Ringgit Dan Bursa Dibuka Tinggi Pagi Ini


Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas berakhirnya cuti hujung minggu panjang sempena cuti Krismas, disokong oleh sentimen positif membabitkan pengumuman kerajaan mengenai pelan 10 tahun bagi merancakkan sektor pelancongan.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0550/0650 berbanding dolar AS berbanding 4.0590/0620 sewaktu ditutup pada Khamis lalu.
Ketua Strategis Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata meskipun usaha itu adalah pelan jangka panjang bagi menggerakkan sektor pelancongan tempatan, tetapi langkah jangka pendek kerajaan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri pada 6 Disember lalu menyaksikan kebanyakan kawasan tumpuan pelancongan mencatat aliran pelancong domestik yang ketara.
Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0514/0596 daripada 3.0537/0571 Khamis lepas dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4876/5028 daripada 5.5186/5243 sebelum ini.
Unit tempatan itu juga naik berbanding euro kepada 4.9435/9573 daripada 4.9479/9528 minggu lepas namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.9156/9256 daripada 3.9153/9193 sebelum ini.
Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat lepas bersempena cuti Krismas.
Bursa Malaysia

Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal hari ini, didorong oleh momentum belian ketika pasaran memasuki minggu terakhir bagi 2020.
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.34 mata kepada 1,643.51 selepas dibuka menokok 1.06 mata kepada 1,642.23 berbanding 1,641.17 pada Khamis lalu.
Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 314 berbanding 161 manakala 302 lain tidak berubah, 1,351 tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 550.91 juta unit bernilai RM143.49 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata walaupun pasaran berkemungkinan masih menumpukan aktiviti memperelokkan akaun, namun aliran peningkatan diunjur dikekang oleh kebimbangan terhadap penularan varian baharu COVID-19 yang menjejaskan usaha seperti pembukaan semula ekonomi.
Dalam pada itu, peserta pasaran juga meninjau peluang dagangan membabitkan sektor pembinaan dan bahan binaan berikutan projek-projek prasarana sedia ada dan baharu yang akan berterusan sehingga 2021 selain faktor peningkatan harga komoditi.
“Selain itu, harga minyak sawit mentah mencecah paras tertinggi beberapa tahun yang menandakan bahawa pendapatan korporat akan lebih kukuh,” kata Malacca Securities.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Genting Bhd naik tujuh sen kepada RM4.53, CIMB menokok empat sen kepada RM4.23, Maybank dan TNB masing-masing meningkat lapan sen kepada RM8.52 dan RM10.78, Public Bank menambah 14 sen kepada RM20.70 dan Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.50.
Pengeluar sarung tangan seperti Top Glove dan Hartalega pula masing-masing berkurangan lapan sen kepada RM6.41 dan RM12.50.
Bagi saham aktif, AT Systematization naik tiga sen kepada 21.5 sen, Iris Corp meraih satu sen kepada 41.5 sen, KTG dan Pegasus masing-masing tidak berubah pada 30 sen dan tiga sen manakala Fintec Global susut setengah sen kepada 8.5 sen dan Marine & General turun 2.5 sen kepada 19 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 26.46 mata kepada 11,837.38, Indeks FBMT 100 meraih 23.96 mata kepada 11,593.89, Indeks Syariah FBM Emas menokok 7.75 mata kepada 13,290.93, FBM 70 melonjak 60.55 mata kepada 15,173.09 manakala FBM ACE naik 40.71 mata kepada 10,698.01.
Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian pula meningkat 0.20 mata kepada 176.09, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 62.23 mata kepada 15,322.60 manakala Indeks Perladangan meraih 19.72 mata kepada 7,437.0. BERNAMA
Penangan Belanjawan Lulus! Bursa Malaysia ditutup tinggi

The post Ringgit dan Bursa dibuka tinggi pagi ini appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/28/ringgit-dan-bursa-dibuka-tinggi-pagi-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tinggi Sampaikan Keputusan Kes Rasuah Rm2 Juta Ku Nan 9 Pagi Ini

Mahkamah Tinggi Sampaikan Keputusan Kes Rasuah Rm2 Juta Ku Nan 9 Pagi Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 307 hits
270 total views 270 views today KUALA LUMPUR 21 Dis Semua mata kini tertumpu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang akan menyampaikan penghakimannya terhadap kes rasuah RM2 juta dihadapi bekas Menteri Wilayah Persekutuan Dat...
Jepang Buat Mesin Pencuci Tangan Dan Pensteril Ponsel Berteknologi Tinggi

Jepang Buat Mesin Pencuci Tangan Dan Pensteril Ponsel Berteknologi Tinggi

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 191 hits
Jepang Buat Mesin Pencuci Tangan dan Pensteril Ponsel Berteknologi Tinggi WOTA Corp mendirikan 20 mesin WOSH di dekat toko Ginza yang bertujuan mendorong pembeli untuk mencuci tangan guna mencegah penyebaran virus corona
Satgas Covid 19 Sebut Ada 64 Kabupaten Amp Kota Di Indonesia Risiko Tinggi Penularan

Satgas Covid 19 Sebut Ada 64 Kabupaten Amp Kota Di Indonesia Risiko Tinggi Penularan

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 182 hits
Untuk daerah dengan risiko rendah terdapat 59 kabupaten dan kota Meskipun termasuk kategori risiko rendah kemungkinan transmisi tetap masih ada namun penyebaran virus masih dapat dikendalikan
Selery Sayur Yang Mudah Dan Murah Tetapi Mempunyai Nilai Khasiat Yang Tinggi

Selery Sayur Yang Mudah Dan Murah Tetapi Mempunyai Nilai Khasiat Yang Tinggi

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 570 hits
Khasiat Selery atau CeleryNama saintifiknya iaitu Apium Graveolens L juga dikenali sebagai daun dan batang sup yang banyak dan selalu digunakan dalam masakan terutama sup Di antara khasiatnya adalah ia mampu menurunkan darah tinggi menghila...
Kes Rasuah Berprofil Tinggi Digugurkan Pendakwa Raya Sama Jer Korang Ni Kan

Kes Rasuah Berprofil Tinggi Digugurkan Pendakwa Raya Sama Jer Korang Ni Kan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 197 hits
Atok mendakwa kedaulatan undang undang tidak lagi digunapakai memandang beberapa kes rasuah berprofil tinggi yang digugurkan oleh pendakwa raya dalam beberapa bulan kebelakangan ini Semua ini mengikut undang undang Penjenayah boleh terlepas...
Nasi Lemak Di Pagi Hari

Nasi Lemak Di Pagi Hari

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 517 hits
Alhamdulillah Kenyang sepinggan nasi lemak sambal ikan bilis goreng Minum air suam je Cik abe ambik nasi lemak sambal kerang Air teh o panas Syukur dengan nikmat pagi ni Tapi Tak henti di situ Siap tapau nasi lemak dia sebab sedap dan kena ...
Penularan Covid 19 Di Solo Tinggi Wali Kota Nilai Masyarakat Masih Abai Prokes

Penularan Covid 19 Di Solo Tinggi Wali Kota Nilai Masyarakat Masih Abai Prokes

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 183 hits
Rudy meminta kepada masyarakat agar aturan 3M tidak hanya dilakukan di luar rumah namun juga diterapkan di dalam keluarga Namun ia menyadari hal tersebut sulit di pantau pelaksanaannya Apalagi menyangkut urusan keluarga
Bergejala Masih Bertugas Punca Kes Covid 19 Dalam Kalangan Petugas Kesihatan Tinggi

Bergejala Masih Bertugas Punca Kes Covid 19 Dalam Kalangan Petugas Kesihatan Tinggi

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 220 hits
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas untuk megambil tujuh orang warga asing yang disyaki positif Covid 19 untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di s...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Catatan Hujung Minggu

Perlis Darul Kopi Ada 100 Port Untuk Ngopi Di Perlis

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Pendapat Pelabur Asing Kerajaan Melayu Kerajaan Korup

Maksud All Eyes On Rafah

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Chonggu Experimental School By Bau Brearley Architects Urbanists In Shanghai China

Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Tanda Kerajaan Madani Adil

Beraninya Kata Saya Pernah Bercinta Dengan Aliff Didi Astillah

Macc Proposes Criminal Charges In Case Involving Perlis Mb S Son

No Talks About Opening Uitm To Non Bumi Students Says Zambry

Singapore S New Pm Takes Office Pledging To Lead In His Own Way