Ringkasan Pakej Prihatin Rakyat


RINGKASAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT(PRIHATIN)
RINGKASAN PAKEJ PRIHATIN RAKYAT

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion. Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong  perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
Berikut adalah ringkasan agihan pakej tersebut :
– Pemberian RM1,600 secara one-off kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.
 
– Pemberian RM1,000 secara one-off kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000.
 
– Pemberian RM800 secara one-off kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
 
 
-Pemberian RM500 secara one-off kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000.
 
– Bantuan kepada para pelajar institusi pengajian tinggi sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.
 
– Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off epada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.
 
– Bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara kerajaan juga pada bulan April 2020.
 
– Internet percuma kepada semua pelanggan bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.
 
– Bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta.
 
– Elaun khas petugas perubatan dinaikkan daripada RM400 sebulan kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak Covid-19 berakhir.
 
– Memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota Rela yang terlibat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.
 
– RM1 bilion peruntukan tambahan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi Covid-19.
RINGKASAN PAKEJ PRIHATIN RAKYAT
– Memanjangkan pengecualian pembayaran sewa bagi Projek Perumahan Rakyat kepada enam bulan. Penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi unit sewa untuk milik dan Perumahan Awam.
 
– Pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik kerajaan persekutuan.
 
– Industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan bagi pemegang polisi dan sijil yang diarah menjalani ujian.
 
– Syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak Covid-19
 
– KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.
 
– Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020.
RINGKASAN PAKEJ PRIHATIN RAKYAT
– Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020.
 
– Bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya, gelandangan dan Orang Asal dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.
 
– Penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh enam bukan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mulai 1 April hingga 30 Sept.
 
– Meluaskan manfaat MySalam yang memberikan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).
 
– Membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.
 
– Menambah peruntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat antara 15 peratus hingga 50 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.
 
– Memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan.
 
– Memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
 
– Peruntukan sebanyak RM64.4 juta bagi menyediakan dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju untuk membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.
 
– Peruntukan sebanyak RM5.9 bilion bagi menyediakan subsidi upah gaji sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja yang berpendapatan bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus sejak 1 Jan 2020.
 
– Membayar gaji pekerja yang terlibat dengan kontrak perkhidmatan yang ditanggung oleh kontraktor yang terlibat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta.
 
– Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%.
 
– Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.
 
– Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah.
 
– PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
 
– Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.
 
– Langkah moratorium berkaitan bayaran kepada perbankan akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.
The post RINGKASAN PAKEJ PRIHATIN RAKYAT appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/ringkasan-pakej-prihatin-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm1600 Untuk Isi Rumah Berpendapatan Bulanan Rm4000 Ke Bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Rm1600 Untuk Isi Rumah Berpendapatan Bulanan Rm4000 Ke Bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 216 hits
RM1600 Untuk Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM4000 Ke Bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat Kita tak menjangka virus Covid 19 semakin menular di Malaysia Malahan berapa negeri berada di situasi zon merah Segelintir lagi masih bebas...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah Rm250 Bilion

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah Rm250 Bilion

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 380 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 Bilion yang baharu sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 Bilion Pakej ini melibatkan semua ...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Untung Mak Cik Kiah

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Untung Mak Cik Kiah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 432 hits
Salam to all readers Sekali lagi Perdana Menteri kita Tan Sri Muhiyyidin Yassin melakukan siaran langsung petang semalam Kali ini berkenaan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat gara gara covic 19 ramai orang dapat impak Jadi bagi mengur...
Rakyat Gembira Terima Pakej Prihatin Pembangkang Yang Panas

Rakyat Gembira Terima Pakej Prihatin Pembangkang Yang Panas

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 281 hits
By 28 March 2020Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit SiangKUALA LUMPUR Beberapa pemimpin pembangkang mula mempersoalkan pakej ransangan ekonomi RM250 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam Antaranya veteran D...
Pakej Prihatin Beri Rakyat Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang Tempoh Pkp

Pakej Prihatin Beri Rakyat Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 436 hits
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dimana meilbatkan nilai RM250 untuk diagihkan kepada rakyat Dalam pakej itu juga terdapat inisiatif kerajaan untuk menggalakan rakya...
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 263 hits
Pada 27 Mac lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT bertujuan untuk LINDUNGI RAKYAT SOKONGAN PERNIAGAAN dan KUKUHKAN EKONOMI Berikut adalah infografik senarai pengumuman pakej bantuan sempena COVID...
Covid 19 Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Terengganu Rakam Penghargaan

Covid 19 Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Terengganu Rakam Penghargaan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 224 hits
Mohd Nor Hamzah Foto oleh Tengku Syamim KUALA TERENGGANU 27 Mac Kerajaan negeri merakam penghargaan terhadap usaha kerajaan pusat memperkenalkan Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion bagi membantu orang ramai menghadapi im...
Prihatin Teks Penuh Ucapan Perdana Menteri Mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Prihatin Teks Penuh Ucapan Perdana Menteri Mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 606 hits
BERIKUT adalah teks penuh ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Saudara dan saudari rakyat M...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Elaun Khas Anggota Keselamatan

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Elaun Khas Anggota Keselamatan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 281 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Elaun Khas Anggota Keselamatan PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan elaun khas kepada anggota keselamatan melalui Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat petang tadi Lebih Info akan kongsikan maklumat
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip