Risiko Kanser Jika Terlalu Lama Terdedah Gas Akrilonitril Pensyarah Kimia


Johor Bahru : Kejadian gangguan kesihatan di Pasir Gudang terutama dalam kalangan pelajar sekolah sehingga kini belum diketahui puncanya.
Bagaimanapun, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin baru-baru ini memaklumkan tiga jenis gas iaitu akrilonitril, akrolein dan metil merkaptan dikesan di kawasan itu.
Berikutan itu, segelintir penduduk di Pasir Gudang yang ditemui Bernama membangkitkan pelbagai persoalan berhubung kesan sampingan daripada aspek kesihatan dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang jika mereka terdedah kepada bahan itu.
Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Ir Dr Zulkifli Abdul Rashid berkata berdasarkan analisisnya, gas akrilonitril mempunyai sifat karsinogenik yang mampu mengakibatkan kanser jika seseorang terdedah kepada gas itu setiap hari atau terlalu lama.
Ini terbukti daripada kajian saintifik  seperti yang dilaporkan dalam pangkalan data Badan Toksikologi untuk Penyakit Toksikologi dan Pendaftaran Badan Toksikologi (ATSDR) untuk akrilonitril, katanya ketika dihubungi Bernama.
“Jika mereka (penduduk) terdedah dengan bau gas ini (akrilonitril) terlalu lama, ia bukan sahaja memudaratkan kesihatan bagi kesan masa pendek, tetapi boleh membahayakan organ dalaman sehingga bertindak balas menghasilkan bentuk kanser untuk kesan masa panjang.
“Keputusan kajian epidemiologi menunjukkan bahawa akrilonitril boleh menjadi karsinogen kepada manusia. Melalui eksperimen pendedahan bahan kimia atau gas itu terhadap tikus makmal mendapati ia boleh mengakibatkan tumor pada tikus, malah beberapa kajian saintifik juga menunjukkan bahan kimia akrilonitril ini juga dikatakan penyebab kanser paru-paru terhadap manusia,” katanya.
Beliau berkata bagaimanapun, kebarangkalian penduduk berisiko menghidap kanser bergantung kepada beberapa faktor antaranya sejarah perubatan mereka sama ada mempunyai asma, faktor umur, durasi dan konsentrasi pendedahan kepada gas itu.
“Selain itu, aspek geografi atau kedudukan penempatan penduduk yang tinggal berdekatan dengan punca pencemaran udara yang berlaku ketika ini lebih berisiko tinggi menghidap kanser dalam masa yang lebih singkat berbanding mereka yang tinggal berjauhan daripada punca pencemaran gas ini,” jelasnya.
Kejadian gangguan kesihatan di kawasan Pasir Gudang sejak 20 Jun lepas adalah kali kedua selepas insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim tiga bulan lepas, yang menyaksikan lebih 4,000 orang jatuh sakit dan 111 sekolah ditutup.
Pada 20 Jun, gelombang kedua dilapor berlaku di Sekolah Agama Taman Mawar yang melibatkan 15 murid mengalami gejala muntah, loya dan sesak nafas dipercayai akibat terhidu udara yang telah tercemar, diikuti 13 murid Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, pada hari sama.
Hari ini, iaitu hari pertama sesi persekolahan selepas semua sekolah di kawasan itu ditutup sejak 25 Jun sehingga Khamis, beberapa murid dan seorang guru Sekolah Kebangsaan Kopok, Pasir Gudang mengalami sesak nafas dan muntah-muntah sejak awal pagi.
Sementara itu, Zulkifli turut menjangka wujud lima gas toksik termasuk tiga yang telah dikesan setakat ini memandangkan metil merkaptan dan akrilonitril yang bertindak balas dengan unsur air boleh menghasilkan dua jenis gas toksik lain iaitu hidrogen sulfida dan hidrogen sianida yang mengakibatkan bau busuk dan tengik.
Bau ‘misteri’ yang dialami penduduk di sekitar Pasir Gudang kemungkinan kerana terhidu satu daripada dua gas itu, katanya.
Sebelum ini, Bernama melaporkan kebanyakan penduduk di sekitar Pasir Gudang yang terjejas mengadu sentiasa terhidu bau busuk dan tengik selepas cuaca hujan dan pada waktu malam.
Zulkifli menjelaskan bau hidrogen sulfida menusuk hidung seperti bau telur busuk, manakala hidrogen sianida digambarkan sesekali mempunyai bau ‘badam pahit’ tetapi tidak semua orang dapat mengesan bau itu.
Kehadiran gas hidrogen sianida dilapor dicatatkan paling tinggi di Taman Tanjung Puteri Resort semasa kejadian pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 13 Mac lepas.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/30/pencemaran-pasir-gudang-risiko-kanser-jika-terlalu-lama-terdedah-gas-akrilonitril-pensyarah-kimia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Nak Bayi Cepat Explore Tak Perlu Pakaikan Sarung Tangan Terlalu Lama

Kalau Nak Bayi Cepat Explore Tak Perlu Pakaikan Sarung Tangan Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 559 hits
Mama papa tidak perlu pakaikan bayi sarung tangan terlalu lama sangat kalau nak bantu perkembangannya Memakaikan bayi sarung tangan terlalu lama adalah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan Sarung tangan atau mitten dipakaikan kepada bayi...
Ustaz Menasihatkan Saya Tidak Baik Untuk Membiarkan Gadis Ini Menunggu Terlalu Lama

Ustaz Menasihatkan Saya Tidak Baik Untuk Membiarkan Gadis Ini Menunggu Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 241 hits
USTAZ menasihatkan saya tidak baik untuk membiarkan gadis ini menunggu terlalu lama USTAZ menasihatkan saya tidak baik untuk membiarkan gadis ini menunggu terlalu lama
Dulu Sangat Aktif Kini Pelajar Ini Disahkan Menghidap Myokymia Dipercayai Kesan Terhidu Gas Beracun

Dulu Sangat Aktif Kini Pelajar Ini Disahkan Menghidap Myokymia Dipercayai Kesan Terhidu Gas Beracun

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 388 hits
Isu pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang Johor bukanlah sesuatu yang baru didengar Sejak dari Mac lalu tragedi duka ini telah menjejaskan kesihatan lebih 2 000 orang awam dan menyebabkan beratus buah sekolah di Pasir Gudang diarah tutup b...
Masuk Rumah Terhidu Bau Gas Jangan Sesekali Petik Suis Lampu

Masuk Rumah Terhidu Bau Gas Jangan Sesekali Petik Suis Lampu

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 411 hits
Dalam perkongsian di media sosial netizen berkongsi apa yang perlu dilakukan Kejadian ngeri Pulang ke rumah pada tengah malam selepas makan malam di sebuah restoran seorang lelaki terhidu bau gas yang tersebar di sekitar rumah Lelaki itu pe...
Suri Rumah Keracunan Gas Klorin Selepas Mencampurkan Bahan Pencuci Di Rumah

Suri Rumah Keracunan Gas Klorin Selepas Mencampurkan Bahan Pencuci Di Rumah

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 509 hits
Baru baru ini laman Facebook rasmi Pusat Racun Negara mengingatkan orang ramai untuk tidak mencampurkan bahan pencuci kerana tindakan ini boleh mengakibatkan keracunan gas klorin Menurut kiriman yang dimuat naik pada 2 Julai itu seorang sur...
8 Petua Rendang Tahan Lama Amp Lambat Basi

8 Petua Rendang Tahan Lama Amp Lambat Basi

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 322 hits
Sehari sebelum raya biasanya kaum ibu dah sibuk menyediakan rendang Selalunya dimasak dalam jumlah yang banyak Tapi ada juga kejadian malam masak rendang esok tengah harinya rendang dah basi Memang geram kan 1 Pilih santan berkualitiGunakan...
Rebut Peluang Dapat Hidup Lebih Lama

Rebut Peluang Dapat Hidup Lebih Lama

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 426 hits
Kematian itu pasti apabila tiba masanya Namun semua orang ingin hidup lebih lama Selama mungkin yang boleh Biarpun sedar ada batas waktu yang akan tiba masanya akan mati usaha untuk terus hidup akan tetap dilakukan Sebab itu orang sanggup b...
Harga Gas Memasak Hari Ini

Harga Gas Memasak Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 1847 hits
BismillahirrahmanirrahimAssolatu wassalamu la rasulullahi wa la alihi wasohbihi ajma n Selamat sejahtera ke atas para pembaca interpretZZ yang sudi melawati laman blog ini buat kesekian kalinya Semoga kawan kawan semua dalam keadaan sihat w...
Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual