Ribuan Beratur Panjang Teruja Mahu Bertentang Mata Dan Bersalam Dengan Mahathir
Keterujaan untuk bertentang mata dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menghalang Che Rosnah Mohamad Murad, 56, bersesak bersama ribuan pengunjung lain di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2019.
Sanggup berkerusi roda dengan ditemani suami dan anak berusia lapan tahun untuk hadir ke Kompleks Sri Perdana di Presint 10, Che Rosnah yang berasal dari Alor Setar berkata beliau menyimpan niat untuk bertemu Dr Mahathir sejak di bangku sekolah lagi.
Loading…
“Dulu (ketika kecil) selalu dengar cerita ayah angkat mengenai Tun yang akan datang bersolat di Anak Bukit bersama kerabat Sultan Kedah sebelum beraya dengan masyarakat sekitar.
PUTRAJAYA, 5 Jun — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersalaman dengan pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Seri Perdana hari ini. — foto BERNAMA
“Sejak itu saya simpan niat tapi hanya tercapai hari ini walaupun perlu bergerak dari rumah di Dengkil seawal pukul 8 pagi tadi,” katanya kepada Bernama di Putrajaya, hari ini.
PUTRAJAYA, 5 Jun — Orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat beratur untuk memasuki perkarangan Kompleks Seri Perdana sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Anggota Jemaah Menteri pada Hari Raya pertama hari ini. — foto BERNAMA
Sementara Sherin Lee, 38, pula, mengambil kesempatan hadir ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk memberi peluang anak-anaknya bertemu pemimpin negara yang disifatnya menakjubkan.
Merupakan pengalaman pertama hadir ke Sri Perdana, Sherin yang menetap di Kajang mengakui suasana ini tidak akan dapat dirasai di negara lain.
“Saya mahu anak-anak merasai pengalaman bertemu Tun dan dalam masa yang sama meraikan hari raya secara meriah dengan semua bangsa di Malaysia,” katanya.
Bangga dengan pencapaian dan kudrat Tun Mahahir yang berusia 93 tahun memimpin negara mendorong S Ganeswari hadir bersama dua anak lelakinya.
Ganeswari yang berusia 70 tahun, mahu melihat sendiri Tun Mahathir yang disifatkannya “bersikap seperti seorang bapa dan penyayang”.
“Saya nak ucap terima kasih kepada Tun kerana memimpin negara ini. Orang muda patut belajar daripada Tun bagaimana dia menjaga negara ini,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Antara anggota jemaah menteri yang hadir ialah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran
Dalam pada itu, lebih 30 hidangan disediakan antaranya nasi beriyani, lemang, sate, laksa dan kambing golek. – Bernama
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianupdate.com/2019/06/ribuan-beratur-panjang-teruja-mahu-bertentang-mata-dan-bersalam-dengan-mahathir/