Rezeki Pkp Memang Terbaik Dari Ladang


Bachok: Hikmah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua beradik menjadi penternak dan pembekal daging arnab dan berjaya menjana pendapatan ribuan ringgit.
Kamaruzaman Mohd Asri, 35 dan adiknya Kamarul Bahrin, 24, hanya bermula dengan 11 ekor arnab dan kini sudah mempunyai 150 ekor arnab termasuk 35 induk betina.
KAMARUZAMAN Mohd Asri (depan) bersama adik-adiknya, Kamarul Bahrin dan Nurhuda menunjukkan arnab yang dipelihara mereka. FOTO Nor Amalina Alias Segalanya bermula pada Mac lalu apabila pendapatannya sebagai penanam dan penjual nanas dan tembikai terjejas akibat PKP.
Menurutnya, dia mula mencari peluang pendapatan baru di internet dan laman sosial sebelum tertarik dengan pekerjaan menternak arnab spesis New Zealand White sebagai haiwan pedaging.
“Kami mula dengan modal sendiri kira-kira RM1,500 untuk beli arnab, buat sangkar kecil di belakang rumah dan mampu jual 25 ekor dalam tempoh singkat.
“Tak sangka permintaan untuk daging arnab sangat berpotensi tinggi, kini kami turut menternak arnab untuk daging dan jual induk (ibu) untuk penternak lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pak Simpul, Pak Badol, di sini.
Kamaruzaman berkata, daging arnab dijual selepas haiwan itu mencapai usia sekurang-kurangnya dua bulan dan berat dua kilogram ke atas.
“Dagingnya dijual antara RM28 hingga RM30 sekilogram dan biasanya dimakan untuk menu berbeku dan dibuat satay,” katanya.
Adiknya, Kamarul berkata, setakat ini mereka memasarkan daging arnab ke Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur.
Dia yang baru menghabiskan pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Bharu berkata, perniagaan itu memberi peluang pendapatan buatnya yang baru tamat belajar di samping sukar mendapatkan pekerjaan di musim wabak pandemik ini.
Menurutnya, mereka masih memerlukan bantuan seperti bangsal yang lebih lengkap dengan kemudahan infrastruktur, sarang dan bumbung untuk teduhan haiwan ternakan di kawasan seluas 0.2 hektar di belakang rumah mereka.
“Menjaga arnab yang mencabar adalah kawalan penyakit kurap dan pemilihan dedak yang sesuai, sebab kalau tak sesuai, arnab akan alami cirit-birit dan berisiko mati, jadi kami akan berusaha pelajari kaedah menternak dengan jabatan yang berkaitan supaya perniagaan ini dapat dikembangkan lagi,” katanya.
The post Rezeki PKP, Memang Terbaik Dari Ladang appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/29/rezeki-pkp-memang-terbaik-dari-ladang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Plash Foaming Handwash Afy Haniff Pencuci Tangan Terbaik Seisi Keluarga

Plash Foaming Handwash Afy Haniff Pencuci Tangan Terbaik Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 691 hits
Diam tak diam sudah setahun dunia dilanda wabak pandemik Covid 19 Tidak terkecuali Malaysia juga turut terkena wabak dengan melibatkan hampir 65 000 jumlah keseluruhan sehingga akhir November 2020 ini Disebabkan inilah kita perlu menjalani ...
Tempat Makan Terbaik Di Langkawi

Tempat Makan Terbaik Di Langkawi

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 516 hits
HA NI ANTARA TEMPAT MAKAN TERBAIK DI LANGKAWI SARAPAN PAGINasi Kandar LanNasi atan kuahRoti canai black papper Nasi gulai panas kisapGulai Pendy Nasi Dagang Pak MalauNasi Kandar NashuGulai Uji Nasi atanWarung kita l kawi nasi dagang cenangD...
5 Pemain Terbaik Sabah Sepanjang 2020

5 Pemain Terbaik Sabah Sepanjang 2020

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 1047 hits
Paunovic terus kekal menjadi penjaring utama Sabah dengan 4 gol dan 2 bantuan Buschening meningkat pada lewat liga dengan 4 gol dan 1 bantuan Tetapi Shitembi sentiasa menjadi pengerak utama dalam majoriti serangan berbahaya Sabah 5 bantuann...
United Dah Ada Kesebelasan Terbaik Tanpa Martial Pogba De Gea Amp Shaw

United Dah Ada Kesebelasan Terbaik Tanpa Martial Pogba De Gea Amp Shaw

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 199 hits
Kebangkitan luar biasa yang dipamerkan oleh Manchester United ketika menewaskan Southampton pada Ahad lalu telah menunjukkan satu perkara yang jelas mereka perlukan Edinson Cavani dalam kesebelasan utama Dengan ketiadaan dua diva iaitu Anth...
Senarai 10 Air Fryer Terbaik Berkualiti Dan Harga Berpatutan

Senarai 10 Air Fryer Terbaik Berkualiti Dan Harga Berpatutan

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 652 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTerdapat pelbagai jenis air fryer dipasaran dengan pelbagai saiz kapasiti rekaan rekaan menarik dan harga yang berpatutan Pada masa sekarang ini dengan teknologi yang sentiasa berkembang air fryer menjadi ...
10 Set Bersalin Terbaik Di Malaysia Untuk Ibu Berpantang Ceria

10 Set Bersalin Terbaik Di Malaysia Untuk Ibu Berpantang Ceria

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 1073 hits
Maznee nak ucapkan tahniah kerana sedang Semoga anak yang lahir nanti baik berbakti pada ibu bapa Menyedari tarikh bersalin dah dekat mesti dah mula cari kan Salah satu darinya adalah set bersalin untuk digunakan semasa pantang Hari ini Maz...
Nama Ekstensi Domain Terbaik Untuk Seo

Nama Ekstensi Domain Terbaik Untuk Seo

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 329 hits
Saat memilih nama domain usahakan memilih ekstensi domain dot com karena com merupakan terpopuler user friendly dan SEO friendly Google menyukai domain com karena tertua dan terbesar Setiap orang memiliki pendapat tetapi tidak pernah ada ek...
Tentang Pria Yang Kuharap Kelak Mendampingiku Aku Janjikan Versi Terbaik Dari Diriku

Tentang Pria Yang Kuharap Kelak Mendampingiku Aku Janjikan Versi Terbaik Dari Diriku

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 303 hits
Sayang semoga kamu selalu baik baik saja sekalipun tantangan dunia tak pernah ada habisnya
Pingat Ibu Terbaik Buat Khabib

Pingat Ibu Terbaik Buat Khabib

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 511 hits
PINGAT Ibu Terbaik yang diterima Khabib LONDON Bekas bintang UFC Khabib Nurmagomedov menerima satu lagi anugerah yang tidak dijangkakan pingat Ibu Terbaik Bintang seni bela diri campuran yang tidak kalah dari Russia itu mengumumkan persaraa...
Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

The Need For Economic Literacy

Filem Banduan Adaptasi Filem Tamil Kaithi

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri