Lagi Sindiket Dadah Guna Kargo Udara Tumpas Kali Ini Mahu Seludup Ke Hong Kong


Oleh Herman Hamid Razarudin Husain dan Ayob Khan menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di IPK Johor hari ini. LAGI sindiket penyeludupan dadah menggunakan kargo udara berjaya ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beberapa minggu lalu, penghantaran dadah ke Auckland, New Zealand berjaya dipatahkan dan terbaru melibatkan penyeludupan dadah ke Hong Kong.
Yang terbaharu, sindiket ini didapati menyeludup heroin ke Hong Kong menggunakan tong ikan dan menyembunyikannya dalam bungkusan nipis untuk mengelakkan saringan syarikat kargo.
Seramai 12 suspek termasuk seorang wanita ditahan hasil beberapa serbuan dan tangkapan di sekitar Johor dan Kajang, Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, sindiket itu dipercayai telah sembilan kali menggunakan modus operandi yang sama.
Menurutnya, suspek berusia 36 hingga 53 tahun dipercayai terlibat dengan sindiket berkenaan, turut ditahan dalam empat serbuan yang diadakan serentak di Kajang, Selangor; serta Gelang Patah, Iskandar Puteri dan Pekan Nanas, Pontian.
“Modus operandi yang digunakan adalah dengan menyembunyikan dadah yang dibungkus nipis sebelum diletakkan di bahagian bawah tong ikan sejuk beku untuk dieksport menggunakan kargo udara ke Hong Kong.
“Berdasarkan siasatan, rampasan yang melibatkan 20.41 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM1.9 juta itu merupakan kali kesembilan sindiket ini membuat penghantaran ke Hong Kong,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Hadir sama, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Menurut Razarudin, modus operandi ini merupakan yang pertama kali dikesan, yang menyaksikan mereka membawa dadah berkenaan masuk melalui sempadan utara tanah air, sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pekan Nanas, Pontian.
Katanya, di situ mereka membungkus dadah berkenaan untuk dihantar ke Hong Kong melalui kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Dadah berkenaan juga dibungkus dengan bungkusan nipis seberat antara 270 gram hingga 275 gram setiap satu. Teknik berkenaan membolehkan mereka melepasi saringan syarikat kargo,” katanya.
Kata beliau, sindiket berkenaan dipercayai turut menggunakan khidmat syarikat lain yang berdaftar serta mempunyai lesen menjalankan kegiatan import ikan sejuk beku, untuk melindungi kegiatan mereka, bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
Ujar beliau, pemilik syarikat berkenaan dipercayai tidak mengetahui kegiatan pihak sindiket.
“Siasatan lanjut mendapati tujuh daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit jenayah dan dadah manakala seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine.
“Semua yang direman sehingga Sabtu ini, disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Polis turut merampas beberapa aset sindiket terbabit antaranya kenderaan, wang tunai, wang dalam akaun, barang kemas dan jam tangan, semuanya dianggarkan bernilai RM710,851.98,” ujarnya.
Kata Razarudin, dua daripada suspek juga terlibat dalam kongsi gelap yang aktif di Johor.
“Kemungkinan suspek akan dilanjut reman untuk membolehkan kita melengkapkan siasatan,” katanya.
Jelas beliau, kerajasama PDRM dengan Hong Kong sangat baik dan kedua-dua pihak saling berkongsi maklumat berhubung jenayah dadah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/lagi-sindiket-dadah-guna-kargo-udara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melaka Bakal Guna Strategi Hong Kong Tangani Masalah Dadah

Melaka Bakal Guna Strategi Hong Kong Tangani Masalah Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 176 hits
MELAKA 4 Mac Kerajaan negeri berminat mempelajari kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa di Hong Kong bagi menangani masalah penggunaan dadah terutama dalam kalangan remaja Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerajaan negeri...
Hiburan Gara Gara Kecam Tokti Kayuh Guna Lorong Salah Individu Ini Digelar Haters Oleh Peminat

Hiburan Gara Gara Kecam Tokti Kayuh Guna Lorong Salah Individu Ini Digelar Haters Oleh Peminat

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 435 hits
Gara gara mengecam tindakan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza beriadah menggunakan basikal dan melalui laluan yang salah akhirnya individu ini terciduk kerana dikritik kembali oleh peminat penyanyi lagu Cindai itu Dakwa ind...
Ibu Beranak 7 Pun Hisap Dadah

Ibu Beranak 7 Pun Hisap Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 295 hits
Gambar ContohMELAKA 26 Okt Seorang ibu kepada dua anak antara tujuh ditahan kerana positif dadah dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan negeri bersama tujuh agensi lain di Lebuh AMJ berhampiran Hotel Straits Meridian dan Simpang...
Ketua Pengarah Maritim Kong Kali Kong Kasi Tukar

Ketua Pengarah Maritim Kong Kali Kong Kasi Tukar

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 250 hits
Ketua Pengarah Maritim kong kali kong kasi tukar kata Ahli Parlimen Bintulu Seorang Ahli Parlimen kerajaan kecewa dengan sikap Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang berdolak dalih dalam isu pencerobohan kapal nelayan as...
Pengkhianat Negara Pekerja Kargo Klia Jadi Tali Barut Penyeludupan Dadah Rm8 1 Juta

Pengkhianat Negara Pekerja Kargo Klia Jadi Tali Barut Penyeludupan Dadah Rm8 1 Juta

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 319 hits
Dua kakitangan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang ditahan polis selepas dipercayai ada kaitan dengan penyeludupan dan rampasan dadah bernilai RM8 1 juta Suspek antara empat individu yang diberkas polis dalam operasi diada...
Cubaan Seludup Dadah Dalam Kotak Ikan Kerapu Gagal

Cubaan Seludup Dadah Dalam Kotak Ikan Kerapu Gagal

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 502 hits
Oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Razarudin Husain Abd Rasid bersama Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan antara barang rampasan berkaitan tangkapan suspek penyeludupan dadah bagi pasaran luar nega...
Meresahkan Babi Hutan Liar Di Perkotaan Hong Kong Diburu

Meresahkan Babi Hutan Liar Di Perkotaan Hong Kong Diburu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 229 hits
Meresahkan Babi Hutan Liar di Perkotaan Hong Kong Diburu Beberapa tahun terakhir populasi babi hutan liar di perkotaan Hong Kong terus meningkat dan keberadaannya semakin meresahkan Untuk mengatasi permasalahan itu pemerintah setempat mengu...
Canggih Gunakan Dron Untuk Seludup Dadah

Canggih Gunakan Dron Untuk Seludup Dadah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 177 hits
Gambar Sekadar Hiasan Seorang warga singapura yang dikenali sebagai Boy Setan kini menjadi buruan Pihak Polis yang dipercayai melakukan kesalahan kegiatan penghantaran dadah menggunakan This is a content summarry Visit my website for full l...
Tips Travel To Hong Kong And Macau With Smart Budget

Tips Travel To Hong Kong And Macau With Smart Budget

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 279 hits
Hai semua warga Travel aku baru sahaja habiskan trip ke Hong Kong dan Macau Okay disini aku ingin share simple itinerary trip serta kos yang telah aku habiskan selama 6 hari 5 malam bersama suami serta anak perempuan aku sebab trip kali nk ...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Raya Aidilfitri 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Major Brain Drain As Researchers Eye Exit From Trump S America

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter