Rezeki Tak Salah Alamat Impian Remaja Lelaki Untuk Bawa Ibu Bapa Ke Makkah Tercapai


Rezeki Tak Salah Alamat’, Impian Remaja Lelaki Untuk Bawa Ibu Bapa Ke Makkah Tercapai Impian seorang anak sulung dari empat beradik mahu membawa ibu bapanya ke Makkah bakal tercapai selepas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menghadiahkannya tiket penerbangan.
Penuntut Diploma Pengajian Islam Dakwah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Rifqi Saipul Nizam, 18, bertuah apabila impiannya itu ditunaikan Tony yang tersentuh dengan kisahnya yang menjadikan ibu bapanya sebagai sumber inspirasi ketika Program Executive Talk: Air Asia From Zero To Hero di UniSZA, di Kuala Nerus, hari ini.
Muhammad Rifqi yang menjadi individu pertama bertanya soalan kepada Tony menerima tiga tiket penerbangan menunaikan umrah bersama ibu, Mariam Daud, 44, dan bapanya, Saipul Nizam Jusof, 44.
Katanya, dia tidak menyangka akan diberi peluang sebegitu dan menyifatkan ia antara kenangan terindah.
“Memang terkejut apabila saya dipanggil semula dan beliau (Tony) mengatakan kisah saya menginsipirasikan dan menggembirakannya.
“Perasaan bercampur baur apabila beliau mengatakan akan memberikan saya tiket untuk menunaikan umrah.
“Sudah lama saya menyimpan hajat ke sana. Alhamdullilah, ia bakal tercapai dan rezeki itu memang tidak salah alamat,” katanya selepas Program Executive Talk: Air Asia From Zero To Hero di UniSZA, hari ini.
Menurutnya, dia yang kagum dengan Tony sekadar mahu mengetahui rahsia kejayaan dan sumber inspirasinya sehingga berjaya seperti hari ini.
“Ketika sesi soal jawab itu, saya turut berkongsi kepada semua yang hadir bahawa ibu bapa saya adalah inspirasi saya untuk terus kuat mengejar impian.
“Saya beritahu impian saya untuk membawa orang tua saya ke Tanah Suci sama ada untuk menunaikan fardu haji atau umrah kerana mereka insan penting dalam hidup saya.
“Saya sekadar berkongsi impian dan tidak sangka beliau mahu menunaikannya menjadi kenyataan,” katanya.
Dua Kereta Bertembung
Empat termasuk tiga sekeluarga maut selepas kereta dinaiki masing-masing bertembung dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Lipis-Benta berhampiran Simpang Taman Jelai, Lipis, hari ini.
Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Proton Waja, Mukhtar Hassan, 52, dan isteri Khatijah Hussin, 61, serta cucunya, Ahmad Fakhrul Muslim Ahmad Ridhwan, 2, dari Taman Kelaboran Jaya, Tumpat, Kelantan.
Turut maut adalah pemandu Perodua Myvi yang juga anggota tentera, Muhamad Samsol Kamal Mat Arifin, 22, yang bertugas di Kem Kementah, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, dalam kejadian pada 3.50 petang, Proton Waja dikatakan dalam perjalanan dari arah Benta menghala ke Kuala Lipis, manakala Perodua Myvi dari arah bertentangan.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu Perodua Myvi dipercayai tidak lepas memotong kenderaan lain menyebabkannya bertembung dengan Proton Waja yang ketika itu dinaiki oleh lapan orang termasuk pemandu.
“Akibat kemalangan berkenaan, Khatijah dan Muhamad Samsol Kamal maut di tempat kejadian, manakala Mukhtar dan Ahmad Fakhrul Muslim meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis,” katanya dalam satu kenyataan media.
Azry Akmar berkata, mangsa yang cedera parah pula adalah anak Mukhtar, Zalimawati, 34, dan anaknya, Zulaikha Basyirah Ahmad Ridwan, 10, yang kini masih dirawat di zon merah Hospital Kuala Lipis.
“Empat lagi mangsa termasuk isteri kepada anggota tentera (Muhammad Shamsol Kamal) cedera ringan dan turut dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku di jalan yang berselekoh, manakala sewaktu kejadian hujan renyai-renyai serta jalan basah.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Kita minta saksi bebas untuk tampil membantu siasatan kejadian,” katanya.
Sumber: Harian Metro
The post ‘Rezeki Tak Salah Alamat’, Impian Remaja Lelaki Untuk Bawa Ibu Bapa Ke Makkah Tercapai appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/rezeki-tak-salah-alamat-impian-remaja-lelaki-untuk-bawa-ibu-bapa-ke-makkah-tercapai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Kreatif Gantung Kain Sewaktu Pantang Bersunat Ibu Bapa Boleh Praktikkan Untuk Anak Anak

5 Cara Kreatif Gantung Kain Sewaktu Pantang Bersunat Ibu Bapa Boleh Praktikkan Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 3239 hits
Sudah menjadi budaya negara ini mula sahaja musim cuti persekolahan maka ramailah ibu bapa akan sibuk melaksanakan tuntutan syariat Islam iaitu berkhatan kepada anak lelaki Pada waktu inilah kebiasaanya kanak kanak lelaki yang disunatkan ak...
Dia Ni Pemalu Sangat Budaknya Ayat Yang Biasa Ibu Bapa Guna Boleh Membuatkan Anak Kurang Keyakinan Diri

Dia Ni Pemalu Sangat Budaknya Ayat Yang Biasa Ibu Bapa Guna Boleh Membuatkan Anak Kurang Keyakinan Diri

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 427 hits
Anak yang pemalu ini biasanya apabila orang dewasa suka berlebih lebihan ketika memuji sehingga ada yang mencubit kegeraman Justeru dia rasa malu dan terancam setiap kali berjumpa dengan orang dewasa kerana sudah menjangkakan apa yang akan ...
Sinopsis Jodoh Tak Salah Alamat

Sinopsis Jodoh Tak Salah Alamat

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 274 hits
SINOPSIS JODOH TAK SALAH ALAMATMengisahkan Luqman pernah mengenali seorang gadis bernama Diana ketika Diana melanggar keretanya dahulu Diana berpenampilan seksi dan mengamalkan cara hidup barat membuatkan Luqman bersangka buruk terhadap Dia...
Ibu Hamil Kerap Keguguran Fahami 11 Punca Ini Salah Satunya Group B Streptococcus

Ibu Hamil Kerap Keguguran Fahami 11 Punca Ini Salah Satunya Group B Streptococcus

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 542 hits
Keguguran kerap berlaku pada kehamilan yang berusia kurang dari 24 minggu kehamilan Ia terbahagi kepada dua keadaan iaitu early miscarriage dan second trimester miscarriage Ketahui 11 puncanya termasuk bakteria yang dinamakan Group B Strept...
Nak Tambah Anak 5 Faktor Ini Kena Fikir Dulu Salah Satunya Kesediaan Emosi Ibu Sangat Mustahak

Nak Tambah Anak 5 Faktor Ini Kena Fikir Dulu Salah Satunya Kesediaan Emosi Ibu Sangat Mustahak

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 416 hits
Setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan kehadiran anak untuk melengkapkan keluarga Namun perlu diketahui untuk memastikan semua pada tahap yang baik 5 faktor ini perlu ditahap yang baik sebelum hamil atau menambah bilangan anak Prof...
5 Senarai Semak Ini Wajib Untuk Ibu Bapa Sebagai Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

5 Senarai Semak Ini Wajib Untuk Ibu Bapa Sebagai Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 954 hits
5 Senarai Semak Ini Wajib Untuk Ibu Bapa Sebagai Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah Salam semua sejak kebelakangan ini kerap kali isu penderaan kanak kanak dan bayi yang selalu muncul dalam berita Sampaikan tak sanggup nak dengar ada jerr ...
73 Kematian Kanak Kanak Pada Tahun 2017 Ibu Bapa Wajib Memasang Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Menjelang 2020

73 Kematian Kanak Kanak Pada Tahun 2017 Ibu Bapa Wajib Memasang Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Menjelang 2020

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 406 hits
Timbalan Menteri pengangkutan YB Dato Hj Kamaruddin di pelancaran kempem Malaysia Save Our Future yang digerakkan oleh Tateh telah mengumukan cadangan bahawa orang ramai diwajibkan memasang kerusi keselamatan kanak kanak pada setiap kendera...
Pintu Rezeki Asbab Jaga Ibu Dihospital Baca Kisah Ni

Pintu Rezeki Asbab Jaga Ibu Dihospital Baca Kisah Ni

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 347 hits
ZAMAN sekarang semua barang mahal Minyak mahal kereta pun mahal sewa rumah mahal makanan pun mahal Kos sara hidup zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu Meskipun terhimpit dengan bebanan hidup masih ramai yang lupa alpa bahawa rezeki it...
Amalan Anak Anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal

Amalan Anak Anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 545 hits
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S A W keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat Sahabat yang dirahmati Allah Ibu bapa ada...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik