Risau Umur 40 Kerja Tak Stabil


“Risaulah, umur nak masuk 40, kerja masih belum stabil.”
“Aku pun risau juga, umur dah nak masuk 40, tapi belum ada anak.”
“Haish. Aku ni umur nak masuk 40, masih bujang lagi.”
Dan macam-macam kerisauan yang hadir dengan umur 40.
Memang perlu risau ke? Terutama perihal rezeki yang di luar kawalan si hamba?
Quran beri petunjuk, umur 40 memang signifikan untuk direnungkan. Bahkan Dia memberikan skrip doa untuk bersiap menghadapinya.
Cuma.
Piawai berjaya menghadapi umur 40 bukanlah dengan pencapaian harta yang bertumpuk, atau kerja yang stabil, atau anak yang ramai, atau ijazah pendidikan peringkat professor.
Tidak.
Itu piawai manusia.
Piawai di sisi Tuhan jauh berbeza. Tuhan mendidik, jika dirahmati dengan usia 40 tahun,manifestasikannya dengan:
1) Menjadi peribadi bersyukur.
2) Berbuat baik kepada ibu bapa
3) Fokus Amal soleh yang Dia redhoi.
Habiskanlah baki usia 40 tahun berikutnya dengan amal soleh kesyukuran. Itulah persiapan akhir-akhir kehidupan dunia sebelum bertemu denganNya dalam kehidupan selepas kematian yang abadi.
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ إِحْسَٰنًاۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًاۖ وَحَمْلُهُۥ وَفِصَٰلُهُۥ ثَلَٰثُونَ شَهْرًاۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُۥ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
Al-Ahqaf 46:15
Jika seorang ibu mensasarkan si anak “Sebelum umur 7 tahun, dah kena lancar membaca.” Lalu, sebelum usia tersebut, si ibu meletakkan usaha didik anak membaca.
Jika pedoman Tuhan mendidik manusia “Apabila capai umur 40 tahun, dah mudah praktis syukur & Amal soleh.” Lalu, apa yang manusia perlu persiapkan?
Faham apa makna Amal soleh?
Faham apa makna Syukur?
Amal soleh, itulah amal yang bawa pada pembaikan diri, keluarga dan masyarakat. Secara mudahnya, keseluruhan ayat Quran, saat memilih melaksanakannya, memang itulah amal soleh. Kerana Quran, sumber barakah yang membuahkan kebaikan bertambah-tambah. Segala perintah & laranganNya adalah untuk islah manusia.
Bagaimana pula dengan syukur?
Nabi Nuh diiktiraf hamba yang bersyukur dalam Quran.
ذُرِّيَّةَ مَنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَبْدًا شَكُورًا
(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang bersyukur.
Al-Isra’ 17:3
Manifestasi kesyukuran Nabi Nuh terlihat pada kesungguhannya 950 tahun menyelamatkan masyarakat dengan berdakwah, menyampaikan ajaran Tuhan.
Justeru, Yang mahu meneladani syukurnya Nabi Nuh sewajarnya persiapkan diri dengan ilmu wahyu, amalkan untuk diri. Selanjutnya, pilihlah untuk sebarkan wahyu Tuhan sebagai agenda hidup terutama selepas usia 40 tahun.
Dan.
Bukti kesyukuran seorang hamba sangat terkait dengan kesungguhan si anak berbuat baik pada kedua ibu bapanya.
Mengapa?
Ibu bapa adalah manusia paling banyak berbakti kepada anak. Andai si anak gagal menzahirkan kesyukuran dengan berbuat baik pada ibu bapa yang boleh dilihat mata, bagaimana mungkin si anak mampu mensyukuri Tuhan yang tak nampak dek mata? Sedangkan Tuhan jauh lebih banyak kurniakan nikmat
Usia mendekati 40?
Analisa segala potensi.
Persiapkan diri agar saat tiba usia 40, mahu serahkan segala masa, tenaga, harta untuk perjuangan di jalan Tuhan, manifestasi kesyukuran kepadaNya. Habiskan saki-baki usia selepas 40 tahun dengan Amal soleh Yang buktikan kesyukuran.
Ayat Ibrahim
Goodbye 33. Welcoming 34.Dan bila masuk Januari beberapa hari lagi, saya tetap kena jawab “Umur saya 35 tahun ni.” Begitulah kisah December babies.
Buku “Tuhan mahu berbicara denganku”
http://bit.ly/shopeeTMBD
Rebut diskaun YEAR END SALE 2020 sebanyak 10% sehingga 31 Disember 2020.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://faizsaaid.com/risau-umur-40-kerja-tak-stabil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh Pkp Kementerian Kerja Raya

Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh Pkp Kementerian Kerja Raya

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 226 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerja kerja pembinaan perlu dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di negeri yang terlibat kecuali bagi kerja kerja yang disenaraikan Perkhidmatan Perlu kata Kementerian Kerja Raya Menurut kenyata...
Doktor Kagum Rawat Pesakit Kental Datang Minta Ubat Gatal Pkp 1 0 Hilang Kerja Pkp 2 0 Lebih Tragis Nasibnya

Doktor Kagum Rawat Pesakit Kental Datang Minta Ubat Gatal Pkp 1 0 Hilang Kerja Pkp 2 0 Lebih Tragis Nasibnya

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 411 hits
Doktor kagum rawat pesakit kental datang minta ubat gatal PKP 1 0 hilang kerja PKP 2 0 lebih tragis nasibnya Bagus betul kambing pun awak tolong Sabtu 16 Januari 2021 11 00 AMOleh IWAN SHU ASWAD SHUAIBSeorang pesakit berkongsi kisah mengala...
Mengenal Sabbatical Leave Cuti 2 Bulan Sebelum Putuskan Lanjut Kerja Atau Mau Jadi Pengusaha

Mengenal Sabbatical Leave Cuti 2 Bulan Sebelum Putuskan Lanjut Kerja Atau Mau Jadi Pengusaha

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 264 hits
Kalau memenuhi syarat kamu bisa lo mengajukan cuti ini baik buat break sejenak maupun melakukan kegiatan yang lain Tetap digaji
Mungkin Mereka Suka Tengok Saya Melacur Dari Buat Kerja Elok Sajat

Mungkin Mereka Suka Tengok Saya Melacur Dari Buat Kerja Elok Sajat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 211 hits
Sejak beberapa hari lalu nama usahawan kosmetik sensasi Sajat Kamaruzzaman kembali menjadi bualan ramai selepas memuat naik video pendedahan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor Sajat memaklumkan dia ditahan di Pusat Penahanan Sementar...
Nikah Pakai Baju Kerja Sebelum Pkp

Nikah Pakai Baju Kerja Sebelum Pkp

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Umum mengetahui hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan buat kali kedua untuk membendung wabak Covid 19 Dalam tempoh PKP juga ada aktiviti tertentu yang tidak dibenarkan dilakukan secara fizikal ...
Allah Nak Suruh Rehat Kejap Tu Sebelum Ni Kerja Tak Berhenti Hafiz Mahamad Positif Covid 19 Warganet Titip Doa

Allah Nak Suruh Rehat Kejap Tu Sebelum Ni Kerja Tak Berhenti Hafiz Mahamad Positif Covid 19 Warganet Titip Doa

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 422 hits
Semalam instafemes dan juga usahawan muda Hafiz Mahamad berkongsi khabar duka yakni dia telah disahkan positif Covid 19
Banyak Akan Hilang Kerja Akibat Darurat

Banyak Akan Hilang Kerja Akibat Darurat

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 227 hits
Pemuda Pakatan Harapan mempersoalkan rasional Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytihar darurat ke seluruh Malaysia mulai 11 Januari lalu Menurut kenyataan Ketua ketua Pemuda PH darurat berkenaan hanya akan meningkatkan ketidaks...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp