Revolusi Menikmati Minuman Teh Dengan Arissto Teapresso
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dari zaman berzaman kita biasa menikmati teh dengan membancuh dari serbuk teh menggunakan air panas dan lepas tu ditambah pula dengan gula atau susu mengikut kesukaan kita. Kemudian ada pula perubahan kepada teh dalam bentuk uncang untuk bancuh dengan cara celup sahaja dalam air panas
Tapi itu dululah kerana sekarang tidak lagi kecanggihan teknologi membawa cara kita nikmati teh dengan lebih mudah dan senang. Dalam masa sama ia mengekalkan kualiti dan rasa sejati teh tersebut tanpa merubah apa-apa. Itulah yang dibawakan oleh ARISSTO TeaPresso. Baru-baru ini pada tanggal 7 Julai 2019 bertempat di MINES International Exhibition & Convention Centre buat pertama kalinya Arissto jenama popular dari Itali melancarkan Kapsul Teh pertama mereka
Maha tak tahu sangat pasal ARISSTO ini sehingga datang sendiri ke majlis tersebut dan di situ baru tahu tentang produk ini. Arissto sebelum ini terkenal dengan Kopi ARISSTO dan mesin kopi tersebut. Tapi kini mengembangkan lagi produk mereka melalui mesin yang sama tapi mengeluarkan minuman teh pula. Rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia begitu suka kepada minuman teh dan tiada siapa yang akan menolak walaupun hanya minum Teh O atau juga Teh Tarik
Kata pakar minuman teh yang baik adalah harum, jernih dan tanpa rasa pahit. Jadi daripada itu Arissto menyimpan daun teh dalam bentuk kapsul dan kapsul itu kemudian dimasukkan ke dalam mesin pembuatan tekanan tinggi ARISSTO. Tekan sahaja satu butang dan intipati teh dalam kapsul akan dikeluarkan dengan sempurna. Maha sendiri pun rasa teruja bila masa tengok pengeluaran air teh yang harum dan begitu mengkagumkan dari mesin ini
Arissto memperkenalkan buat masa ini lima variasi rasa teh yang boleh dinikmati dengan mesin hebat ini.
PRINCE - Pure Green TeaKorang boleh dapatkan dalam kapsul berwarna hijaun ini. Ia adalah Teh Hijau berkualiti tinggi dari Sri Lanka dengan aroma buah dan rasa segar
THE QUEEN - Pure Ceylon Black Tea with Passion Fruit FlavourTeh ini dalam kapsul yang berwarna kuning. Rasakan buah segar dalam campuran teh hitam Ceylon yang tebal penuh dengan rasa semulajadi
THE KING - Pure Ceylon Black Tea Teh ini pula dalam kapsul yang berwarna coklat. Pilihan teh hitam berkualiti tinggi dari Sri Lanka, kaya dengan rasa sesuai untuk dijadikan teh susu Inggeris dan teh bunga
PRINCESS - Pure Ceylon Black Tea with Rose Flavour Teh ini dalam kapsul berwarna merah jambu. Rasa semulajadi meningkat menjadi teh hitam Ceylon murni untuk melegakan rasa dengan bau bunga
EARL - Pure Earl Grey Tea with Bergamot FlavourTeh dalam kapsul berwarna purple. Mengandungi minyak bergamot semulajadi untuk pergi dengan teh hitam Ceylon berkualiti tinggi dengan bau segar oren manis
Hebatnya teh dari TeaPresso ini boleh dinikmati dengan cara yang panas atau juga sejuk daripada ais. Korang juga boleh tambahkan madu, susu dan semua jenis buah-buahan segar ke dalam teh untuk menikmati minum teh dalam gaya yang lebih modern. Jika korang masukan susu atau kopi ke dalam ARISSTO boleh jadilah beberapa jenis teh gaya Hong Kong dan Teh Latte boleh dibuat dengan mudah. Hebat tak teknologi teh sekarang ruginya tak cuba. Sekarang ini korang boleh dapatkan pelan mesin ARISSTO dengan hanya RM1 tapi kena belilah kapsul mereka
Jadilah seperti warga kota yang dengan mudah dan cepat menikmati teh atau juga kopi dari ARISSTO. Maha ni suka lah teh boleh dapatkan plan yang hebat ini. Tengok mesin ni pun teruja juga nak ada kat rumah lepas ni hehehe. Nanti kalau tetamu datang senang jer nak hidangkan teh cuma perlu tambah gula dan susu mengikut keperluan anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/07/revolusi-menikmati-minuman-teh-dengan-arissto-teapresso.html