Rintihan Seorang Imam
*RINTIHAN SEORANG IMAM*-*Jemaahku...*Kerana sekeping roti canai sedap di mana sekali pun... sanggup kau mencari,Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,-*Jemaahku...*Kerana kenduri kendara jauh dimana sekali pun... bersungguh kau hadiri,Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun mungkin tiada jua kau kunjungi,-*Jemaahku...*Kerana bolasepak yang kau minati... Stadium Bukit Jalil sanggup kau jejaki,Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun mungkin tiada jua kau kunjungi,-*Jemaahku...*Kerana ingin melihat keindahan alam semulajadi... bukit dan gunung habis kau terokai,Tetapi rumah Allah di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,-*Jemaahku...*Kerana minat sungguh hobi memancing... segenap lautan dan sungai sanggup kau redahi,Tetapi rumah Allah di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,-*Jemaahku...*Kerana pasar malam dan pasar tani nampak sungguh meriah sekali... siang dan malam terus kau lewati, Tetapi rumah Allah di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,-*Jemaahku...*Kerana Gegar Vaganza dan Mentor dah bermula.. terpacak kau di depan TV,Tetapi rumah Allah di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,-*Jemaahku...*Tak salah apa yang kau lakukan semua ini,Cuma ingatlah di hadapan kita ada sesuatu yang sedang menanti, -*Jemaahku...*Sesungguhnya ketahuilah... umur ini hanya menunggu *mati*,Inginku bertanya... Ke mana jenazah kau dan aku... akan dibawa nanti
-*Jemaahku...*Seluruh pelusuk dunia telah pun kau terokai, Bila tiba saat matinya jasad ini nanti... di masjid atau surau jugalah kau dan aku akan dibawa untuk solat dan dimandi,-*Jemaahku...*Sebelum kau dan aku terus menerus lupakan diri,Biar kita saling ingat mengingati dan saling nasihat menasihati..
Kerana sesungguhnya kita perlu saling sayang menyayangi... sebagai saudara seagama...
Mudah-mudahan bersama-sama kita menuju ke Syurga Illahi .
Aameenوالله اعلم
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2019/11/rintihan-seorang-imam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29