Rindu Zaman Majalah Fizikal


 

Saya datang dari keluarga kelas buruh. Ayah saya bergaji kecil maka di dalam rumah saya tidak ada bajet untuk melanggan akhbar harian. Untuk baca ruangan kartun saya banyak melepak di rumah jiran. Dengan muka selamba saya akan membelek akhbar mereka dan menyelak ruangan kartun. Jiran sebelah rumah saya pelanggan tetap majalah kartun Gila-Gila. Berjam-jam saya di rumah jiran menelaah setiap isu majalah dwibulanan tersebut yang cukup popular ketika itu.
Apabila saya berusia 11 tahun saya sudah mampu menahan lapar pada waktu rehat untuk menyimpan duit belanja sekolah. 50 sen sehari saya simpan walaupun kelaparan meronta-ronta – saya pekakkan demi membeli majalah kesukaan saya itu. Masa itu senaskhah berharga RM1.50. Pendek kata selama dua minggu dalam sebulan saya mesti berlapar untuk membeli Gila-Gila. Kadang-kadang berlapar sampai sebulan sebagai tabung persiapan membeli keluaran semasa cuti penggal persekolahan. Sekolah cuti bermakna duit saku pun tiada.
Itu sahaja cara saya hendak mengumpul duit buat membeli majalah. Nak minta sendiri daripada ayah atau mak, saya takut. Mereka sangat tegas dan garang. Adalah sekali saya gagal menyimpan, saya cuba minta dekat emak tapi tak dapat. Saya tiada pilihan melainkan ‘mengambil’ duit emak saya yang disorokkan di dalam almari tempat menyimpan lauk (zaman sebelum mampu beli peti ais). Saya tidak berniat untuk mencuri duit belanja dapur yang disimpan emak sebab itulah saya sisipkan nota kecil yang saya tulis, ‘Mak. Saya ambil RM1.50 untuk beli Gila-Gila. Maafkan saya’. Agaknya sikap ‘gentle’ saya tidak membuat emak marah sebaliknya dia mengangguk tetapi dengan amaran ‘lain kali jangan buat lagi’. Ah! Menitis air mata pula sewaktu menulis ini. Maaf sekali lagi, mak.
Saya masih kecil pada hujung 70-an di mana ketika itulah zaman kegemilangan komik dan kartun memuncak. Saya terlepas suasana tersebut tetapi ia semakin rancak apabila memasuki tahun 80-an. Waktu itulah saya ada kerana seusia enam tahun sudah mahir membaca. Selain majalah kartun Gila-Gila yang menjadi juara turut ada majalah kartun yang lain seperti Gelihati, Mat Jenin, Batu Api, Bujal, Toyol dan lain-lain lagi. Ada yang bertahan lama, ada yang hanya keluar edisi pertama dan tidak muncul-muncul lagi.
Di sisi lain pula komik-komik nipis 24 muka surat terbitan Mediaseni yang berharga 70 sen turut memeriahkan pasaran. Di dalam bilik darjah kami bertukar-tukar majalah dan komik. Majalah kartun cina dari rakan Cina pun saya telaah (menengok lukisan sahajalah, baca tak reti). Itulah hiburan kami sewaktu kanak-kanak selain rancangan televisyen.
Meningkat remaja adik saya pula menggemari majalah hiburan artis seperti URTV. Dia beli majalah sebegitu. Orang tua kami tidak pula pernah membantah apabila melihat majalah-majalah yang kami beli tersusun di meja ruang tamu. Tidak juga mereka menggalakkan. Mak saya hanya marah jikalau ia bersepah sebab dia seorang pembersih yang cukup cerewet. Ayah saya tidak banyak cakap. Sesekali saya nampak juga ayah saya membaca majalah Gila-Gila yang saya beli. Sedap sikit hati saya melihatnya.
Ketika remaja anak muda kampung saya ada yang hanyut menagih dadah dan saya pula penagih majalah. Mamak penjual majalah pun adakalanya geli hati melihat kemunculan saya dengan gaya mendesak setiap kali isu terbaharu Gila-Gila terbit. Saya boleh tahu berapa haribulan majalah akan sampai. Kalau majalah lewat sampai seperti selalu saya akan muncul sekurang-kurangnya tiga kali sehari bertanya kepada mamak bila Gila-Gila akan sampai, macamlah mamak itu tauke Gila-Gila. Begitulah pandirnya saya waktu itu.
Melihat komik dan kartun di majalah fizikal waktu itu ibarat menonton filem di atas kertas. Pelukis-pelukis ini mempengaruhi bakat melukis saya. Penulis dan kolumnis Gila-Gila membentuk gaya tulisan genre humor saya. Membaca majalah kartun seperti membaca nota kuliah buat saya. Saya amati lukisan dan tulisan bersama ideanya. Saya pula mula aktif melukis kartun dan membuat komik sendiri untuk tatapan rakan sekelas. Kegilaan ini berterusan sampai ke tingkatan lima.
Ads by KioskedBila ditanya bagaimana hanya saya seorang sahaja dari beratus murid angkatan saya di sekolah yang mendapat Bahasa Melayu A1 dalam SPM, saya jawab sebab saya banyak baca Gila-Gila. Ilmu membuat karangan, penceritaan dan garapan saya timba di majalah-majalah yang saya baca. Percayalah, saya tidak berminat membaca buku teks sekolah. Saya perlukan ilmu melalui kaedah humor agaknya, bukan dengan cara serius tegak.
Sehinggalah saya sudah menjadi guru pelatih di sebuah maktab di Kuala Lumpur saya masih melanggan Gila-Gila. Kali ini langkah saya semakin panjang. Saya panjat hampir setiap syarikat penerbitan majalah kartun popular waktu itu untuk menghantar karya dan belajar berkartun. Kepesatan industri ini juga melahirkan ‘batch’ ketiga gelombang majalah kartun dengan adanya majalah Gelagat, Gado-Gado, Ujang dan APO? menyaingi majalah yang sudah sedia ada. Dianggarkan pada tahun 80-an 90-an tidak kurang 50 buah majalah kartun diterbitkan waktu itu. Bayangkan! Itu tidak termasuk lagi berbagai majalah hiburan, sukan serta berbagai nama akhbar tabloid mingguan. Di dalam majalah berkonsep apa pun tetap ada sisipan ruangan kartun.
Ketika menjadi editor majalah Gila-Gila pada 2016-2017, saya diwawancara oleh sebuah portal online berkenaan bidang kartun. Pemberita muda tersebut seakan ‘blur’ apabila saya menceritakan betapa hebatnya industri komik dan kartun tanah air pada 80-an 90-an. Dia tidak dapat membayangkan apabila saya cerita dahulu di Perhentian Puduraya setiap gerai menjual majalah tempatan sehingga bertimbun-timbun. Dia berkerut apabila saya berkisah betapa seronoknya kami membaca majalah di dalam bas ekspres sewaktu hendak pulang beraya di kampung. Paling lucu apabila bertandang raya di rumah kawan-kawan dan sanak-saudara, majalah kartun dan majalah hiburan edisi khas hari raya yang tebal itu turut menjadi sebahagian juadah. Ia sama meriahnya dengan rancangan hiburan nyanyi-nyanyi di peti tv. Suasana ini sudah tidak ada lagi. Sudah pupus.
Apabila zaman komputer sampai dengan internet, majalah-majalah pun berkubur satu demi satu. Akhbar harian turut mengalami nasib yang sama. Kita semua beralih melihat dunia tanpa sempadan di telefon pintar. Apa nak semua ada. Majalah fizikal tidak relevan lagi. Saya pernah letak majalah di meja ruang tamu tetapi anak-anak buah saya tidak terliur menyentuhnya. Tidak ada faktor penarik lagi buat majalah fizikal.
Imej-imej bergerak di skrin telefon pintar ternyata lebih mengasyikkan sehingga anak generasi kini boleh lupa makan minum dan tidak menghiraukan orang sekeliling lagi. Kita pun sudah kurang menyentuh majalah dan buku fizikal lagi. Cuba tanya diri kita sepanjang Januari hingga September ini ada atau tidak kita membelek akhbar, majalah, atau buku fizikal? Kalau ada, berapa? Kalau tak ada saya tak pelik. Biasalah! Saya masih belum menemui jawaban apakah roda zaman akan berputar dan menaikkan semula majalah fizikal yang saya rindukan atau apakah ia akan terus tenggelam tidak bangkit-bangkit lagi sebagai petanda zaman tersebut sudah berlalu? Entahlah! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/rindu-zaman-majalah-fizikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speker Dah Jelaskan Bagaimana Zaman Pn Dahnlakukan Benda Yang Sama Dimana Kuasa Di Tangan Pm

Speker Dah Jelaskan Bagaimana Zaman Pn Dahnlakukan Benda Yang Sama Dimana Kuasa Di Tangan Pm

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 195 hits
Sebelum nak beehimpun dengan dakyah ko membohong ahli ko elok ko dengar apa yang pernah di lakukan sebelum ini Shaidan Kassim Anifah Aman Tengku Adnan pun DNAA juga Ambik la permit DBKL DAN PERSETUJUAN PENIAGA KALAU TAK haram
Fatwa Hadi Keluarkan Berlaku Zaman Mahathir Lepas Tu Nak Tuntut Kepala Bapak Apa Nusi Oiiii

Fatwa Hadi Keluarkan Berlaku Zaman Mahathir Lepas Tu Nak Tuntut Kepala Bapak Apa Nusi Oiiii

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 248 hits
Wang Xiang KERANA gila kuasa pangkat dan harta KEADILAN kepada mangsa dan kelurga mereka dinodai Inilah kisah satu perjuangan Islam mereka
Lirik Zaman Merdeka Yaph X Mortal X Rxf Rhaled X Fahmi Anuar X Emmjay

Lirik Zaman Merdeka Yaph X Mortal X Rxf Rhaled X Fahmi Anuar X Emmjay

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 275 hits
ku lalui jalan iniwalau sukar ku bangkitnya sendiritakkan hilang jiwa mudahbiar tumpah darahku kan setiayah rujuk semua singgahsanabeban rakyat belantarawujud kuasa di antarajelata dan yang ada di angkasaberat di bahu angkarabila salah cara...
Dakwaan Keperluan Cukai Jalan Dalam Bentuk Fizikal Sahaja Adalah Tidak Benar

Dakwaan Keperluan Cukai Jalan Dalam Bentuk Fizikal Sahaja Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 146 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Merujuk kepada satu hantaran Facebook dengan kandungan berkaitan Lesen Kenderaan Motor digital yang sedang tular JPJ ingin menjelaskan bahawa kenyata
Zaman Mahiaddin Dan Zaman Mail Adakah Mereka Bertemu Pimpinan Asean Atau Luar Negara

Zaman Mahiaddin Dan Zaman Mail Adakah Mereka Bertemu Pimpinan Asean Atau Luar Negara

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 150 hits
PM bertemu pemimpin dunia angkat imej negara di Kemuncak ASEANPerdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mensia siakan peluang di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN ke 43 dan Sidang sidang Kemuncak Berkaitan untuk bertemu para pem...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita