Rh Null Jenis Darah Istimewa Yang Sangat Jarang Ditemui


Doktor beliau memilih untuk memandu sendiri beliau ke Perancis kerana jika darahnya diambil di Switzerland, banyak kerenah proses dan rekod yang perlu ditempuhi sebelum dapat diterbangkan ke Perancis.


Jururawat yang ditugaskan mengambil darah juga menyedari lelaki yang sedang diambil darahnya itu, mempunyai darah yang istimewa.

Hanya selepas meneliti label pada bungkusan darah itu, jururawat tersebut sedar sesuatu yang sangat unik, berdasarkan label yang ada, lelaki itu sepatutnya sudah lama meninggal dunia.

Bagaimanapun, lelaki yang hanya dikenali sebagai Thomas berikutan identitinya terpaksa dirahsiakan tetap tersenyum, sihat walafiat.

Tidak ramai yang tahu darah yang mengalir dalam badannya sangat unik dan dalam tempoh 50 tahun, hanya 40 orang sahaja diketahui mempunyai darah yang sama seperti Thomas.

Penemuan mengejutkan 40 tahun lalu

Kita semua tahu berikutan teknologi perubatan yang begitu tinggi, darah memerlukan bekalan yang lebih banyak setiap hari.

Malangnya, setiap daripada kita mempunyai jenis darah yang berbeza-beza.

Bagaimanapun, bagi setiap jenis darah yang ada wujud satu persamaan pada setiap jenis, dalam setiap sel darah merah kita, ada 342 antigen, sejenis molekul yang berupaya menggalakkan penghasilan protein antibodi.

Jenis antigen yang ada dalam darah kita juga menentukan jenis darah setiap individu.

Ada 160 jenis antigen daripada 342 yang biasanya ditemui pada setiap orang, dengan selebihnya mempunyai perbezaan-perbezaan tertentu dan kandungan antigen dalam darah kita menentukan tahap keunikan darah kita.

35 kumpulan darah yang telah dikenali menggunakan maklumat daripada antigen bagi menentukan kelas darah setiap individu.

Sekiranya seorang itu mempunyai darah normal, majoriti daripada 342 antigen yang ada pasti akan merujuk kepada salah satu kelas darah.

40 tahun sebelum ini, Thomas ketika berusia 10 tahun telah ke Hospital Universiti Geneva untuk pemeriksaan rutin.

Dalam ujian darah yang dijalankan ke atas beliau, doktor mendapati ada sesuatu yang amat ganjil pada kandungan darahnya, dia langsung tidak mempunyai antigen dalam darahnya, menyebabkan tubuhnya tidak mampu menghasilkan antibodi.

Yang menghairankan penyelidik, dia tidak menunjukkan sebarang tanda sakit.

Setelah sampel darah Thomas dihantar ke makmal di Geneva, Amsterdam dan Paris, Thomas menjadi antara individu unik yang mempunyai kumpulan darah Rh Null, darah yang langsung tidak mempunyai antigen serta tidak boleh diklasifikasikan.

Sejarah darah Rh Null

Darah seumpama ini buat pertama kali ditemui pada tahun 1961 pada seorang wanita orang asal Australia.

Sebelum penemuan beliau, penyelidik membuat kesimpulan mustahil untuk mana-mana janin yang mempunyai darah Rh Null membesar dengan sihat, berikutan ketiadaan fungsi penting dalam badan.

Bagaimanapun, selepas penemuan pertama sehinggalah kepada kemunculan Thomas, setakat ini telah berjaya direkodkan hampir 43 orang mempunyai darah serupa dan hanya 10 orang saja bertindak sebagai penderma aktif.

Apa yang membezakan individu seperti Thomas dengan kita?

Darah mereka memberikan risiko yang sangat besar pada pemiliknya, namun mempunyai kemampuan menyelamatkan jutaan nyawa orang lain.

Ini kerana darah daripada kategori unik Rh Null ini dapat diterima oleh sesiapa saja kerana darah ini merupakan darah paling universal di antara semua jenis kategori darah.

Setiap penerima darah perlu menerima darah yang tidak mengandungi antigen yang berlawanan dengan darah asalnya dan proses memadankan darah penderma dengan pesakit perlu dilakukan dengan berhati-hati, takut berlaku proses penolakan darah selepas transfusi dilakukan.

Darah Rh Null membuang semua risiko itu kerana kelebihannya yang bersifat neutral, tidak mempunyai sebarang antigen yang dapat meningkatkan risiko penolakan pada penerimanya.

Darah universal penyelamat nyawa

Thomas sedar keunikan yang ada pada darahnya mampu menyelamatkan nyawa sesiapa saja, namun malang bagi dirinya sendiri, sekiranya sesuatu yang buruk berlaku, dia hanya boleh menerima darah jenis Rh Null sahaja.

Individu Rh Null yang sudi menderma pula berada jauh. Ada di Brazil, Jepun, China, Amerika Syarikat dan Ireland. Ini memberikan impak pada hidup Thomas.

Sejak muda dia dilarang daripada menjadi terlalu berani, bagi mengelakkan kemalangan.

Dia memandu dengan cermat, hanya berani melawat negara yang ada kelengkapan hospital moden dan kad pengesahan status darahnya disimpan dalam beg, andaikata diperlukan.

Thomas mula menderma secara suka rela sejak mencecah 18 tahun, usia beliau dibenarkan menjadi penderma darah.

Semua darah yang didermakan Thomas disimpan di bank darah khas yang terletak di Paris dan Amsterdam.

Berikutan sakit anaemia yang dihadapinya, dia dinasihatkan menghadkan proses menderma darah hanya dua kali setahun, berbanding empat kali, menggunakan wang sakunya sendiri untuk kos perjalanan berulang-alik.

Walaupun perlu menghindari aktiviti berisiko, Thomas bagaimanapun bersyukur dirinya berbeza dengan orang lain.

Selepas diarahkan melaporkan diri bertugas dalam tentera beberapa puluh tahun dahulu, doktor yang menemui kondisinya menulis surat kepada pihak tentera, memaklumkan keadaan sebenar Thomas yang unik.

Dengan surat itu, Thomas dikecualikan daripada melaporkan diri, sesuatu yang perlu bagi melindungi Thomas yang mampu menyelamatkan lebih ramai nyawa seorang diri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Kita Perlu Dan Patut Menderma Darah?Skandal Kepala Darah Di China Menyedarkan Kita Betapa Pentingnya Menderma Darah
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/12/rh-null-jenis-darah-jarang-di-temui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Varieti Anggur Gergasi Jarang Ditemui Lebih Besar Daripada Telur Ayam Anggur Terbesar Di Dunia

Varieti Anggur Gergasi Jarang Ditemui Lebih Besar Daripada Telur Ayam Anggur Terbesar Di Dunia

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 655 hits
Gambar anggur gergasi lebih besar daripada rata rata telur ayam telah tular di media sosial Vietnam minggu ini menimbulkan persoalan mengenai keaslian dan asal usulnya Baru baru ini Khuc Ngoc Anh pemilik sebuah kedai buah mewah di Xuan La H...
Kajian Statistik Menunjukkan Jumlah Perkahwinan Dan Perceraian Di Malaysia Sangat Mengejutkan

Kajian Statistik Menunjukkan Jumlah Perkahwinan Dan Perceraian Di Malaysia Sangat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 231 hits
loading PUTRAJAYA 30 Nov Bilangan rakyat Malaysia yang berkahwin tahun lepas menurun sebanyak 1 2 peratus kepada 203 821 orang berbanding 206 352 orang pada tahun sebelumnya menurut laporan Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2020
Jangan Serang Sangat Pkr Nanti Bertanding Semua Kawasan Baru Tahu

Jangan Serang Sangat Pkr Nanti Bertanding Semua Kawasan Baru Tahu

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 322 hits
Oleh Mohamad Saja Saya tengok orang muda Amanah galak nak serang PKR Depa tak baca yang ada move dalam PKR nak bertanding di semua kawasan Dan untuk PRU 16 Memang PKR yakin mereka boleh menang 55 peratus kerusi Tak mustahil kalau invoke dig...
Buasir Otak Tv Abang Yang Sangat Annoying

Buasir Otak Tv Abang Yang Sangat Annoying

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 312 hits
Bila kau ada abang atau kakak yang annoying lagi menjengkelkan ada je benda tak puas hati dengan kau Jom tonton animasi ini
K Popers Wajah Warganet Yang Dianggap Paling Resek Tapi Sangat Berpengaruh No Debate

K Popers Wajah Warganet Yang Dianggap Paling Resek Tapi Sangat Berpengaruh No Debate

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 209 hits
Kadang resek kadang ngeselin tapi juga punya banyak andil Ya begitulah lika liku K Popers
Dengan 1 Huruf Saja Kesan Nya Sangat Besar

Dengan 1 Huruf Saja Kesan Nya Sangat Besar

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 297 hits
DENGAN 1 HURUF SAJA KESAN NYA SANGAT BESAR Selalu saya baca post post yang ada kesalahan menaip atau pun typo rasa terhibur sangat Lagi lagi bila dengan satu kesalahan typo tu terus mengubah ayat tersebut menjadi lucu Di bawah ni adalah sal...
Serangan Gerilya Sangat Merbahaya

Serangan Gerilya Sangat Merbahaya

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 221 hits
IBRAHIM MAT ISASerangan gerila selalunya mengerikan kerana soldadu sudah mengetahui kelemahan musuhnya Dalam politik juga gitu Biasanya komandan tentera tidak semborono dalam serang hendap Berhati hati PN kamu sudah lemah tu
5 Servis Penghantaran Barangan Atas Talian Sangat Membantu Dalam Pkp Ini

5 Servis Penghantaran Barangan Atas Talian Sangat Membantu Dalam Pkp Ini

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 569 hits
5 Servis Penghantaran Barangan Atas Talian Sangat Membantu Dalam PKP Ini Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai reader semua Musim PKP ni memang malas nak keluar membeli barangan runcit dan This is a content summary only Visit my website for ...
Sangat Jelas Dan Tuntas Pt95 Adalah Dalang Menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan

Sangat Jelas Dan Tuntas Pt95 Adalah Dalang Menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 329 hits
Memang idea dia pun takkan Moo begitu bijak dan licik menjatuhkan sebuah kerajaan yg dipilih rakyat Dia boleh khianat tapi nak merancang mcm sembab sket don t you think so So I doubt it Tadi saya dah kata Yang berkaki empat ragut rumput bad...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi