Risiko Kerajaan Madani Tumbang Semakin Menjadi Kenyataan Permadu Malaysia


 Saya petik yang berikut daripada blog Permadu Malaysia :
https://permadumalaysia.blogspot.com/2023/04/risiko-kerajaan-madani-tumbang-semakin.html?m=1
kecuali pelaksanaan reformasi dilakukan dengan serius
Pengerusi Bersih, Thomas Fann kata ancaman kerajaan bakal tumbang semakin hampiri kenyataan tanpa pelaksanaan reformasi. 
Fann kata reformasi itu diperlukan bukan sahaja untuk membawa kestabilan politik jangka panjang tetapi juga untuk menghapuskan sebarang tekanan mengenai kemungkinan pertukaran kerajaan.
Fann mengingatkan ini kerana negara kini berada dalam situasi yang sama seperti selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), ketika Pakatan Harapan (PH) menerajui negara.
“Apabila PH mula membentuk kerajaan pada 2018, jangkaan semua ialah mereka akan mempunyai tempoh empat atau lima tahun untuk membawa pembaharuan institusi yang penting. 
“Tetapi mereka hanya mempunyai 22 bulan (berkuasa).
“Kebimbangan itu masih berterusan hari ini, semata-mata kerana keadaan politik masih agak status quo, seperti pada PRU14. Ada kemungkinan kerajaan ini tidak berkekalan.
“Atas sebab itu (kita lihat) gerakan politik rakan kongsi mereka untuk mendapatkan pengampunan buat Najib dan menggugurkan pertuduhan terhadap Zahid.
"Semua ini adalah spekulasi dan gerakan di belakang tabir," katanya.
Justeru, Fann menyeru pentadbiran semasa melaksanakan reformasi parlimen yang membolehkan ahli parlimen, baik pelapis kerajaan mahupun pembangkang, memainkan peranan aktif di Parlimen


My Comments:
Eloklah lebih ramai pemerhati suarakan kebimbangan masih tidak ada sebarang reformasi yang berguna dan efektif telah dibuat oleh kerajaan PH (2018-2020), oleh kerajaan TS Muhyiddin, oleh kerajaan Ismail Sabri ataupun oleh kerajaan Madani (Nov 2022 sehingga kini).
Maka semua kerajaan ini telah tumbang dan akan tumbang.
Pengerusi Bersih Thomas Fann mahukan reformasi Parlimen. Ok elok juga kalau ada reformasi bagi ahli Parlimen (back bencher dsbnya).
Tetapi apa yang sdra Thomas Fann kurang faham (dan juga Dr Mahathir, TSMY, Ismail Sabri dan kerajaan Madani sekarang) ialah sebarang reformasi mesti kena pada rakyat negara kita. People first. Rakyat didahulukan.
Ahli Parlimen sudah pun makan duit rakyat berpuluh ribu Ringgit sebulan. Dengan elaun, pejabat dan staf untuk pejabat.  Ini pula sdra Thomas Fann mahukan duit lagi bagi Ahli Parlimen.
What about the people? Duit rakyat (yang disalah faham sebagai duit kerajaan) sangat terhad. Setiap tahun Budget atau Belanjawan amat terhad. Daripada lebih RM332 Billion Budget yang terkini, hasil Kerajaan hanya cukup untuk membiayai SEPARUH daripada Budget itu. Separuh lagi terpaksa dipinjam oleh Kerajaan, dengan menggadai hasil Kerajaan pada tahun-tahun akan datang (untuk bayar balik hutang itu).
Jadi setiap kali Kerajaan belanjakan RM1.00 pun untuk Ahli Parlimen, Menteri atau apa pun, maksudnya kurang RM1.00 perbelanjaan untuk tujuan lain. Sebab hasil kerajaan memang tidak cukup. Duit kutipan cukai selalu tidak cukup.
Bagi saya reformasi yang lebih penting dan sangat perlu adalah reformasi yang untungkan rakyat marhaen secara direct. 
Jika Kerajaan batalkan bayaran tol (atau sekurangnya potong tol 50%) di semua tempat ianya akan untungkan rakyat marhaen secara langsung. Kos sara hidup rakyat marhaen akan menurun dengan banyak. Kos balik kampong dan kos berjalan ke mana pun akan berkurangan. Tambang teksi, tambang bas, tambang muatan lori, tambang bas sekolah semunya akan berkurangan sekali. 
Jika kerajaan kurangkan atau batalkan segala jenis cukai dan duti impot bagi kereta impot (termasuk AP) maka harga jualan semua jenis kereta, bas, lori dan traktor akan berkurangan. Rakyat marhaen akan mendapat faedah secara langsung dalam kocek mereka. Sekarang ini harga kereta dalam negara kita adalah mahal gila, melebihi dua, tiga atau empat kali ganda harga kereta di negara maju.
Contohnya kereta BMW 3 Series latest model tahun 2023 di jual di California (USA) dengan harga kurang daripada RM200,000. Di Malaysia pula harga kereta ini boleh sampai RM363,000 !!
'BMW 3 Series Sedan 2023 is a 5 Seater Sedan available between a price range of RM 241,680 - 363,680'
Jadi biarlah reformasi harga jualan kereta di Malaysia menyerupai harga jualan kereta di pasaran dunia. Itu saja. Simple. Apa susah sangat tak boleh faham?
Pada 2018, kerajaan baru PH telah 'mansuhkan' Akta Hasutan atau Sedition Act tetapi untuk beberapa minggu sahaja. Lepas beberapa minggu Akta Hasutan disambung balik pula. Sedikit selepas itu kerajaan PH 2018 pergi tangkap bebudak-bebudak yang cakap mengarut dan conteng-conteng dalam Facebook, Twitter, Instagram dsbnya seolah bebudak-bebudak berhingus itu boleh mengancam institusi besar gergasi dalam negara kita.
Untuk membuat reformasi yang betul dan kekal batalkan sahaja Akta Hasutan. Juga Akta Multimedia (sek 233).  Juga ubahkan undang-undang 'Defamation Laws' atau undang-undang saman malu di mana ahli politik tahi kucing boleh saman-menyaman orang di mahkamah untuk menuntut pampasan RM10 Juta, RM100 juta dsbnya. Membuang masa mahkamah sahaja, membazir gaji hakim, membazir sewa, api dan air di mahkamah. 
Dan batalkan semua jenis monopoli yang telah pun diberi lesen oleh kerajaan. Contohnya monopoli impot beras yang sangat menekan dan menzalimi rakyat marhaen. Monopoli kartel daging, monopoli bazar ramadan (yang masih berjalan), monopoli syarikat minyak (atau oligopoli), monopoli kutip sampah, monopoli bekalan letrik, monopoli bas, monopoli AP impot kereta (atau oligopoli), monopoli highway bertol dan beratus atau beribu monopoli lagi yang semuanya telah dilesenkan oleh kerajaan. 
Semua jenis  monopoli dan oligopoli itu menzalimi dan menekan kewangan rakyat. Rakyat Malaysia jadi miskin sebab kerajaan memberi lesen monopoli kepada keparat-keparat koporat yang kemudian juga 'menyumbangkan' wang kepada kerajaan. Banyak cantik. Sebarang 'duit sumbangan' mereka itu sebenarnya adalah duit kita, duit rakyat marhaen. 
Sebarang 'sumbangan' duit oleh syarikat monopoli kepada kerajaan sebenarnya adalah bayaran cukai secara indirect oleh rakyat juga. Sebab segala 'keuntungan' syarikat monopoli itu adalah untung secara paksa daripada pembeli atau pengguna atau rakyat marhaen yang tidak mempunyai pilihan lain.   Dan seperti mana di sebut oleh Nurul Izzah dulu, 'you cannot make the people rich by imposing taxes on them'.
Biar saya tambah sikit : 'You cannot make the people rich by licensing monopolies in the economy'.   
Jadi rahsia kejayaan sebarang reformasi hanya satu - sebarang reformasi itu mesti menguntungkan dan memberi kesan positif secara langsung (directly benefit) kepada rakyat negara.
Jangan risau sangat nasib ikan paus di lautan (save the whales) atau kebiruan air laut di Kemaman.  Save the people first. Manusia di dahulukan. Rakyat didahulukan.
Duit kocek ahli politik dan duit jutaan pemimpin dibelakangkan.
Kalau kerajaan Madani tidak faham perkara yang simple seperti ini maka tak lama lagi kerajaan Madani boleh berkongsi membaca nota 'Kenapa Kami Gagal'  bersama dengan Najib, Dr M 2.0, TSMY dan Ismail Sabri.
Sebab tentu sekali kerajaan Madani akan tumbang. 
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/risiko-kerajaan-madani-tumbang-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Kerajaan Yang Tidak Bertanggungjawab Pada Rakyat Malaysia

Pn Kerajaan Yang Tidak Bertanggungjawab Pada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 274 hits
Ahli Parlimen PN keluar dewan tanda protes nak KWSP demi mileage politik Sengaja buat buat tak tahu habis kering duit kwsp di kerjakan dalam bajet RM600 bilion di luluskan tanpa kebenaran dewan Parlimen semasa lockdown covid Bila dah hampir...
Bawa Jho Low Pulang Ini Akan Jadi Kejayaan Terbesar Anwar Jika Menjadi Kenyataan

Bawa Jho Low Pulang Ini Akan Jadi Kejayaan Terbesar Anwar Jika Menjadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 245 hits
Apa Jho Low akan dibawa pulang ke Malaysia Kerajaan dikatakan sedang mengadakan rundingan dengan Beijing untuk mengekstradisi ahli perniagaan dalam buruan yang dianggap dalang utama skandal 1MDB Low Taek Jho atau Jho Low yang dikatakan bers...
Dah Sampai Puncak Malaysia Madani

Dah Sampai Puncak Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 214 hits
RAKYAT MALAYSIA MUDAH FAHAMKATA MP Anwar jangan kata saya tak ingatkan BUBARKAN JE LA PARLIMEN JANGAN BERDALIH LAGI SEKARANG DAH TERSEPIT POKOKNYA DIMANA KEDAULATAN UNDANG UNDANG NAJIB MINTA PENGAMPUNANZAHID MINTA GUGUR KES INI LA MASA UNTU...
Bagusnya Kerajaan Madani Walau Dihentam Macamana Pun Kesabaran Itu Penting Asal Boleh Bercakap Kita Jemput

Bagusnya Kerajaan Madani Walau Dihentam Macamana Pun Kesabaran Itu Penting Asal Boleh Bercakap Kita Jemput

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 188 hits
AL ABROR MOHD YUSUFmenjelang pru ke 15 dulu saya tercari2 calon manakah yg akan saya sokong hal itu kerana calon pn tu orang kampung saya rumahnya pun dekat dengan rumah omak ayah saya kemudian budak ni pun muncul la dengan gaya bercakap di...
Madani Sungguh Kiri Kanan Depan Belakang Ada Dalam Kerajaan Penyokong Kerajaan Sejak Lama Dulu Dulu Jangan Marah

Madani Sungguh Kiri Kanan Depan Belakang Ada Dalam Kerajaan Penyokong Kerajaan Sejak Lama Dulu Dulu Jangan Marah

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 166 hits
MOHD SHAH RIMMacam mana walaun PAS ni masih diberi jawatan dalam PMO setelah letak jawatan dalam YADIM
Contoh Madani Kerajaan Anwar Terpantas Tak Perlu Tunggu 4tahun Atau 40 Tahun

Contoh Madani Kerajaan Anwar Terpantas Tak Perlu Tunggu 4tahun Atau 40 Tahun

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 189 hits
Kali ini kaum India juga dari DAP mendahului Dari DAP sudah ada kluster mahkamah kaum cina dalam isu terowong dan ada juga kes rogol
Investment Linked Insurance Protection In Malaysia

Investment Linked Insurance Protection In Malaysia

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 202 hits
Investment linked insurance protection is becoming increasingly popular in Malaysia It offers a unique combination of insurance coverage and investment opportunities that can help Malaysians to achieve their goals In this article we will di...
Gerhana Matahari Separa Di Malaysia 20 April 2023

Gerhana Matahari Separa Di Malaysia 20 April 2023

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 343 hits
Malaysia bakal mengalami Gerhana Matahari Separa pada 20 April 2023 ini bersamaan dengan hari Khamis Sementara itu beberapa kawasan lain pula akan mengalami Gerhana Matahari Hidbrid pada tarikh tersebut Berikut dikongsikan maklumat rasmi da...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023