Risiko Penyakit Jantung Golongan Muda Meningkat


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters21 Oct 2023

Golongan muda perlu lebih gigih dalam usaha mengurangkan risiko penyakit jantung.

Golongan muda perlu lebih proaktif dalam penjagaan kesihatan jantung mereka.
Penyakit kardiovaskular adalah penyumbang utama kadar kematian di negara ini. Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2022, penyakit jantung iskemik dicatatkan sebagai punca kematian kedua tertinggi, sebanyak 13.7% daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan.

Penyakit jantung iskemik atau arteri koronari berlaku apabila saluran darah yang berfungsi untuk menghantar darah ke jantung menjadi keras atau sempit. Keadaan ini boleh mengakibatkan gangguan pada aliran darah, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung selain mengakibatkan kerosakan berpanjangan pada otot jantung.

Apa yang lebih membimbangkan penyakit jantung bukan sahaja menyerang golongan lebih tua, dewasa muda turut berdepan risiko sama
Pakar Kardiologi Hospital Pantai Ayer Keroh, Dr Mohd Al-Baqlish Mohd Firdaus.
Pakar Kardiologi Dr Mohd Al-Baqlish Mohd Firdaus dari Hospital Pantai Ayer Keroh berkata, penyakit arteri koronari kebiasaannya dikaitkan dengan individu berumur 40 tahun ke atas. Namun sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan bilangan individu bawah umur 40 tahun didiagnosis dengan penyakit jantung. Trend ini menunjukkan peningkatan tahunan kira-kira 2%.

Selain penyakit jantung arteri koronari, terdapat juga penyakit injap jantung dan aritmia jantung yang paling lazim berlaku di Malaysia.

Punca dan faktor risiko penyakit jantungMerokok boleh mengundang risiko penyakit jantung, oleh itu penting untuk berhenti merokok.
Menurut Al-Baqlish, tabiat merokok, kekurangan aktiviti fizikal, pengambilan makanan tidak sihat dan obesiti adalah penyumbang utama penyakit jantung dalam kalangan golongan muda.

Beliau turut menekankan faktor lain membawa kepada penyakit jantung, termasuk peningkatan diabetes dalam kalangan orang muda yang menyebabkan masalah metabolik dan hipertensi. Hal ini juga saling berhubung kait dengan perubahan dalam indeks jisim tubuh.

Faktor risiko lain termasuk pendedahan kepada persekitaran dipenuhi dengan penggunaan tembakau, genetik, kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti dan penyalahgunaan bahan terlarang seperti ganja.

Cegah sebelum parah

Simptom lazim dialami oleh individu menghidap penyakit jantung iskemik adalah ketidakselesaan di bahagian tengah dada, kesukaran bernafas semasa melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Ketidakselesaan ini kadangkala dirasai di bahagian bahu, lengan, leher, rahang atau belakang badan.

Al-Baqlish menjelaskan, simptom penyakit jantung dalam kalangan golongan muda tidak jauh berbeza dengan orang dewasa yang lebih tua. Namun, golongan muda lebih cenderung untuk mengabaikan gejala dihidapi, menyebabkan keadaan mereka menjadi lebih teruk.

“Golongan muda cenderung untuk mengabaikan gejala ini dan biasanya datang lewat dengan komplikasi. Penemuan angiografi semasa pemeriksaan angiografi koronari mendedahkan, kadar single vessel disease lebih tinggi berbanding three vessel disease antara pesakit golongan muda.

“Golongan muda sering gagal menyedari faktor risiko penyakit jantung. Akibatnya, mereka hanya didiagnosis apabila sudah mengalami penyakit arteri koronari,” katanya.

Antara ujian boleh dilakukan ialah stratifikasi risiko dengan menggunakan CT-calcium score dan CT-coronary angiogram. Di Malaysia, terdapat beberapa hospital dilengkapi dengan mesin CT scan 640-slice yang mampu menghasilkan imej definisi tinggi dengan kadar radiasi rendah dalam masa lebih singkat.

Berdasarkan pemerhatian beliau juga, golongan muda pada umumnya kurang mengambil berat dan kemungkinan tidak membuat rawatan susulan selepas melakukan pemeriksaan

Mengamalkan gaya hidup sihat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Al-Baqlish berpesan kepada golongan muda supaya mengamalkan gaya hidup sihat, elakkan merokok, amalkan pemakanan sihat dan lebihkan bersenam. Mereka juga dinasihatkan menjaga berat badan kerana dengan pengurangan hanya 1kg berat badan, risiko penyakit jantung turut berkurang.

Untuk maklumat lanjut hubungi 06-3183739.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/10/risiko-penyakit-jantung-golongan-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Membantu Anda Menjaga Kulit Muka Dengan Baik Supaya Kelihatan Muda

Tips Membantu Anda Menjaga Kulit Muka Dengan Baik Supaya Kelihatan Muda

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 192 hits
PENJAGAAN kulit merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seharian tidak kira golongan lelaki mahupun wanita Ia sudah tidak asing lagi terutamanya kulit di bahagian muka Jadi tidak hairan jika zaman ini yang ada antara kita sangg...
Banyuwangi Film Festival Kembali Digelar Hadirkan Karya Sineas Muda

Banyuwangi Film Festival Kembali Digelar Hadirkan Karya Sineas Muda

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 326 hits
Para sineas muda Banyuwangi terus mengembangkan kreativitasnya melalui ajang Banyuwangi Film Festival
Cerita Syahrul Yasin Limpo Saat Muda Doyan Bolos Balapan Sampai Pernah Ditikam

Cerita Syahrul Yasin Limpo Saat Muda Doyan Bolos Balapan Sampai Pernah Ditikam

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 112 hits
Cerita tentang masa muda dan segelintir kenakalan Syahrul Yasin Limpo ditulis dalam buku SYL Undercover
Kemenkominfo Dorong Generasi Muda Banjarmasin Paham Stunting Sejak Dini

Kemenkominfo Dorong Generasi Muda Banjarmasin Paham Stunting Sejak Dini

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 157 hits
Kemenkominfo sejak 2019 telah menggandeng generasi muda untuk turut serta mendukung upaya penurunan prevalensi stunting melalui Kampanye Genbest
Wanita Dakwa Dihamilkan Aktor Muda Berhenti Berpura Pura

Wanita Dakwa Dihamilkan Aktor Muda Berhenti Berpura Pura

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 401 hits
Sejak semalam kecoh mengenai seorang wanita yang mendakwa dihamilkan seorang aktor muda popular sehingga menjadi perhatian aplikasi TikTok Wanita itu dipercayai baru mencipta satu akaun bagi mendedahkan perbuatan aktor tersebut dan mencerit...
Tak Payah La Nak Berjuang Kalau Nak Kutip Duit Malu Ke Anak Anak Muda

Tak Payah La Nak Berjuang Kalau Nak Kutip Duit Malu Ke Anak Anak Muda

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 203 hits
Aku nak bagi tau Dayang Ku Intan nak lawan Anwar sampai minta derma Reformis lawan Mahathir dulu ada yang kena tukar tempat kerja sebab ramai macai Termasuk yang kena tangkap dan dibuang kerja Nak bagitahu reformis 25 tahun lwn Mahathir Naj...
Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Tiong Orders Pullout From Sibu Association Over Interference By Politician

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Daqmie Korbankanlah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Rezeki Tahun Ini

Filem Martabat Misi Berdarah

Lepak Mengopi Beramai Ramai Di Koffie Jln Mentol

Nak Ketupat Tahan Sampai Esok Elak 6 Kesilapan Ini Waktu Masak