ilmu akhirat. Ibu bapa mempunyai pilihan untuk hantar anak di sekolah mana-mana pun, tapi apa yang nad tengok, ramai ibu bapa sekarang ingin anaknya bersekolah di sekolah Islamik atau sekolah Tahfiz
Sekolah Islamik sekarang banyak yang dah bertaraf antarabangsa, di mana pembelajaran sama macam sekolah biasa tapi lebih canggih dan menerapkan module Tahfiz dalam pembelajaran. Malah alatan pembelajaran dan kemudahan yang sediakan sangat modern dan mengikut teknologi terkini.
Rizq Islamic School Kajang Open Day : Pendaftaran Pelajar Sesi 2023
Salah satu sekolah Islamik yang nad pergi ialah Rizq Islamic School di Sungai Ramal Dalam Kajang Selangor. Nad datang ke sini sebab Rizq Islamic School membuat Open Day, hari terbuka dan pendaftaran untuk orang ramai hadir bagi mendaftar anak dan melihat sendiri persekitaran sekolah dan cara pembelajaran di sekolah ini
Amat tertarik apabila sampai di Rizq Islamic School ni. Memang mengubah stigma dan persepsi orang ramai serta ibu bapa terhadap imej sekolah tahfiz. Sekolah pun sagat besar, luas dan persekitaran sekolah sangat bersih, tenang dan jauh dari bandar. Rizq Islamic School hanya mempunyai dua peringkat pelajar sahaja iaitu Pre-School (Prasekolah) dan Primary School ( Sekolah Rendah ).
Bahasa pengantara yang diguna ialah Bahasa Inggeris dan pembelajaran di sini menggabungkan 3 bidang Niche iaitu Tahfiz, Playbased, dan IT Savvy.
Apa yang nad tengok, di Rizq Islamic School sangat mementingkan keselamatan. Setiap bangunan sekolah disediakan keselamatan berpagar sepenuhnya untuk Sekolah Rendah dan Prasekolah. Di sini juga mempunyai pengawal yang sentiasa menjaga sekolah dan memerhatikan sesiapa sahaja yang masuk dan keluar sekolah
Melihat Sekitar Kawasan Pre-School
Masa nad datang, Rizq Islamic School Open Day dibuat di bangunan Pre-School. Sebenarnya ini merupakan pertama kali nad datang ke Rizq Islamic School bersama anak-anak. Rasa kagum dan teruja bila masuk sekolah ni, sebab suasananya di dalam kelas sangat ceria, penggunaan perabot dan peralatan di dalam bilik khas yang berwarna-warni membangkitkan suasana kondusif dan ceria untuk sesi pembelajaran. Anak-anak nad masuk sini je dah cakap "woww mommy, cantiknya sekolah ni"..hehehe. Tu baru tengok persekitaran, belum lagi belajar
Di Rizq Kids Pre-School, pelajar yang diambil adalah dari umur 4 tahun sehingga 6 tahun. Dekat sini mempunyai 5 kelas di mana untuk 4 tahun ada 1 kelas, 5 tahun ada 2 kelas dan untuk 6 tahun ada 2 kelas
Guru menyediakan pembelajaran interaktif untuk pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
Paling nad kagum, dekat sini pelajar akan menggunakan ipad dalam sesi pembelajaran. Bukan biasa-biasa ye. Betul-betul canggih ni. Tengokla Fariza tu, fokus bukan main
Nad ada bertanya kepada guru di sini, ada tak anak-anak murid yang sukar dikawal dan tak mendengar kata. Cikgu disini cakap, selama dia mengajar, mestila ada anak-anak yang berbeza perangai, tapi bila diajar, dan melihat kawan-kawan lain buat, anak-anak tu ikut dan mendengar kata.
Silibus pembelajaran di sini mengikut Kurikulum Standard Pra Sekolah. Kurikulum bersifat holistik, tidak banyak akademik, tidak membebankan, mengikut keperluan semasa dan selaras dengan KSSR. Ni antara subjek-subjek yang ada di Rizq Islamic School Pre-School
Macam nad kata tadi, bahasa pengantara yang digunakan disini ialah Bahasa Inggeris, tapi, Bahasa Melayu juga ada digunakan untuk komunikasi
STANDARD CURRICULUM NATIONAL PRE-SCHOOL (KSPK)1) Islamic Studies (Moral Value, Spiritual & Manners)2) Memorizing Surahs in Al-Quran, Solah Recitations & Du’a3) Storytelling and Conversations4) Music and movement5) Socio-Emotion6) Physical & Aesthetic7) Science & Technology, Mathematics
RizQ Additional Module 1) Arabic (Discovery Through Meaningful Words in Islamic Adaab, Surahs & Solah)2) Huffaz (Surah Lazim & Juz Amma)3) Osmo ( Educational Game System for Apple)4) Edu Play (Water play, Role play, Creative play)
RizQ Special Module1) RizQ The Junior Explorer (Practical Skills & Hands On)2) RizQ Sports
Dekat sini bukan belajar di dalam kelas sahaja tau, tetapi mereka akan belajar di luar kelas juga. Konsep pembelajaran untuk anak-anak Pre-School bermain sambil belajar dan juga diterapkan dengan elemen teknologi seiring dengan arus zaman. Takdala pelajar bosan belajar kan bila selitkan dengan pembelajaran secara teknologi dan eduplay ni. Bermula dari Pre-School lagi dah diajar membaca surah, ini antara salah satu sebab ibu bapa nak hantar anak-anak ke sekolah Tahfiz
Haritu nad dibawa melihat sekitar kawasan di Pre-School. Apa yang nad perhatikan, kemudahan yang ada di sini serba lengkap, siap ada swimming pool, sand area, padang dan lain-lain. Jadi, macam-macamaktiviti yang diaorang lakukan
Melihat Sekitar Primary Rizq Islamic School ( Sekolah Rendah)
Selain melihat persekitaran Prasekolah, nad juga dibawa melihat persekitaran di kawasan Sekolah Rendah Rizq Islamic School. Persekitaran dan suasana sama sahaja seperti Pre-School, perabot berwarna warni dan penuh keceriaan. Bagi sekolah rendah, di sini bermula dari umur 7 tahun sehingga 12 tahun iaitu Darjah 1 sehingga Darjah 6
Rizq Islamic School untuk sekolah rendah juga mempunyai pelbagai kemudahan yang ada seperti kelas, surau, auditorium, dewan, mini perpustakaan, padang bola, Student's Lounge, kantin, locker, playarea, gimnasium, tandas dan kemudahan-kemudahan yang lain
Cara dan kaedah pembelajaran di sini berkonsepkan Finland iaitu pembelajaran pendekatan secara bermain, kurang kerja rumah dan "floating class". Maksudnya, para pelajar akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain bagi subjek yang berbeza. Jadi, pelajar tak akan berada di satu kelas yang sama. Sangat bagus persekitaran pembelajaran seperti ini. Bagi otak anak-anak berkembang
Ni pulak antara silibus pembelajaran untuk Primary School
1. KSSR (STANDARD BASED CURRICULUM FOR PRIMARY SCHOOLS)KSSR (Kurikulum Standard Berasaskan Sekolah Rendah) mentakrifkan pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan strategi penting yang perlu dipelajari oleh pelajar serta tahap atau kualiti kecekapan yang perlu ditunjukkan oleh pelajar untuk sesuatu tahun
A) Lower Grade (1, 2, 3)- Bahasa Melayu
- English Language
- Mathematics
- Science
- Pendidikan Jasmani
B) Upper Grade (4, 5, 6)- Bahasa Melayu
- English Language
- Mathematics
- Science
- Pendidikan Jasmani
- Sejarah
2. SILIBUS JAIS (JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR)Di sini subjek Pendidikan Islam menggunakan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terdapat dua peperiksaan yang dijalankan di bawah silibus ini iaitu UPKK dan PSRA
Di sini Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dibuat untuk pelajar Tahun 5. Matlamat UPKK, adalah untuk menguji kemahiran, kebolehan dan kefahaman mereka dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, amali solat serta amali cara hidup Islam.
Manakala Peperiksaan Sijil Rendah Agama JAIS (PSRA), peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak JAIS yang dibuat untuk pelajar Tahun 6 di sekolah KAFA Negeri Selangor. Subjek yang dinilai ialah - Al-Quran dan hafazan- Akhlak/Sirah- Tajwid- Tauhid/Fiqah- Bahasa Arab- Jawi, Imla' dan Khat
3. TAHFIZ
Bagi kelas Tahfiz, pelajar akan dibahagikan kepada 3 peringkat berdasarkan keupayaan pelajar
- Beginner ( 7 juz )
- Intermediate ( 15 juz )
- Advance ( 30 juz )
4.EXCELLENCE READING CLASS (3M) Di Rizq Islamic School, tidak akan mengabaikan pelajar yang tidak reti membaca. Di sini mempunyai sesi khas untuk membantu pelajar dalam 3M (Menulis, Mengira dan Membaca) sehingga mereka pandai. Jadi pelajar tidak akan ketinggalan dan dapat membaca seperti orang lain
- Bengkel Pengukuhan untuk Pelajar Darjah 1 dan 2- Bengkel Pengukuhan Jawi - Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab
Boleh dilihat, pembelajaran di Rizq Islamic School bukan hanya subjek agama sahaja yang diajar, tetapi merangkumi semua subjek yang telah ditetapkan pleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
Rutin Harian Pelajar di Rizq Islamic School
Sebagai ibu bapa mestilah nak tau apa rutin yang sekolah yang pelajar-pelajar dekat sini lakukan. Memang haritu guru terangkan satu-satu, jadi ibu bapa akan faham konsep pembelajaran di Rizq Islamic School ini
Dekat sini rutin sekolah bermula pukul 8 pagi sehingga 4 petang. Apa rutin setiap hari pelajar buat ialah1) Solat Dhuha
2) Pdpc (lesson)
3) Morning break
4) Tahfiz
5) Pdpc (lesson)
6) Solat Zuhur
7) Kyushoku (lunch time)
8) Power nap
9) Pdpc sehingga balik
Isnin : 8.00pagi – 8.30pagi – perhimpunan
Rabu : 2.30pm – 4.30pm - Aktiviti Kokurikulum
Ni pakaian uniform baju sekolah di Rizq Islamic School
Aktiviti Kokurikulum
Rizq Islamic School juga mempunyai aktiviti Kurikulum untuk sekolah rendah. Kokurikulum ini diadakan setiap hari rabu pada pukul 2.30 petang sehingga 4,30 petang
Antara aktiviti Kokurikulum yang ada ialah kelab, sukan dan uniform
Untuk kelab, seperti media club ( Photography), kemahiran Al-Quran, Teater & drama, robotic dan innovation
Bagi sukan pulak seperti bola tampar, badminton, netball, football, swimming dan catur
Badan beruniform seperti Team Kadet Remaja Sekolah dan Taekwando
Pendekatan ini bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar dan dapat membentuk sahsiah dan membina konsep kendiri. Pada masa yang sama ia dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan murid, menyemai kepimpinan, mencabar minda dan daya tahan pelajar serta memupuk bakat pelajar dan menjadi instrumen untuk tanda pajsk
Ketika Makan Mengamalkan Konsep Kyushoku
Nad tertarik dengan cara pengendalian makanan dan konsep Kyushoku yang dilaksanakan Rizq Islamic School ketika makan. Konsep Kyushoku ni diamalkan di PreSchool dan Primary School. Mesti korang tertanya, apa dia Kyushoku tu? Khusyoku ni melatih pelajar berdikari, makan hidangan yang seimbang dan nutrisi, belajar adab makan yang betul dan adab meja yang betul.
Waktu makan yang teratur dan pada masa sama belajar tentang kebersihan. Dekat sini pun pelajar akan basuh pinggan sendiri selepas habis makan. Kyushoku diamalkan pada waktu sarapan dan makan tengahari
Paling nad terkejut, waktu makan ni guru akan bagitau berapa kalori hidangan pada waktu itu. Jadi, pelajar tau untuk makan makanan yang seimbang. Bagus kan diajar dari kecil. Budak-budak cepat tangkap, dan mana tau diaorang belajar di sekolah dan diamalkan di rumah dan di luar
Rizq Islamic School mempunyai pakar pemakanan yang menyediakan menu pelajar mengikut kalori dan dinasihatkan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hah, bukan sembarangan menu diaorang buat tau
Ni antara menu yang ditunjukkan semasa Nad datang ke Rizq Islamic School Open Day. Bagus mereka tunjuk ni semua, takdala ibu bapa tertanya-tanya. Korang boleh tengok, menu dekat sini bukan setakat nasi putih, sayur sahaja, tapi nasi beriani, daging, sayur, pasta, nasi ayam, nasi goreng dan lain-lain. Setiap hari menu berlainan. Nampak sedap kan
Pelajar makan dalam bentuk bento seperti ini. Jadi setiap hari pelajar makan makanan yang seimbang dan cukup nutrisi
Dekat sini, pelajar boleh tambah makanan, jika diaorang mahu. Bila sedap, mestilah nak tambah kan..hehee. Mau tak sedapnya kalau makanan macam ni. Pelajar kenyang, belajar pun seronok
Nad sendiri turut merasa makanan yang disediakan ini, ternyata memang sedap dan sesuai dengan citarasa anak-anak
Rizq Islamic School telah menjadikan Yakult sebagai minuman rasmi untuk pelajar. Para pelajar disini menikmati minuman Yakult secara percuma setiap pagi sebagai bekalan tenaga
Portal See Saw
Dekat sini takda guna whatsApp tau, mereka menggunakan Portal See Saw sebagai media komunikasi dengan ibu bapa dan pelajar. Kalau difikirkan, bagus guna aplikasi macam ni, takda la penuh telefon kita dengan macam-macam informasi dari sekolah.
Portal See Saw ni juga adalah platform yang membolehkan pelajar akses dan guru boleh memperkasakan pelajar untuk create, membuat refleksi, berkongsi dan bekerjasama. Pelajar "menunjukkan apa yang mereka tahu" menggunakan foto, video, lukisan, teks, PDF dan pautan. Mudah untuk mendapatkan kerja pelajar di satu tempat dan berkongsi dengan ibu bapa.
Guru juga akan masukkan pembelajaran yang di ajar di sekolah, jadi pelajar boleh tengok semula dan buat ulangkaji. Sangat bijak kan
Ibu bapa pun boleh tengok aktiviti anak-anak di sekolah dan pembelajaran anak di Portal See Saw ini.
Servis Pengangkutan Van
Bagi memudahkan ibu bapa, pihak Rizq Islamic School menyediakan pengangkutan van dengan perkhidmatan ambil dan hantar untuk pelajar yang tinggal di Kajang, Bangi, Bukit Putera Mahkota, Putrajaya dan Cyberjaya
Satu van boleh memuatkan 14 orang pelajar. Van sangat selesa dan cantik. Nad sendiri naik dan tengok, keadaan van sangat baik dan selamat.
Kelas bermula 8 pagi sehingga 4.30 petang. Bagi ibu bapa yang mengambil anak, boleh mengambil anak-anak mereka sehingga pukul 7 petang dan anak-anak mereka akan dipantau oleh guru yang bertugas setiap hari. Caj hanya akan dikenakan jika lebih daripada waktu yang telah ditetapkan
Yuran Kemasukan Rizq Islamic School
Semestinya ramai nak tau tentang yuran sekolah di Rizq Islamic School ni. Yela, selain melihat kepada kemudahan dan pembelajaran, yuran juga perlu diambil kira. Di bawah ni nad sertakan gambar untuk yuran bagi Primary School dan Pre-school di Rizq Islamic School
Sekarang ada Siblings Discout tau! Ni adalah diskaun yang dikenakan- second siblings at 10%- third sibling at 20%- 4th sibling and subsequent sibling at 30%
Terpakai kepada adik- beradik yang masih belajar di RIZQ Islamic School
Fees Structure1) Yuran Pengajian & Yuran Cafe akan di invois setiap penggal dan perlu dibayar apabila bermulanya setiap penggal
2) Bayaran pakaian seragam, buku teks dan pengangkutan tambahan adalah DIKECUALIKAN daripada yuran di atas
3) Yuran tahunan termasuk 1 hari perjalanan kurikulum. Kos perjalanan semalaman TIDAK TERMASUK
4) Pembayaran melalui cek atau draf bank hendaklah dibuat kepada RIZQ EDUCARE SDN. BHD
Rizq Islamic School ialah komuniti Islam yang berfikiran antarabangsa yang menumpukan pada memupuk pelajar untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berpendidikan global. Matlamat mereka ingin memperkasakan pelajar melalui penggunaan program pendidikan yang inovatif, terbukti dan berkesan untuk memastikan mereka mencapai potensi akademik, rohani, peribadi dan sosial sepenuhnya. Memperoleh pendidikan berasaskan Al-Quran adalah kunci kejayaan dan kebahagiaan pelajar pada masa hadapan
Nad pun ada jumpa ibu yang anaknya bersekolah di Rizq Islamic School Open Day. Tengok cara anak dia berumur 4 tahun sangat petah bercakap dan berdikari. Ibunya pun cakap anaknya suka sekolah dekat sini dan tiada masalah pun. Selain anaknya yang berumur 4 tahun, pra sekolah di sini ada juga yang sekolah rendah darjah 1 di Rizq Islamic School ni. Ibu ni datang sebab nak tengok persekitaran sekolah, dia cakap haritu daftar anaknya tak sempat pun nak tengok semua. Jadi ni la peluang untuk melihat keadaan pembelajaran di sini
Hah, macam mana, menarik kan Rizq Islamic School ni. Sekolah Tahfiz modern dengan sesi pembelajaran yang menyeronokkan ini pastinya akan berjaya menghasilkan seorang Hafiz Quran yang berkualiti dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik. Semuanya serba lengkap, pembelajaran duniawi dan akhirat anak-anak kita dapat. Anak-anak Nad pun dah suka dengan sekolah ni, siap cakap "mommy, nak sekolah dekat sini"..hehee.
Untuk ibu bapa yang mencari sekolah Tahfiz, sekolah agama swasta yang elok, bolehla daftarkan anak di Rizq Islamic School. Dari apa nad kongsikan ni, melihat kepada prasarana, fasiliti dan sistem pendidikan antarabangsa terbaik, memang sangat membantu ibu bapa untuk buat pilihan sekolah yang tepat demi pembelajaran anak-anak.
Sekiranya ibu bapa berminat dan inginkan maklumat lebih lanjut, boleh ke
RIZQ ISLAMIC SCHOOL
No.2, Lot 1456,Jalan Cempaka Off Jalan Teratai Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Office : +603 8912 0447 / +603 8926 0447Telefon : 0183517357Emel :
[email protected]Atau layari
Website : www.rizq.edu.myFacebook : www.facebook.com/rizqschoolTwitter : www.twitter.com/RIS_SchoolInstagram : www.instagram.com/rizqislamicschool
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2023/01/rizq-islamic-school-kajang-open-day.html