13 Kali Keguguran Bacakan Yassin 40 Hari Lepas Nikah Dato Fazley Kongsi Suka Duka 15 Tahun Kahwin
Melayari bahtera perkahwinan selama 15 tahun sememangnya tidak mudah. Namun satu kejayaan kerana berjaya melalui satu tempoh yang lama, seribu satu kebahagiaan dalam ranjau penuh onak duri.
Penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob berkongsikan kisah suka dan duka alam rumah tangganya bersama isteri tercinta, Datin Azrene Soraya sempena hari ulang tahun perkahwinannya yang ke 15 tahun baru-baru ini.
Kata bapa penyayang kepada empat cahaya mata ini, dia dan isteri amat bersyukur dalam menempuh pelbagai ujian dan pengorbanan yang dilalui isterinya termasuklah mengalami keguguran sebanyak 13 kali.
Melalui Instagramnya, bapa yang cukup handal memasak ini berkongsi cerita perkahwinannya yang penuh indah.
“Buat yang tahu, mereka tahulah kisah kami. Buat yang dengar-dengar kisah, mungkin banyak yang betul. Buat yang tak pernah tahu, tapi dah agak betul juga lah tu.
“Benar, percintaan kami yang berusia 17 tahun dan perkahwinan kami yang hari ni genap 15 tahun, terbina dari airmata kami berdua, airmata keluarga-keluarga kami dan juga airmata ramai penyokong-penyokong kami.
“Pertama sekali, terima kasih buat semua keluarga jauh dan dekat ,sahabat-sahabat, rakan media juga serta mereka yang kenal rapat dan samar-samar, kerana telah mendoakan saya dan isteri sehingga bertahannya perkahwinan kami selama ini.
“Walaupun dengan 13 kali keguguran, kami tetap dikurniakan 4 orang cahaya mata. Syukur kehadrat Ilahi,” kongsinya lagi.
Dedah Fazley lagi, dia dan isteri mengamalkan malan membaca Yasin selama 40 hari semenjak bergelar suami isteri bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
“Buat Adik sayang, our journey has been a rollercoaster ride, sejak hari pertama hingga sekarang. But we grew stronger after every test and hurdle. Doa kepada Allah merupakan pelindung terhebat.
“40 hari membaca Yassin sejak hari pertama juga menjadi benteng kekuatan kepada orang yang mahu melihat kami berpecah.
Happy 15th Anniversary my gorgeous Adik Sayang! Lets continue to stay strong and shower our kids with loads of love. We have made it this far, when many people thought we couldn’t. I love you with all my heart,” katanya.
View this post on Instagram
A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)
Dalam pada itu, bersempena hari penuh bahagia itu, keempat-empat anak pasangan ini rupanya turut sama meraikan majlis penuh indah mereka.
Awal-awal lagi, kesemua mereka menyediakan sarapan pagi malah memasak sendiri untuk Datuk Fazley dan isteri di meja hidangan yang dihias cantik. Hebat!
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.
The post “13 Kali Keguguran, Bacakan Yassin 40 Hari Lepas Nikah” Dato’Fazley Kongsi Suka Duka 15 Tahun Kahwin! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/13-kali-keguguran-bacakan-yassin-40-hari-lepas-nikah-datofazley-kongsi-suka-duka-15-tahun-kahwin/