Rezeki Itu Untuk Kami Zuriat Kehamilan Kali Ketiga Keguguran Kali Ketiga Kehamilan Keempat Kelahiran Yang Di Nanti
tujuan cerita kat blog sebab lynn tau boleh dikongsi dengan orang lain berdasarkan entri pengalaman keguguran yang lepas memang ramai yang search.. macam lynn juga selain mintak pendapat orang, lynn selalu google je..dan hasil carian mesti daripada pengalaman blogger itu sendiri...so ini pengalaman lynn...
Assalamualaikum~~~
Alhamdulilah akhirnya berupdate jugak blog ni.. hehe
sebelum baca entri kali ni boleh la khatamkan dulu
PART 1kehamilan dan keguguran pertama
PART 2kehamilan dan keguguran kali kedua
Entri kali ni agak panjang, sebenarnya panjang tapi lynn akan cuba lah untuk pendekkan sebab entri kali ini bersambung daripada tahun 2017 sehingga la sekarang dah 2019. Zaman sekarang dah jarang dah orang berblog tapi ok je kalau nak teruskan since sampai sekarang orang search pasal kehamilan, keguguran, lepas tu ada yang tanya dah ade anak belum daripada entri yang lepas. so here we go....
Tahun 2017
Kejadian dalam bulan ramadan, mase tu memang dok tunggu waktu period tapi tak kunjung tiba...haha dan waktu tu biasa lah sibuk mengemas rumah, siap jahit langsir lah. Satu hari tu terperasan waktu menjahit rase macam nak period dan time tu ade spotting sikit. Dengan bangganya bagitau dekat en roommate period dah!!
.
tapi hampa, sebab period cume spotting je, pelik sungguh, rasa tak sedap hati dan kebetulan waktu tu kat umah dah kehabisan stok pregnant test yang ade cume ovulation test je..
Malam tu lepas je waktu berbuka terus ke Farmasi cari pregnant test. SAH mengandung naik 2 line. tak tau nak happy ke nak sedih, sebab rasa takut mana taknye 2 kali mengandung dan keguguran.
23/6/2017
pergi scan dekat klinik suba, klinik yang dekat dengan rumah je. Tujuan scan sebenarnya nak tau keadaan kandungan. Dalam perut bukan kita boleh nampak ape pun kan dengan mata kasar. Bukan kerana suka sangat dan tak sabar, tapi lebih kepada takut. Bila scan tak nampak pun kantung, tak nampak pun tanda-tanda macam mengandung, lynn dah tak sedap hati, tapi doktor tu cakap mungkin masih di awal kandungan jadi masih tak nampak dan tak perlu risau sebab waktu tu dah tak ada spotting.
hari raya.. waktu ni family lynn dah tau lynn pregnant. memang banyak rest raya pun tak kemana..hehe
29/6/2017
dengan tiba-tiba perut rasa sakit, mula pendarahan time tu dah ade dekat rumah sendiri. bedrest. risau. takut.
30/6/2017
pagi-pagi dah pergi hospital. pergi kecemasan, scan still tak nampak kantung last2 kena tahan wad
DALAM WAD
yang setia menemani.
doktor cadang nak buat ujian darah setiap 48jam, hasil dari ujian darah yang awal memang sah mengandung tapi tak nampak kantung. suspek early prengnancy atau etopic. Hasil daripada ujian darah, bukan etopic tapi early pregnancy cuma diancam keguguran sebab dah bleeding. keluar wad, duduk umah dan bedrest sahaja. tunggu je la keputusannya.
keluarga mertua datang melawat sambil beraya. 4/7/2017
dalam jam 3.30ptg keluar darah berketul, sakit perut yang amat, rase memulas. dah la waktu tu en roommate baru masuk kerja pukul 1.00 ptg dan akan balik kerja pukul 11 mlm.(eo) last2 mintak tuka dengan kawan dia yang masuk shift eo 11mlm.
4.50ptg sampai hospital duk menunggu dekat kecemasan time tu ramainye orang, pukul 7.30mlm baru la nombor di panggil. Scan lagi. still tak nampak kantung. pakai speculum yang kite panggil muncung itik tu
FINAL DIGNOSIS: completed misscariage
jam 10.30 mlm baru masuk wad, en roommate kelam kabut bawak barang naik wad sebab sepatutnya dia dah balik dah nak masuk kerja jam 11 mlm. tak sempat nak peluk en roommate nak kekuatan nak semangat. salin baju hospital, salam en roommate dan dia balik.
12am nurse datang nak masukkan air lagi, mintak sample air kencing. nurse ni dah kenal lynn sebab sebelum ni dah masuk wad yang same. nurse tu tanya.. kenapa hari ni saya nampak awak lain sangat. ada apa2 yang awak nak cerita? lynn tak bercerita tapi terus nangis.. macam mane nak redha, nurse tu terus peluk...
5/7/2017dah banyak kali scan oleh doktor yang berbeza still tak dapat detect, rahim kosong tapi nampak tebal. disebabkan dah banyak sangat scan TVS takut jangkitan kuman sebabnye sel darah putih lynn tinggi.
TVS
Petang tu discharge tapi masih kena datang appointment dekat klinik o&g
16/7/2017
cek upt sendiri, sebelum appointment degan o&g, upt still positif tapi waktu tu dah pudar doktor ambil sample darah untuk cari punca keguguran kali ni. Discharge dari o&g.
Bulan 10 2017,
Tak ingat actual date hehe, pagi-pagi dapat call dari hospital suruh datang untuk appointment keputusan keguguran tu, nak bincang masalah yang ada pada janin jika ada, yang menyebabkan keguguran. Sebelum appoinment memang risau sebabnye sebelum ni ambil sample darah tapi tak pernah pulak hospital call untuk appointment lepas keguguran. Ade masalahkah?
Alhamdulilah waktu appointment tu dengan dokor pakar Azah, dia terangkan janin yang lepas memang tiada masalah, dan masih tak dapat dikenal pasti punca keguguran,
dipendekkan cerita, doktor tu tau dah lame sangat kawin dah 5 tahun lebih waktu tu dan dah 3 kali keguguran berulang. doktor cadang buat ujian untuk antibodi sebab takut antibodi lynn yang tolak benda asing (janin) dalam badan. kalau tiada masalah antibodi doktor cadang pulak untuk cek genetik kami suami isteri, tapi tu peringkat seterusnya. keputusan ujian darah untuk antibodi ni lama, makan masa 4 bulan. Next appointment 18/2/2018
penguat semangat makngah dan pakngah, setiap kali balik dari hospital mesti pergi rumah budak-budak ni.. tenang~~~~
Tahun 2018
18/2/2018
Frust appointment cancel sebab waktu tu cuti raya cina. menangis.. sebab kalau boleh nak cepat2 tau result tu. Nak usaha kali keempat pulak. Call o&g dapat appointment 07/4/2018
28/3/2018
Last period 26/2/2018.. waktu ni dah lewat period 2 hari. plan asal en roommate ajak pergi taman botani dekat Batu Pahat. waktu tu rase takut pun ada sebab period tak lagi tapi nak buat aktiviti lasak nanti. Nak test upt macam terlalu awal, membazir since tanda-tanda mengandung pun tak ada lagi. malam tu en roommate keje jam 11pm (Eo) dah puku 1am lynn tak boleh tidur dok risau je . terus bangun pergi bilik air buat test.
double line..
Malam tu tidur pun tak tenang, tak bagitau lagi dengan en roommate sebab die dah excited nak berjalan.. subuh tu test lagi.. untuk orang yang macam lynn ni kat umah memang banyak ovulation strips bila beli dapat pulak pregnant test free. Jadinya memang banyak sangat pregnant test haha.
test lagi waktu subuh tu.. still double line... betul ke tak ni.. berdebar-debar. en roommate balik 7am , tapi tak bagitau dia lagi. pukul 10am test lagi.. haha kali ni kejut en roommate yang tengah tidur.. riaksi dia.. diam. nampak suka tak, x nampak suka pun tak.. ku tau mesti takut gak sama macam lynn..haha so cancel la ke taman botani bagai.
bukan setakat tu je biasa setiap minggu balik umah mak, tu pun lynn cancel, segala aktiviti dengan perkep lynn cancel. duduk rumah bedrest sebab nak tunggu appointment 7/4/2018.. dalam masa beberapa hari boleh jadi macam2.. Sementara tu continue asid folic, vitamin dan lynn suruh en roommate beli duphaston dekat farmasi
7/4/2018
hari yang dinanti
berdebar sebenarnya sebab sepatutnya hari ni dapatkan result untuk antibodi. dalam masa yang sama nak bagitau doktor lynn mengandung
doktor pakar Faisol: result hari tu negatif puan. jadinya memang puan tiada masalah antibodi. Last period bila puan
lynn: last period saya 26/2/2018, tapi doktor masa tu saya buat upt naik dua line.. fuuhhhh
doktor faisol: period bulan 1
lynn: emm 3/1/ 2017
doktor faisol: jadinya saya tak nak guna last period untuk edd. kalau mengandung kita kena jaga betul-betul. kita scan puan? saya buat tvs scan boleh ye
Hasilnya Alhamdulilah dah nampak kantung kecil je, usia kandungan dalam 5minggu. doktor faisol buat lagi appointment dengan dia 2 minggu lagi.
ingat sampai sekarang : doktor faisol, insyaallah puan kali ni kita akan jaga betul-betul
lepas ambil ubat dekat farmasi, terus makan duphaston 4biji serta merta, bersyukur sangat sebab dapat bekalan ubat yang banyak, berdasarkan pengalaman dulu dapat duphaston 5biji je..hehe kita tau ubat ni mahal rm58 untuk 20 biji je
balik daripada hospital terus ke rumah mak, sebab dah 2 minggu tak pergi umah mak, walau hari2 duk whatsapp tapi tak sama macam berjumpa.. sampai je.
mak: dari mana ngah
lynn: hospital.. appointmentmak: kenapa lama tak balik umah mak? ayah dengan mak inga angah merajuk ngan ayah mak.
lynn: pegi hospital tadi, angah mengandung lagi, takut nak bagitau mak dengan semua, angah dua minggu tak kemana duduk dekat rumah je.
mak: Alhamdulilah.. mak ingatkan merajuk.. macam mane tadi blablablabla...
25/4/2018
banyak kenangan yang tak seronok untuk hari ulangtahun kelahiran lynn, kalau boleh memang tak nak sambut, 2 kali keguguran , 2 kali di waktu hari kelahiran lynn. kali ni agak seronok sebab bedrest kat rumah tak buat apa-apa, masak, kemas rumah, basuh baju semua en roommate yang buat,
tiba-tiba 25/4/2018 ada orang datang rumah hantar bouquet coklat dengan kek, daripda family lynn.
27/4/2018appointment dengan doktor faisol lagi, kali ni scan, usia kandungan dah masuk 7minggu lebih, dah ada denyutan jantung. ini lah hadiah hari lahir yang amat bermakna. doktor buat surat untuk serah dekat klinik kesihatan untuk bukak buku pink.. alhamdulilah
kali pertama buat buku pink walaupun dah kali keempat mengandung. Allah je yang tahu perasaan kami suami isteri
Alhamdulilah progress kandungan kali ini cukup memberangsangkan.. setiap kali appointment akan dapat khabar gembira daripada doktor. selain makan duphastos sampai usia kandungan 16 minggu, doktor faisol bagi jugak ubat aspirin sewaktu usia kandungan 7minggu hingga 36 minggu..
peneman setia setiap kali appointment ..
raya yang amat bermakna untuk kami, masa ni dah 4 bulan, baru bagitau dekat family mertua yang lynn mengandung lagi.
bila kandungan dah masuk 6 bulan lynn makin aktif. uruskan majlis kahwin adik, kesana kemari waktu majlis buat semua orang risau. hehe tapi sebenarnya ok je..
sehari sebelum due.. kena serah diri esoknya sempat lagi makan macam-macam dekat kenduri kahwin jiran..hehe
bila dah serah diri.. lynn kena induce.. alhamdulilah, nikmat Allah .. dipermudahkan segala urusan sewaktu kehamilan kali ini.. dan dengan harapan agar dipermudahkan jugak untuk kelahiran.
sewaktu lynn dalam labour room, mak dengan ayah tunggu dekat luar, lynn tau mak tengah risau, ayah pulak sibuk ambil gambar..hehe kalau ayah tak ambil gambar, memang tak ada la kenangan kan
Alhamdulilah lynn selamat melahirkan zuriat kami.
baby boy berat 3.89kg3/12/2018jam 6.17pm
buku ni adalah perjalan sepanjang kandungan yang keempat.. menunggu khalifah kecil.
alhamdulilah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://alynnmalynna.blogspot.com/2019/03/rezeki-itu-untuk-kami-zuriat-kehamilan.html