Plash Foaming Handwash Afy Haniff Pencuci Tangan Terbaik Seisi Keluarga
Diam tak diam, sudah setahun dunia dilanda wabak pandemik Covid-19. Tidak terkecuali Malaysia juga turut terkena wabak dengan melibatkan hampir 65,000 jumlah keseluruhan sehingga akhir November 2020 ini. Disebabkan inilah kita perlu menjalani dan mengamalkan norma baharu bagi menghindarkan diri dari menjadi mangsa Covid-19. Memang tidak dinafikan norma baharu banyak merubah kehidupan seharian supaya kita dapat putuskan rangkaian pandemik Covid-19 ini.
TAHUKAH ANDA PENCUCI TANGAN DAPAT MEMBUNUH VIRUS?
Menurut World Health Organization (WHO), sabun biasa dapat membunuh virus kerana molekul sabun itu sendiri yang bersifat dual-action. Satu, molekulnya bersifat sebagai penarik air dan lagi satu penarik lelemak. Virus pula diperbuat daripada material yang menyelaputi proterin dan lelemak. Apabila virus berinteraksi dengan sabun, molekul sabun akan menyebabkan selaput lelemak virus tersebut terurai lalu membunuh virus tersebut.
LANGKAH-LANGKAH CUCI TANGAN PAKAI SABUN YANG BETUL DARI WHO
Menurut WHO, cara mengelak jangkitan ialah dengan membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air selama 20 saat atau dua kali pengulangan lagu "Selamat Hari Jadi" Jika kita tiada akses kepada sabun dan air, gunakan alcohol-based hand sanitizer untuk menghapuskan bakteria dan virus.
Berikut langkah-langkag cuci tangan yang sebenar bagi memastikan tangan bersih dan terhindar daripada infeksi ialah dengan:
Basahkan tangan dengan airGunakan sabun yang secukupnya untuk meliputi segala permukaan tanganRamas kedua tapak tangan kemudian mula sapukan sabun dibahagian belakang tapak tangan dan dicelah jari. Lakukan ini untuk kedua belah tangan.Ramas tapak tangan sekali lagi dengan dicelah jari dibahagian tapak tanganLakukan pergerakan mengunci jari kedua belah tangan untuk membasuh bahagian jari dengan lebih lamaRamas ibu jari kiri dan kemudiannya kanan, lalu dengan menggunakan kuku, skrub bahagian telapak tangan sebagai langkah terakhir melumurkan sabun. Ini semua dilakukan selama sekrang-kurangnya 20 saat bagi memastikan bakteria hilang sepenuhnya.Bilas tangan dengan air paip dan keringkan tangan dengan menggunakan tuala tisu kering yang baru. Gunakan tisu tadi untuk menutup air
PLASH FOAMING HANDWASH AFY HANIFFPerbuatan mencuci tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian, bukan hanya untuk mencegah penularan Covid-19 semata-mata. Pakar Perubahatan Kesihatan Awam Dr Aizuniza Abdullah, berkata jika seseorang berada di luar rumah, mereka perlu mencuci tangan sekerap mungkin terutamanya apabila menyentuh sebarang permukaan. Sekiranya di rumah pula, orang ramai dinasihatkan mencuci tangan selepas melakukan aktiviti dalam rumah seperti memasak atau memegang permukaan yang kotor dan disyaki ada kuman. Pendek kata, kena kerap basuh tangan di mana pun berada. Mujurlah ada Afy Haniff yang mempunyai inisiatif mengeluarkan produk khusus basuh tangan iaitu Plash Foaming Handwash,
Plash Foaming Handwash. Produk dari Afy Haniff yang juga mengeluarkan produk SWiPEL yang dulu dikenali sebagai Serai Wangi. Afy Haniff merupakan 100% syarikat bumiputera. Satu jenama yang tidak asing dan cukup terkenal dalam penghasilan produk organik dan penghalau serangga yang berkualiti tinggi.
VARIASI PLASH FOAMING HANDWASH AFY HANIFF
Plash Foaming Handwash hadir dalam dua variasi haruman iaitu Fresh Aloevera dan Sweet Sakura serta dua size berbeza iaitu 200 ml dan 400 ml. Bagi aku keduanya wangi. kalau suruh pilih nak beli yang mana, memang aku akan beli keduanya. Kerana, keduanya ada baunya tersendiri.
Manakala size pula, aku memang akan beli kedua-dua size kerana aku beli size 200 ml mudah untuk bawak travel ke mana-mana sahaja walaupun pergi kerja je dan size 400 ml aku letak kat rumah untuk kegunaan bersama dengan ahli keluarga. Size 400ml Plash Foaming Handwash boleh menghasilkan lebih 500 kali cucian tangan tanpa isian semula
Plash Foaming Handwash Afy Haniff selamat digunakan seisi keluarga. Pencuci tangan ini bebas daripada bahan bahaya seperti paraben, phathalate dan dye serta tiasa diuji pada haiwan. Tambahan lagi, ia mempunyai pengiktirafan ISO, GMP dan HCCP serta menggunakan bahan semulajadi
PLASH FOAMING HANDWASH MUDAH DIGUNAKAN
Hanya pusingkan pemicu sabun ni ke kiri dan ke kanan untuk buka dan tutup
Tekan sekali sahaja buih sabun sudah keluar
buih yang wangi dan selamat digunakan untuk menghindarkan dari bakteria yang tak diingini
Plash Foaming Handwash membersihkan kotora dan melindungi kulit sambil menghapuskan 99.9% kuman berbahaya. Kaya dengan ekstrak lidah buaya dan sakura yang mengekalkan kelembapan kulit
Dapatkan teman suri rumah yang dapat menceriakan seluruh rumah anda dengan produk Afy Haniff
-------------------------------------------------------Info Lanjut:
Facebook | Instagram | YouTube | Shopee | Lazada | Yezza
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miminadam.com/2020/11/plash-foaming-handwash-afy-haniff.html