Ribuan Babi Hutan Bermaharajalela Di Kota Haifa Israel
Para penduduk di Haifa, sebuah kota di Utara Israel, telah terbiasa untuk berkongsi kehidupan dengan babi hutan. Haiwan ini seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada budaya tempatan mereka.
Tidak ada yang benar-benar tahu sejak bila dan mengapa babi hutan begitu berani dan bertekad untuk berpindah dari hutan dan tinggal ke bandar Haifa, apa yang pasti binatang ini sudah lama berada di sana sehingga tidak lagi takut akan populasi manusia. Begitu banyak babi hutan dapat dilihat berkeliaran di jalan-jalan raya dan kawasan perumahan, menggali dan menyelongkar tong-tong sampah tanpa menghiraukan kehadiran manusia, dan bahkan bersahaja tidur di bawah sinar matahari ketika manusia berjalan melewatinya.
Binatang ini nampaknya telah dapat menyesuaikan diri dengan gaya hidup di kota, dan kebanyakan orang di sini tidak punya pilihan selain membiasakan diri dengan binatang-binatang ini. Namun sekarang ini timbul kontra di mana ada sebahagian penduduk menerima babi hutan sebagai sebahagian dari daya tarikan tempatan Haifa, dan sebahagian penduduk lagi kurang selesa dan meminta pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu mengenai hal ini.
Kebanyakan tempat di dunia, melihat babi hutan yang berlari bebas di jalan-jalan raya di bandar atau bahkan di desa adalah sesuatu yang pelik dan tidak pernah berlaku, tetapi di Haifa perkara ini "seperti melihat tupai", menjadi sesuatu yang menggembirakan.
Kehadiran dengan jumlah ribuan babi hutan di kota Haifa yang semakin meningkat telah menimbulkan ketegangan antara penduduk tempatan yang suka akan kehadirannya dengan mereka yang menginginkannya dihapuskan, manakala antara sebab lain kemunculan mendadak binatang ini, penduduk tempatan dan pihak berkuasa sudah tidak berdaya untuk mengawal haiwan liar tersebut. Walaupun tong sampah telah dirantai untuk mencegah babi hutan menyelongkar, taman dan jurang telah dipagar, tetapi semuanya gagal mengawal kehadiran haiwan liar ini
Kemunculan begitu banyak babi hutan di Haifa telah menimbulkan ancaman berbahaya kerana menyebabkan ancaman fizikal dan risiko penyebaran penyakit. Terdapat laporan mengenai kejadian penduduk yang dikejar oleh babi hutan seberat 300 paun (kes kebanyakan wanita yang melindungi anak-anak kecil), harta benda dicuri oleh haiwan, dan bahkan laporan mengenai anak-anak yang digigit. Babi hutan telah menguasai jalan-jalan raya sekarang, ini adalah situasi yang sangat menggila.
Babi hutan mula berkelana ke kota Haifa sekitar tahun 2016, setelah berlaku kebakaran besar memusnahkan habitat semula jadi mereka, namun yang lain mengatakan bahawa ia adalah kesalahan pihak berkuasa kerana menghentikan penembakan babi hutan di daerah sekitar kota, tetapi para ahli mendakwa bahawa babi hutan tertarik dengan banyaknya makanan, dan mereka tinggal di kota kerana selalu ada sesuatu untuk dimakan. [odditycentral.com / nytimes.com]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2021/04/pelik-tapi-benar-ribuan-babi-hutan.html