Rindu Membaluti Jiwa Sang Perindu Nabi
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat semua. Naim harap semua sahabat-sahabat baik-baik belaka. Apa khabar semua , sekarang kita berada bulan November 2020. Semoga bulan ini memberi sedikit kebaikan dari sebelum-sebelum bulan yang lepas.
Malam ini Naim rasa nak share satu puisi spontan bertema bulan Rabiuawwal.. Semoga ia memberi sedikit inspirasi kecintaan kepada Nabi Muhammad. Insha Allah.
Tatkala jiwa-jiwa meronta-rontamencari cinta hakikilahir ke dunia insanyang sangat ajaibNama adalah MUHAMMAD
Dunia bercahaya berseri-seridengan kelahiran insan yang Agungmenjadi kekasih Allah di gelarkanHabibullahAllah mengurniakan kebaikan kepada Sang Nama Agung inimenjadi selawat kepada umatnyadi pelusuk dunia..
Sahabat-sahabat semua? Tahukan anda semua, Nabi Muhammad sangat menyayangi kita semua. Baginda mendoakan umatnya tatkala tak pernah bersua lagi, bagaimana kita? 1400 tahun sudah berlalu, jangan kita kedekut untuk berselawat sebagai tanda kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad.
Naim tak prefect, kekadang alpa jua tetapi nasihat bersama-sama agar membaiki kesilapan agar tidak berulang kembali.Bukan salah kita kembali berbuat kebaikan demi agama kita jua. Di akhir zaman , umat Islam persis bebuih di pesisir pantai, kita ramai tetapi kita tidak kekuatan. Begitulah kita? jangan kita lemah dengan masalah yang dapat. Berselawat sebagai perisai, hatta berdoa sentiasa agar Allah memelihara kita, ibu bapa kita, ahli keluarga, masyarakat hatta para pemimpin kita agar sentiasa mematuhi paturan daripada Allah. Insha Allah segala musibah dan wabak akan terhindar dari muka bumi ini.
Percayalah kepada Allah 100% , kerana yang datang wabak dari Allah dan kita serahlah balik wabak ini kepada Allah dengan banyakkan berdoa, kerana Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNYA. Kita tidak mampu berlawan wabak ini kerana kita seorang hamba yang lemah dari segala-galanya. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2020/11/rindu-membaluti-jiwa-sang-perindu-nabi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)