Reward Diri Beli Apple Iphone Xs Dengan Duit Berblog


As Salam,Reward Diri Dengan Beli Iphone XS Dengan Duit Berblog- Haih.Kemain akhkak buat tajuk post.Macamlah dia sorang pakai "premium phone" kat Malaysia ni kan.ahaks.Padahal, Iphone XS ni bukanlah Iphone latest di pasaran, Iphone jenis XS launch pada tahun 2018, dua tahun lepas dik oii.

Menulis blog yang pada asalnya hanyalah hobi ataupun suka-suka, kini menjadi pasif income yang menguntungkan:) Kini Apple Iphone XS sudah menjadi milik saya.yay!

Orait, post ini just sedikit sharing yang saya nak kongsikan bahawa sesungguhnya menulis blog juga adalah part time yang boleh dipertimbangkan jika kita minat menulis dan berkongsi info dengan readers.Kita anggaplah ianya sebagai pasif income yang kalau kita tengah tido pun komisyen masyuk dengan banyak.eh.tercerita pulak pasal komisyen.hiks.

 Alhamdulillah, Apple Iphone XS edisi kelima koleksi yang saya miliki- reward kepada diri sendiri sebab rajin berblog.kiki.yelah sangat kann

 Hello My Iphone XS:) Welcome to my life and make sure u will make me extra happy okey

Set Apple Iphone XS dengan earphone, charger and plug and of course sebiji phone.Ekau jangan cari mana phonenya hokey.Dah sah-sah den buat ambik gambo ni semua

Kisah dan pengalaman saya menggunakan phone jenis peranti iOS bukanlah baru.Saya pernah kongsikan kisah agak lucu dan seram saya pada kali pertama saya dan Encik Suami menjadi pengguna Iphone iaitu sekitar tahun 2007.Boleh klik sini : Pengalaman kali pertama menggunakan Iphone-Means, since 13 tahun lepas kami sudah menggunakan phone jenis ini bermula dari Apple Iphone 3GS lagi

Masa tu, smart phone dengan teknologi touch skrin belum popular pun lagi.Saya pula memang tak pernah dengar pun jenama phone dengan nama Iphone ni.Sebelum tu saya pernah guna Nokia, Adam dan Samsung.Encik Suamilah yang memperkenalkan saya dengan Apple Iphone dan seterusnya kami menjadi "pengguna setia" brand ini.

Pic pertama diambil dengan Iphone XS.Kemain adik ni ajak kami bergambar. Harap je pakai Iphone XS, tuan badan masih lagi xxxl.huhu

 Sempat juga celebrate Birthday anak ke-2-seronok sangat dia dapat sebiji kek favourite Macadamia in the house:) Happy Birthday Eqin- We luv u much!Encik Somi sakan buat gaya macam dia yg dapat phone baru.kiki

pic close up sampai nampak double chain and jerawat bagai.hiks. 
Apa yang saya sukai tentang Iphone ini ialah ia menjadi reward kami kepada diri sendiri setiap kali kami meraih pencapaian terbaik dalam kerjaya atau impian hidup kami.Sama seperti 13 tahun lepas, kami memang bercadang untuk tukar phone baru ketika itu, Alhamdulillah, rezeki kami ketika itu Encik Suami dapat kenaikan gred dalam pekerjaannya, saya pula tumpang sekaki.haha

Jadi, bila semalam petang Encik Suami ajak keluar ke AEON Seremban, katanya mahu ambil voucher Aeon, saya pun follow jelah. Dalam kereta barulah Encik Suami bagitahu nak belikan saya phone baru.Yay!! of course saya excited and happy kot.ahaks.Phone sedia ada takde masalah besar tapi saya pernah merungut sebab storage Iphone 6S yang saya sedang guna selalu full dan saya terpaksa delete gambar, video atau apps sedia ada jika mahu menggunakan wassap atau download apps baru.

Apple Iphone 6S yang telah berkhidmat dengan saya sekitar hampir 5 tahun.Sayang sangat dengan phone ini tapi terpaksa lepaskan sebab storan yang minima.Lagipun dah sampai masa untuk tukar baru sebab sometimes hang jugak.Apapun alhamdulillah.Rezeki berblog pun datang dengan bantuan gambar-gambar yang diambil dari phone 6s ini. I owe u much 6S:)
Tambah lagi, bila kita berblog, gambar sangat penting dalam penulisan kita.Saya pula bukanlah ambik gambar dan terus tulis blog.Biasanya tunggu mood mari atau tunggu masa sesuai baru saya on laptop dan menulis blog.

 Antara pic yang saya ambil dengan khidmat Apple Iphone 6s. Bayam brazil yang saya tanam sejak musim PKP-daun bayam brazil memang dikenali dengan warnanya yang hijau cantik dan mudah membiak.Bila tengok daun bayam yang hijau ni, selera kita nak makan ulam-ulaman pun datang kan.heh

Ini pula Mexican Coffee Bun-sedapnya lahai dapat makan panas-panas.Fresh from oven lagi.Bagi saya bila share pic makanan dalam blog, kualiti gambar memang sangat penting.Tips kepada Food Blogger, jika anda mahu gambar makanan yang anda kongsi cantik seperti rupa sebenar, gunalah phone yang ada kelebihan seperti ini.Apatah lagi jika anda buat bisnes makanan.First impression pelanggan adalah kepada pic makanan yang anda jual. 
 Koleksi gambar makanan atau menu yang saya kongsikan dalam blog.Setiap satu menu biasanya saya akan ambil gambar paling sikit lingkungan 10-15 keping.Semuanya untuk dapat angle dan view yang cantik, kemas dan mengiurkan.ahaks

Semua resepi ada saya kongsikan dalam blog.Semuanya sedap-sedap sebab kita buat sendiri secara homemade.hihi

Alhamdulillah, rezeki dari Allah.Dapat suami yang baik hati dan sporting dan caring ( puji lebih sikit sebab dia dah belanja kita phone baru kan.ahaks.)Sebenarnya, saya rasa sama seperti Blogger lain, kalau musim lepas bulan puasa atau raya, pendapatan Adsense dari berblog biasanya lebih sedikit dari bulan-bulan biasa kann.heh.Jadi beli Iphone XS ni adalah bajet dari pendapatan Adsense dan juga Encik Suami tambah bayar bakinya

Tak kisahlah kalau ada yang berpendapat beli phone sampai ribu-ribu sebagai satu pembaziran, saya dan Encik Suami pula anggap ini adalah ibarat "belanja diri sendiri" selepas kita bekerja keras untuk kehidupan kita.Ceh gitu:)- Lagi satu, Dah berbelas tahun dengan peranti iOS, saya akui memang kekok dan tak familiar dengan peranti android.Jadi, antara sebab lain kami setia dengan Iphone ialah kami sudah selesa dengan fitur dan antaramuka (skrin) jenis ini

Apa yang best sangat dengan Iphone XS ni?Bagi saya secara peribadi, dan juga sebagai Blogger Part Time, saya amat suka dengan kemampuan camera yang ada pada Iphone.Tentulah kerana hasil gambar yang kita ambil sangat cantik dan seperti rupa sebenar.Dengan minat dan kecenderungan saya menulis dan berkongsi pelbagai resepi dan makanan, maka haruslah bagi saya menampilkan gambar-gambar makanan yang cantik dan membangkitkan selera sesiapa yang melihatnya.ewahh.kemain.

Gambar first makanan yang XS saya tangkap.Nampak sodap dok kek Macadamia ni gaiss
Ini baru luaran ya, belum buat keratan rentas lagi.heh

Saya pula tak kisah walaupun ia bukan jenis Iphone yang latest, sebab bajet saya untuk dapat Iphone baru dalam lingkungan harga not more than RM3K.So, akhirnya Iphone XS Gold inilah rezeki untuk saya.Dengan storan paling minima dalam lingkungannya iaitu 64GB berbanding phone terdahulu 16GB, jadi saya anggap phone ini sudah memenuhi keperluan dan kehendak saya.Asalnya Cik Abang mahu belikan Iphone XS Max 256GB yang sedang promosi dengan harga bajet saya, tapi merata tempat cari takde stok, sehingga di online pun tiada.Sudahnya, saya beritahu tak kisah pun.Cukuplah dengan apa yang dah kami dapat.Duit balance bolehlah buat beli durian atau makan KFC ke.haha.

Walaupun hanya satu jenis makanan, misalnya rempeyek kacang tanah di atas, saya akan ambil pic sehingga 15 keping-inilah antara sebab saya memerlukan phone baru dengan storan yang lebih praktikal.Harap XS dapat penuhi keperluan saya ini.aamin

Menulis dan Dapat Duit Secara PasifYup, cukuplah story mory pasal Iphone XS saya tu.Kali ini saya nak kongsi tips dan sedikit panduan.Alangkah bagusnya jika kita punya blog sendiri dan pada masa yang sama kita boleh jana duit daripada blog.Tapi macam mana caranya?

Antara notifikasi dalam email yang saya terima setiap kali blog menjana komisyen melalui review produk yang saya tulis dalam blog.Kadang kala notifikasi ini saya terima saat bangun dari tidur, berada di kampung sedang bercuti, sedang rehat-rehat menonton televisyen:)Inilah yang dikatakan pasif income.Kita buat sekali tapi komisyen datang berkali-kali dan tidak terhad

Saya pernah kongsi cerita dalam blog sebelum ini, banyak cara yang kita boleh buat dengan blog dan mendapat pasif income darinya.Salah satu darinya ialah saya menjadi Affiliate Marketer. Apakah Affiliate Marketer? Affiliate ni kita menulis review dan buat promosi tentang digital produk dan pada masa sama kita mempunyai link yang boleh kita gunakan dalam review tersebut.Jika ada pelanggan atau pembaca blog kita yang berminat dengan digital produk yang kita review, depa boleh klik link yang kita kongsi.Apabila mereka menjadi pembeli kepada produk tersebut, maka kita mendapat komisyen.Komisyen ini berbeza mengikut jenis Affiliate yang kita sertai.Paling tinggi yang saya pernah terima adalah sebanyak 50 dan 60 peratus daripada harga digital produk tersebut

Selain itu, boleh juga kita promote blog kita untuk tujuan pasang iklan.Kebanyakan peniaga online atau peniaga yang buat bisnes dari rumah boleh sewa iklan di blog kita.Harga kita sendiri yang tentukan.Ada juga Blogger yang mendapat paid review job, Sponsored Post dan banyak lagi.Semuanya ini menghasilkan pendapatan pasif kepada kita dengan hanya melalui penulisan

Tidak Tahu menulis dan Tidak ada Idea?Ia bukanlah masalah.Saya pun bukanlah mahir sangat menulis.Ada masa merapu dan membosankan jugak tulisan saya.Tapi, itu bukanlah masalah besar.Jika anda mahu serius dan berminat untuk belajar, saya boleh sahaja kongsikan Tips Menjadi Penulis Hebat -Klik sini-

                                               

Jika anda tidak minat menulis tapi anda suka memasak atau buat roti dan kek, boleh juga anda usahakan bisnes sendiri dari rumah.Semuanya bermula dengan kemahuan dari dalam kita sendiri.Tambah lagi dengan musim PKP ni, tidak cukup kita bekerja hanya dengan satu pekerjaan sahaja.Sudah ramai orang di luar sana yang mencuba pelbagai peluang kerja part time.

Apa salahnya jika kita punya kepakaran dalam membuat kek misalnya, kita jadikan ia sebagai sumber pendapatan sampingan.Manalah tahu, ada rezeki lain untuk kita yang Allah dah sediakan dalam bidang tersebut.Macam saya! kerjaya sebagai Guru tetapi manalah saya tahu rupanya Allah nak bagi extra money dengan berblog.Best kan?

Cukup setakat ini, harap dapat beri manfaat dan kongsikan jika ada kalangan rakan lain yang pakar menulis tetapi belum punya blog:) Apapun pekerjaan atau jika tidak diusahakan, manakan dapat hasilnya.

Terima kasih baca post ini, sehingga bertemu lagi.InshaAllah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/06/reward-diri-beli-apple-iphone-xs-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Nangis Lak Ramai Ramai Kumpul Duit Beli Handphone Baru Buat Sahabat Lalui Susah Senang Bersama

Sampai Nangis Lak Ramai Ramai Kumpul Duit Beli Handphone Baru Buat Sahabat Lalui Susah Senang Bersama

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 301 hits
Semua orang di dunia ini pastinya mempunyai kawan dan memerlukan kawan Namun begitu kawan yang ramai tak semestinya mereka akan menolong kita di saat kita betul betul susah dan memerlukan pertolongan Di zaman ini kawan susah senang amat suk...
Apple Ios 14 Membawa Sokongan Menambah Widget Ke Skrin Utama Iphone

Apple Ios 14 Membawa Sokongan Menambah Widget Ke Skrin Utama Iphone

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 328 hits
Apple hari ini telah mengadakan acara WWDC secara atas talian sekaligus memperkenalkan sejumlah ciri ciri baru bersama dengannya Apple memulakan acara maya yang diadakan julung kalinya ini dengan pengenalan beberapa ciri ciri baru pada iOS ...
Kepok Kepok Banyaknya Beli Emas Guna Duit Simpanan Rm5 Je Cara Ibu Ni Memang Superb

Kepok Kepok Banyaknya Beli Emas Guna Duit Simpanan Rm5 Je Cara Ibu Ni Memang Superb

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 551 hits
Citarasa wanita sememangnya tidak sama Ada diantara kita yang sukakan barang kemas ada yang sukakan hiasan dalaman malah tidak kurang juga yang gemarkan periuk dan kelengkapan di dapur Semua ini bukan satu pembaziran tetapi masing masing pu...
Yb Datuk Bn Kebas Duit Peladang Beli Bangunan Melebihi Harga Tawaran

Yb Datuk Bn Kebas Duit Peladang Beli Bangunan Melebihi Harga Tawaran

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 431 hits
MALAYSIA DATELINE Seorang wakil rakyat BN bergelar Datuk dikatakan sanggup menyeleweng peruntukan jutaan riggit yang sepatutnya dimanfaat untuk kepentingan golongan peladang di negara ini Bekas Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Keban...
Isteri Menyusukan Anak Boleh Minta Upah Dari Suami Self Reward Untuk Diri Sendiri

Isteri Menyusukan Anak Boleh Minta Upah Dari Suami Self Reward Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 346 hits
Dapat menyusukan bayi yang dilahirkan secara eksklusif sekurang kurangnya dalam tempoh 6 bulan adalah idaman setiap ibu Siapa yang dapat memberikan si kecil susu ibu sehingga dua tahun itu memang satu bonus Perjalanan menyusukan anak adalah...
Dilema Nak Beli Iphone 11 Atau Iphone Xs Perbandingan Harga Kelebihan Kamera

Dilema Nak Beli Iphone 11 Atau Iphone Xs Perbandingan Harga Kelebihan Kamera

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 600 hits
Dilema nak beli iPhone 11 atau iPhone XS Perbandingan Harga Kelebihan KameraDitulis oleh Xavier Naxaperbandingan iphone 11 atau iphone xs image Googleperbandingan iphone 11 atau iphone xs image GoogleSaya bukanlah mahir atau pakar dalam mem...
Apple Perkenalkan Carkey Kunci Digital Untuk Kenderaan Yang Disimpan Melalui Iphone

Apple Perkenalkan Carkey Kunci Digital Untuk Kenderaan Yang Disimpan Melalui Iphone

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 325 hits
Apple hari ini telah mengumumkan ciri baru dinamakan CarKey Melaluinya seperti pada namanya ia menawarkan ciri berupa sebuah kunci digital yang tersimpan pada iPhone anda dan boleh digunakan untuk nyah kunci dan memulakan kenderaan anda Car...
Apple Dalam Rangka Bangunkan Iphone Lipat

Apple Dalam Rangka Bangunkan Iphone Lipat

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 321 hits
Selain Samsung dan Xiaomi Apple kini dikatakan dalam rangka membangunkan sebuah smartphone jenis lipat berdasarkan hint yang diberikan Jon Posser Jon Posser mendapat perhatian media gajet kerana maklumat yang didedahkan oleh beliau untuk iP...
Beli Durian Kampung Packing Dan Delivery

Beli Durian Kampung Packing Dan Delivery

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 497 hits
Beli Durian Kampung Packing Dan Delivery Geram dan terliur tengok orang post kat media sosial makan durian beli durian buat cendol durian Segalanya tentang durian Dah kami seisi rumah hantu durian Musim PKPB ni takut nak merayau rayau So sa...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar