Rindu Yang Tak Terubat


Antara banyak-banyak rindu, rindu yang paling ditakuti adalah rindu yang tak ada ubatnya. Sama seperti wabak Covid-19 yang masih lagi belum reda membadai kita. Seluruh dunia, betapa ramai anak-anak yang terpisah dari ibunya akibat dari pandemik ini. Ada yang hanya terpisah dengan jarak, dan ada juga yang terpisah dari dunia, selamanya. Dan di sinilah bermula rindu.
....rindu yang tak terubat Rindu bertamu lagi,
lemah tubuhku lidah pun kelu,
resah menantikan yang tak pasti,
bertanyakan hati mengapa ada rindu.


Jika ditanya tentang rindu,
jelas seluruh ragaku terpalit,
akan tetapi tiada daya upayaku,
hanya dalam doa namamu ku selit.


Sungguh rindu ini membuat ku sedar,
akan keberadaan makhluk itu tak selamanya,
takkan selalu ada bahu untukku tumpang bersandar,
perlindungan manusia hadnya tetap ada.


Namun ku takkan gentar,
ku pasti Allah sentiasa bersama,
biarpun tiada bahu tuk bersandar
ku pasti bumi ini luas tuk ku bersujud.


Ya Allah, ku sedar.


Bencana Covid-19 bukan badai biasa,
ia badai tak bermata, tak bersuara,
ia menjadikan anjung rumah kita sepi tanpa cahaya,
tanpa canda riang tawa keluarga tercinta.


Ya Allah! atas qudrah iradah Mu,
langkahku terhenti terbelenggu sepi,
ukhuwah tertunda tidak diizin bertemu,
harus berkurung harus lagi menyendiri.


Telah Engkau perintahkan menjaga ukhuwah
namun kami enggan kami mungkiri,
sungguh benar seperti kata Mu ya Allah,
telah terlalu banyak nikmat Mu kami dustai.


Ya rabb....

Badai ini amat terasa oleh kami,
betapa ia tak mampu terucap dengan kalam,
betapa tersiksa hidup menyendiri,
betapa mahal nya harga silaturrahim.


Beri kami peluang untuk bertaubat ya Robbi
Menyedari akan kezaliman kami atas semua nikmat yang telah Engkau beri,
Engkaulah Yang Maha Pemberi Rahmat, Maha Pengasih lagi Penyayang ku yakin Engkau mendengari,
atas izin serta kehendak Mu sajalah kehidupan kami akan lebih baik duniawi dan ukhrawi.


Annur Syuhadah, 04:35am | Gerik Perak, 5 Ramadhan 1441 Hijri/28 April 2020


Sajak ini sengaja dicipta bersempena berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan tahap 3 hari ni, 28 April 2020. Sebenarnya, tinggi harapan Syu agar hari ini merupakan hari terakhir PKP. Tapi ternyata hampa. Dengan penurunan mendadak kes positif Covid baru-baru ini, Syu rasa begitu yakin bahawa hari ini akan menjadi hari terakhir kita dibelenggu. Siapa sangka, ia akan dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei pula. Ini memang satu petanda yang pandemik ini memang merupakan sebuah situasi yang penuh dengan ketidakpastian

Jadi, sehingga sini sajalah. Syu tak berani lagi nak meletakkan sebarang harapan lagi selepas ni. Syu takut kecewa lagi. Kepada you guys out there, ingatlah. Keadaan kita semua tiada yang sama. Mungkin bagi sesetengah orang, sentiasa mengharapkan agar PKP ini terus dilanjutkan, sampai hujung tahun. Ya. Sebab mungkin mereka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Segala-galanya cukup. Segala-galanya sempurna. Ibu ayah ada anak-anak disampingnya. Anak-anak pula ada ibu ayah di sisi yang sentiasa akan menyokong mereka

Jadi jangan sebab "kesusahan' itu tidak berlaku pada kita, kita jadi beranggapan bahawa orang lain pun tiada yang "susah". 
Bila mental tengah koyak, dengar lagu Didi & Friends Oh Rindu Serindunya di Youtube pun menitik air mata haha 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2020/04/rindu-yang-tak-terubat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rindu Kinabalu

Rindu Kinabalu

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 363 hits
Aku rindu Kinabalu Kala menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ni teringin benar ingin keluar dari rumah dan pergi ke tempat menarik untuk lihat pemandangan contohnya pemandangan cantik macam ni Ni kat Pekan Nabalu lebih kurang 45 minit dari...
Selepas 2 Bulan Pemergian Ashraf Sinclair Aishah Adam Yuna Dida Luah Rasa Rindu Di Instagram

Selepas 2 Bulan Pemergian Ashraf Sinclair Aishah Adam Yuna Dida Luah Rasa Rindu Di Instagram

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 554 hits
Rindu pada yang tiada pastinya rasa itu paling sakit untuk dilalui Pemergian Ashraf Daniel Mohamad Sinclair secara mengejut memberikan kesan yang mendalam kepada seluruh dunia seni hiburan Malaysia dan juga Indonesia Apatah lagi pada keluar...
Risteena Rindu Nak Makan Bersuap Dengan Isa Khan

Risteena Rindu Nak Makan Bersuap Dengan Isa Khan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 533 hits
Jika sebelum ini Risteena melakukan sesuatu yang istimewa masakkan untuk Isa Khan dan mengirimnya menggunakan perkhidmatan Grab baru baru ini pelakon itu meluahkan rasa kerinduan terhadap tunangnya untuk makan bersama Menerusi perkongsian d...
Kami Bertiga Berdoa Baca Al Quran Supaya Rindu Hilang Lepas Pkp Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

Kami Bertiga Berdoa Baca Al Quran Supaya Rindu Hilang Lepas Pkp Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 461 hits
Bila rasa rindukan ibu dan ayah saya serta adik adik akan berdoa supaya rasa rindu ini hilang Itulah perasaan Hussain Izzuddin Che Mamad yang baru berumur 9 tahun Dia meluahkan rasa sebak apabila melihat adik adiknya sedih tidak dapat berju...
Dah 20 Tahun Tak Jumpa Aku Rindu Dia Anak Rayu Netizen Bantu Cari Ayah Yang Lama Menghilang

Dah 20 Tahun Tak Jumpa Aku Rindu Dia Anak Rayu Netizen Bantu Cari Ayah Yang Lama Menghilang

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 741 hits
Mungkin ini takdir yang perlu dilalui oleh seseorang yang rindukan pelukkan kasih sayang seorang ayah Pastinya mereka merindui bapa yang menjadi orang pertama azan ditelinga kita setelah dilahirkan di dunia Namun mereka ini mempunyai kekuat...
Menjelang Ramadan Maria Farida Luah Rasa Rindu Terhadap Ibu

Menjelang Ramadan Maria Farida Luah Rasa Rindu Terhadap Ibu

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 774 hits
Hiburan Aktres jelita Datin Seri Maria Farida meluahkan rasa rindu terhadap ibunya kerana tidak dapat berjumpa ketika Perintah Kawalan Pergerakan sedang dilaksanakan di negara ini Namun begitu Maria memahami situasi sukar ketika ini dan me
Inkramadan 2020 28 Syaaban Rindu

Inkramadan 2020 28 Syaaban Rindu

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 394 hits
Inkramadan Geng BO TKTema RinduTarikh 28 Syaaban 1441Inkramadan kembali lagi untuk tahun ini Lagi 2 hari umat Islam akan mula berpuasa Namun menyambut Ramadhan ketika PKP ini pasti menggamit rindu yang sangat dalam pada keluarga yang saling...
Tajul Luah Rasa Rindu Genap 10 Tahun Pemergian Arwah Achik Spin

Tajul Luah Rasa Rindu Genap 10 Tahun Pemergian Arwah Achik Spin

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 697 hits
Siapa jer yang tak kenal dengan gandingan duet Siti Nordiana suatu ketika dulu iaitu Allahyarham Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari Achik meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 17 April 2010 di Lebuhraya Leka...
Sekalung Rindu

Sekalung Rindu

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 253 hits
Coretan pendekDi keheningan malam sepi menyelubungi diri Tak kala kita termanggu sendiri tuhan mencuit hati kita untuk merindu Tapi untuk siapakah perasaan rindu itu Rindu yang membuat hati dan jiwa bercampur baur takkala hati mengetahui ri...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


62 Ci Crocker Twin The Fastest American Motorcycle Of The 1930s

Makan Di Manzanita Aeon Bukit Indah

Sebuah Lesson Learned Dari Dance Socials Cara Membaca Kode Partner Nge Dance Kamu

Baca Kenyataan Mahazalim Berkaitan Pulau Batu Putih

Loceh Luku Sedaih

Jangan Sesekali Kata Penat Depan Anak Anak Antara Tip Nak Buat Anak Hormat Kita Sebagai Ibu Ayah