Ribut Solar Tahun 1770 Fenomena Aurora Paling Dahsyat Pernah Terjadi Di Angkasa


250 tahun dahulu pada tahun 1770, selama hampir 2 minggu langit di beberapa bahagian Asia seolah diliputi api yang marak dalam satu fenomena ganjil yang kejadian tersebut berjaya dicatatkan namun rekodnya hilang.


Fenomena tersebut yang selama ini dipercayai berlaku hanya selama dua hari bermula pada 16 September hingga 18 September 1770, kini dibuktikan berlaku lebih daripada 9 hari, meliputi kawasan yang lebih besar jaraknya berbanding sangkaan awal selama ini.

Sekumpulan pengkaji Jepun diketuai Professor Hisashi Hayakawa dari Universiti Osaka telah menemui rekod-rekod sejarah bagi tempoh September 1770 hingga Oktober 1770, dalam bentuk rekod-rekod rasmi kerajaan dan catatan orang ramai.

Menggunakan bahan baru ini, mereka berjaya merungkai kisah sebenar tentang fenomena ini yang melanda Jepun dan negara-negara berdekatan.

Penemuan mereka membuktikan ribut solar yang berlaku pada 1770 itu merupakan ribut di angkasa paling panjang dan terhebat pernah berlaku di bumi, jika dibandingkan dengan satu lagi ribut solar yang pernah berlaku pada 1859 bergelar Carrington Event.

Dianggarkan kekuatan ribut solar pada ketika itu melebihi 10-12% lebih kuat berbanding ribut solar Carrington pada 1859, yang selama ini disangkakan paling buruk pernah terjadi di bumi.

Masyarakat bumi pada ketika itu bernasib baik, kehidupan mereka belum bergantung kepada elektrik. Jika tidak, bencana yang lebih buruk akan berlaku.

Carrington Event hanya berlaku selama 2 hari menyebabkan kerosakan pada sistem telegraf di Eropah dan Amerika Utara, selain mengakibatkan ada di antara operator telegraf mengalami kejutan elektrik dan ada litar yang menyala sendiri tanpa dihidupkan.

Apa akan berlaku jika ribut solar sekuat ribut 1770 berlaku sekarang?


Pengkaji NASA sejak dulu kerap memberikan amaran berkenaan kesan cuaca angkasa dan kesan buruknya ke atas bumi.

Risiko yang bakal kita tanggung akibat ribut solar ketika ini amat berbeza dengan apa yang pernah berlaku dalam tahun 1770 dan 1859 kerana elektrik sudah menjadi sebahagian daripada keperluan kita.

Menurut Professor Hayakawa, jika bumi mengalami ribut solar dalam tempoh yang panjang ketika ini, orang ramai akan menghadapi kerosakan disebabkan oleh gelombang magnet yang timbul kerana ia mampu merosakkan banyak peralatan elektrik.

Gelombang magnetik ini akan menyebabkan kerosakan pada sistem komunikasi, pendedahan radioaktif pada pesawat, kerosakan sistem GPS dan sebagainya.

Pasukan tentera udara Amerika Syarikat juga mempunyai unit khas mengkaji kewujudan pancaran solar dari matahari bagi memastikan tidak ada penerbangan dilakukan sekiranya pancaran solar mengenai bumi kerana ini akan menyebabkan peralatan penerbangan terjejas.

Menurut satu kajian yang dilakukan pada tahun 2008, andai ribut solar sekuat Carrington Event berlaku pada zaman moden, mereka menganggarkan kerosakan berjumlah USD$2 trilion perlu ditanggung.

Menurut Professor Hayakawa, ribut solar yang berlaku pada tahun 1770 di Asia yang kini dibuktikan berlaku lebih panjang pasti memberikan impak negatif yang lebih besar pada masyarakat dunia dengan jumlah kerugian lebih besar.

Penduduk bumi sebenarnya bernasib baik kerana pada 23 Julai 2012, ribut solar yang sama kuatnya dengan Carrington Event dianggarkan berlaku.

Namun, letusan daripada matahari tidak terpancar terus ke bumi seperti yang berlaku semasa Carrington Event, kerana pusingan gas di matahari terlambat selama 9 hari.

Jika letusan itu berlaku 9 hari lebih awal ketika kedudukan punca letusan dengan bumi selari, entah apalah yang akan berlaku.

Hanya sedikit kesan letusan itu mengenai orbit bumi dengan datanya berjaya dikutip oleh peranti Solar Terrestrial Relations Observatory atau STEREO ciptaan NASA, yang membuktikan gelombang itu mempunyai kekuatan antara yang terkuat jika dibandingkan dengan mana-mana ribut solar yang pernah berlaku setakat ini.

Menurut anggaran, jika ribut solar benar-benar menimpa bumi pada tahun 2012, kerosakan yang perlu ditanggung oleh negara Amerika Syarikat sahaja dianggarkan sekitar $0.6 trilion hingga $2.6 trilion akibat kerosakan pada sistem komunikasi.

Seorang profesor bernama Ying D. Liu dari badan pengkaji angkasa China pula menambah, tempoh yang diperlukan bagi memulihkan kesemua fasiliti yang rosak akan mengambil masa 4 ke 10 tahun jika letusan 2012 mengenai tepat ke bumi.

Setakat ini belum ada penjelasan saintifik bagaimana angin yang membawa gelombang letusan itu dicipta oleh permukaan matahari.


Dikhabarkan, NASA dan European Space Agency sedang mengkaji permukaan matahari dan mengenal pasti bagaimana hendak meramal fenomena ini supaya penduduk bumi lebih bersedia.

Menurut kajian tahun 2012 oleh seorang pakar fizik bernama Pete Riley dari Predictive Science Inc, menggunakan data dan analisa daripada ribut solar yang pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun sebelum ini, peluang ribut solar sekuat Carrington Event atau ribut solar 2012 tepat mengenai bumi dalam tempoh 10 tahun akan datang adalah 12%.

Masyarakat dunia diminta bersedia, tetapi persoalannya, bagaimana?

BACA INI JUGA:
Fenomena Aurora, Cantik Tapi BerbahayaFakta Menarik Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) Ramai Tak Tahu!
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/04/ribut-solar-tahun-1770-fenomena-aurora.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Smkpz Menerima Anugerah Pusat Sumber Sekolah Paling Aktif Peringkat Kebangsaan Tahun 2018

Smkpz Menerima Anugerah Pusat Sumber Sekolah Paling Aktif Peringkat Kebangsaan Tahun 2018

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 422 hits
SMKPZ MENERIMA ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PALING AKTIF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018Sempena sambutan Jom Baca Bersama 10 mnit Peringkat Kebangsaan SMKPZ telah menerima Anugerah Pusat Sumber Sekolah Paling Aktif Peringkat Kebangsaan yan...
Fenomena Aurora Cantik Tapi Berbahaya

Fenomena Aurora Cantik Tapi Berbahaya

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 254 hits
Cantik tetapi berbahaya Itulah yang mungkin dapat digambarkan mengenai fenomena aurora yang berjaya dirakam oleh pihak Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Sejurus mendedahkan foto itu Nasa turut mengeluarkan amaran bahawa ia boleh memb...
5 Partai Dengan Dana Kampanye Paling Besar Di Pemilu 2019

5 Partai Dengan Dana Kampanye Paling Besar Di Pemilu 2019

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 241 hits
Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan merupakan partai politik yang memiliki dana kampanye besar yaitu Rp 345 02 miliar
Mencengangkan Indonesia Satu Satunya Negara Asia Jadi Paling Positif Di Dunia

Mencengangkan Indonesia Satu Satunya Negara Asia Jadi Paling Positif Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 330 hits
Dilaporkan oleh World Economic Forum hasil studi ini berdasarkan wawancara lembaga survei Gallup kepada 151 ribu orang dewasa di 143 negara pada tahun 2018 Apa saja yang ditanyakan Berikut di antaranya
Cara Paling Murah Untuk Masuk Singapura Dengan Hanya Rm2 30

Cara Paling Murah Untuk Masuk Singapura Dengan Hanya Rm2 30

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 448 hits
Ini bukan scam ini betul betul punya cerita wa tarak tipu ma Nak tahu macam mana dengan RM2 30 kalian boleh masuk ke Singapura dan melancong puas puas disana Kalau nak tahu bacalah sampai habis Jengjengjeng Mesti tak percaya kan Hurm tengok...
8 Lagu Paling Romantis Ed Sheeran Untuk Momen Pernikahan Siap Siap Meleleh Dengar Tiap Liriknya

8 Lagu Paling Romantis Ed Sheeran Untuk Momen Pernikahan Siap Siap Meleleh Dengar Tiap Liriknya

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 221 hits
Duh kalau dengar lagu lagu Ed Sheeran gitu pasti auto mau karaoke di acara nikahanmu nanti
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini