Rezeki Yang Tidak Terduga Datang Menjadi Santapan Yang Membahagiakan




Sabtu, yang indah ceria, hujung minggu yang menggabungkan berbagai rasa. Ya rasa bahagia, gembira , ceria dan meriah apabila dapat berkumpul bersama anak dari jauh balik ke rumah ibundanya. 
Dua orang anak balik petang Jumaat kerana hujung minggu dah tiba, hari kelapangan bercuti bersama ibundanya ini. Jauh perjalanan dari Tuaran, Kota Kinabalu ke Keningau memakan masa dua jam sampai. 
Kopi Matcha Latte anak bawa dari Kota Kinabalu. Lembut dan kurang manis. Minuman Etuza pagi ini sarapan makan kuih yang tersaji atas meja.
Sajian ( Juadah ) Di Hadapan Mata, Sumber Rezeki Yang Tidak Tersangkakan.
1. Kuih Sarang Semut ( Pagi Jumaat di tanak oleh menantu )
Balik dari kerja hari Jumaat, di atas meja kelihatan dalam talam sajian ada dua jenis makanan yang memang mengundang selera. Rupanya menantu buat kuih SARANG SEMUT awal pagi Jumaat. Dan hasilanya di gambar, ada juga kuih lingakaran nyamuk atau kuih sampiang kicap, gebu dan rasa nak terus makan. 
Tapi kena sabar pergi SOLAT JUMAAT di Masjid Al Mahabbah dahulu. Struktur Kuih Sarang Semut sempurna dan cukup cantik. Rupanya menantu ni pandai buat kuih sarang semut.
2. Kuih Karipap Moden ( ditapau ) Lebihan Dari Restoran Citra De'lights, Bandar Baru Keningau.
Petang Jumaat ada urusan untuk shoping di Bandar Baru, Keningau, singgah minum di Citra De'Lights. Oder kuih sedap menjadi kegemaran Bingka Ubi dan Karipap Moden yang agak rapuh, tapi hummm!! sedap hingga menjilat jari. Lebihan kuih karipap anak minta tapau bawa ke rumah, lastly Etuza yang makan sambil minum kopi hasbatus soda semalam. 
Gambar kuih karipap moden ( gelaran Etuza) ada di gambar, boleh tengok. Rezeki tidak terduga kerana terhidang atas meja makan, tidak ada yang memakan melainkan Etuza juga lah memakan rezeki ini.

3. Mangga Air Di Belakanag Dapur. Acar Mangga Air Menggoda
Ini buah mangga yang anak juluk kerana buah lebat hujung dahan pokok mangga air di belakang dapur. Rupanya berbuah lebat, Etuza sahaja yang agak jarang ke belakang dapur kerana ada saja urusan, termasuk lah mengurus BLOG ( hahaha). Entah bila suri hati siapkan ACAR  MANGGA muda. Di atas meja semangkuk memang menggoda jiwa nak makan. Hirisan mangga ditambah hirisan bawang merah dan lada padi dan sedikit air. Anak-anak makan pun berselera hingga habis semangkuk acar mangga muda  ini. Tidak terkecuali Etuza tumpang sekaki makan bersama.


4. Umbut Pisang Muda Masak Ayam Kurma. Wangi Memenuhi Ruang Aroma Kurma.
Sudah bertahun tidak pernah nampak masakan dari UMBUT PISANG, minggu ini masuk ke ruang makan di dapur terhidang sajian lauk ayam dan umbut pisang masak kurma. Ini mesti suri hati yang masak. Aroma kurma masih menyelinap menusuk hidung hingga selera kunjung datang. 
Umbut pisang di potong nipis dan di buka bebenang halus, lalu di tambah  ayam masak kurma setelah dibersihkan. Hummmm! tidak  pernah merasa lauk sebegini, rezeki kami malam itu kami bersama menjamah lauk ayam masak bersama umbut pisang kelihatan semua berselera. Alhamdulillah dan terima kasih kepada suri hati memasak penuh ikhals untuk seisi keluarga.
Inilah sajian atau juadah yang tidak disangkakan datang untuk kami jamah minggu ini.Alhamdulillah syukur ke hadrat ILAHI.

Inilah lauk ayam umbut pisang masak kurma. Sangat lain rasanya kerana ada umbut pisang yang lembut serta kuah yang aroma kurmanya mesra hidung.
Set nasi Etuza sekadar dua sudu dan lauk ayam umbut pisang masak kurma.Tetapi ambil kuahlebih sedikit agar mudah telan lauk dan nasi ini.Bahagia sekali..Alhamdulillah.
Gambar sekadar hiasan, mewarnai wall blog. Mohon sekadar melihat dan semoga kita semua dalam lindungan Allah dan dijauhi riak dan ego.InshaAllah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://madey09.blogspot.com/2025/08/rezeki-yang-tidak-terduga-datang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berita Sedih Pergi Selamanya Kenangan Bersama Menjadi Kenang Kenangan Al Fatihah

Berita Sedih Pergi Selamanya Kenangan Bersama Menjadi Kenang Kenangan Al Fatihah

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2906 hits
Asalamualaikum dan salam sejahtera Isnin pagi 01 09 2025 kembali membuat catatan di wall blog PE Semoga hari ini teman teman semua dalam keadaan sihat hendaknya Berita Sedih Pergi Selamanya Kenangan Bersama Menjadi Kenang Kenangan Al Fatiha...
Haiwan Peliharaan Yang Menjadi Penyelamat

Haiwan Peliharaan Yang Menjadi Penyelamat

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 737 hits
Haiwan Peliharaan Yang Menjadi Penyelamat JMBELOG Haiwan Peliharaan Yang Menjadi Penyelamat Ulasan puitis reflektif JMBELOG Gamera the Brave Ada kalanya kita menyangka sesuatu itu hanya sekadar kecil remeh dan tidak bermakna Seekor kura kur...
Mengenal Dwi Hartono Sang Pahlawan Pendidikan Yang Ternyata Menjadi Otak Kejahatan

Mengenal Dwi Hartono Sang Pahlawan Pendidikan Yang Ternyata Menjadi Otak Kejahatan

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1627 hits
BloggerBorneo com Siapa sangka si ganteng ini menjadi tersangka pembunuhan Ilham Kacab BRI yang menghebohkan itu Mari simak narasinya sambil seruput kopi tanpa gula wak Namanya Dwi Hartono Ia pengusaha flamboyan dari Rimbo Bujang Kabupaten ...
Santapan Pagi Cucur Jagung Dengan Kucai

Santapan Pagi Cucur Jagung Dengan Kucai

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1424 hits
Assalamualaikum semua Santapan pagi Sabtu dengan sudah lama potong simpan dalam peti ais Hasil tanaman dalam pasu Guna campur dengan Letak sikit Perancangan awal nak guna tetapi habis pula stok dalam peti Jadi cuma letak yang dipotong kecil...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terbang Dari Pulau Pinang Ke Kunming Dengan Pesawat China Southern Airlines

10 Cara Mengurangkan Kerugian Banjir Untuk Rumah

Hoya Malaysia Menegaskan Misi Pengesanan Awal Myopia Melalui Kempen A Million Visions

Sabronzo Kahwin Di Bali Sah Bergelar Isteri Dj Dash Berlin

Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor