Risiko Kanta Lekap



Memakai kanta lekap bukan sahaja memudahkan rutin harian dilakukan tanpa gangguan, malah ia juga memberikan keselesaan kepada pengguna kerana tidak perlu lagi mengenakan kaca mata.

Sebab itu kanta lekap menjadi kegemaran bagi menggantikan pemakaian kaca mata. Terdapat pelbagai jenis dan warna yang menjadi pilihan terutama bagi remaja dan dewasa.

Namun, secara realitinya tidak ramai yang peka dan mempunyai pengetahuan tentang penjagaan dan cara-cara memakai kanta lekap yang betul.

Perunding Ophthalmologist, Dr. Saira Fairma Ismail Mokhtar berkata, pengguna kanta lekap perlu berdisiplin dalam penjagaan terutama aspek kebersihan.

“Ini kerana, jika silap langkah atau kurang penjagaan, kanta lekap boleh memberi masalah kepada penggunanya.

“Pengguna kanta lekap perlu mempunyai motivasi tinggi jika ingin memakai kanta lekap. Sebelum kanta dipakai, tangan perlu di basuh dengan sabun terlebih dahulu dan biarkan kering sebelum menyentuh kornea mata.

“Elakkan daripada berkongsi kanta lekap dengan orang lain dan tidak memakainya dalam tempoh terlalu lama sehingga melebihi lapan jam. 

"Bekas kanta lekap digunakan perlu dicuci setiap kali sebelum pakai. Seeloknya pemakaian juga perlu mengikuti bilangan jam tertentu setiap hari dan tidak disarankan tidur bersama-sama kanta lekap kerana ditakuti ada komplikasi," katanya.

Dr. Saira Fairma berkata. pengguna yang tidak menjaga kebersihan ketika memakai kanta lekap dan mengambil sambil lewa rutin harian tersebut berkemungkinan berhadapan dengan risiko jangkitan pada bahagian kornea mata.

“Antara yang perlu diberi perhatian ialah jika mata merah, sensitif, kabur atau sakit. Jika keadaan ini berlaku segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan

“Individu yang tidur dengan kanta lekap berisiko lebih tinggi mendapat ulser kornea kerana mata lebih mudah tercedera, kurang oksigen dan memerangkap bakteria. 

"Kanta lekap yang dipakai dalam tempoh lama menyebabkan mata menjadi bukan toleransi kepada kanta lekap. Jika berlaku keadaan sedemikian, mereka dinasihatkan berhenti dahulu selama beberapa bulan sebelum kembali memakainya kembali apabila keadaan sudah baik.

“Kebanyakan individu yang berdepan masalah ini ialah mereka yang tidak mengikut cara penjagaan kanta lekap yang betul selain mungkin menggunakan cecair pencuci, rendaman atau bilasan yang tamat tempoh atau masih menggunakan bekas menyimpan atau merendam kanta lekap yang lama dan kotor," katanya.

Menurut Dr. Saira Fairma lagi, pemakaian kanta lekap untuk tujuan kosmetik juga tidak ada masalah melainkan pemakainya perlu menjaga kebersihan semasa memakainya.

Penggunaan kanta lekap kosmetik juga sama kaedahnya dengan pemakaian kanta lekap untuk tujuan rawatan.

Kebanyakan kanta lekap kategori kosmetik adalah jenis lembut dan dijual dalam pelbagai warna pilihan. 

“Terdapat dua jenis kanta lekap yang dijual di pasaran untuk tujuan rawatan iaitu jenis lembut dan keras. Kanta lekap paling digemari pelanggan adalah jenis lembut kerana lebih selesa dan mudah untuk menyerap cecair dalam mata. 

"Permukaan yang lembut juga memudahkan oksigen diserap masuk pada permukaan kornea mata dan membantu mengurangkan berlaku masalah kekeringan. Kanta lekap jenis pakai buang dalam kategori lembut mempunyai waktu tertentu untuk dipakai oleh pengguna.

“Kanta lekap jenis keras pula boleh dipakai dalam jangka masa yang lebih lama tetapi meninggalkan kesan ketidakselesaan kepada mata pengguna. Kebanyakan kanta lekap untuk merawat rabun adalah warna jernih," katanya.

Terang Saira Fairma, terdapat beberapa sebab yang menghalang individu berkaitan menggunakan kanta lekap sebagai alternatif menggantikan kaca mata biasa.

“Mereka yang mempunyai masalah jangkitan kuman pada mata, mata kering dan alergi mata tidak digalakkan untuk memakai kanta lekap

“Individu yang sentiasa berada dalam persekitaran yang tidak bersih dan kotor seperti debu perlu mengelakkan daripada memakai kanta lekap kerana ditakuti memberi kesan kepada kesihatan mata," katanya.

Ujar beliau lagi, seeloknya pengguna dinasihatkan berjumpa pakar di klinik sebelum mengambil keputusan menggunakan kanta lekap supaya kanta yang akan dipakai sesuai dengan lengkungan kornea mata iaitu tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Kanta lekap yang dibeli di kedai Optometri yang diluluskan dan mempunyai pengesahan lebih selamat digunakan berbanding hanya membelinya di kedai-kedai biasa.
Kredit : UtusanMalaysia

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/07/risiko-kanta-lekap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berjaga Jaga Dalam Tempoh Dua Waktu Ini Kritikal Risiko Berlaku Serangan Jantung

Berjaga Jaga Dalam Tempoh Dua Waktu Ini Kritikal Risiko Berlaku Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 186 hits
Berjaga Jaga Dalam Tempoh Dua Waktu Ini Kritikal Risiko Berlaku Serangan Jantung SUATU ketika dahulu penyakit dan serangan jantung hanyalah kita anggap sebagai penyakit bagi mereka yang telah lanjut usia dan tua Namun dengan peredaran masa ...
Risiko Pasangan Pembawa Talassemia Berkahwin Kesannya Pada Anak Nanti

Risiko Pasangan Pembawa Talassemia Berkahwin Kesannya Pada Anak Nanti

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 222 hits
RUPANYA bagi pasangan pembawa talassemia apabila berkahwin ia berisiko dan beri kesan pada anak yang akan dilahirkan nanti Sebaiknya sebelum meneruskan hasrat untuk berkahwin lakukan ujian saringan talassemia terlebih dahulu Untuk faham leb...
Kekurangan Dana Kwsp Beri Risiko Besar Potensi Pelaburan

Kekurangan Dana Kwsp Beri Risiko Besar Potensi Pelaburan

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 167 hits
SHAH ALAM Kekurangan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akibat pengeluaran tambahan pada masa sekarang didakwa akan memberi risiko besar terhadap potensi pelaburan sedia ada dan seterusnya mengakibatkan bencana untuk jangka masa panjang Ke...
Eur Usd Mesyuarat Fed Semakin Hampir Dolar As Menilai Risiko

Eur Usd Mesyuarat Fed Semakin Hampir Dolar As Menilai Risiko

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 208 hits
Walaupun pegawai Bank Pusat Eropah masih membuat keputusan sama ada untuk menahan tekanan harga yang semakin meningkat dalam blok mata wang itu rakan rakan Amerika mereka sudah bertekad untuk mengekang inflasi yang melanda Amerika Syarikat ...
New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Dugaan Pagi Khamis

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap

Netizen Serang Instagram Memey Suhaiza Isu Penyondol Kembali Diperkatakan

Anak Sulung Setuju Edika Yusof Amp Nor Hidayah Bercerai Sedia Jaga Ibu Selagi Termampu Ini Jalan Terbaik Untuk Mereka