Revolusi 4 0 Ramai Bakal Jadi Penganggur
REVOLUSI 4.0: JANGAN BERLAGAK SANGAT, KITA MUNGKIN BAKAL PENGGANGGUR TAK LAMA LAGI
Saya nak tulis panjang sikit dan ia satu benda yang kita kena tahu
Hari ini kita ketawa kawan kita bakal hilang kerja. Hari ini kita bergosip sakan kereta kawan kita kena tarik dengan bank sebab tak mampu bayar instalment
Hari ni kita 'sebarkan' cerita kawan kita dalam Whatsapp yang rumah dia kena lelong
Dan hari ini juga kita boleh buat lawak mengenai nasib kawan kita yang bakal ke Mahkamah Syariah sebab suami takde sumber pendapatan, kena 'retrench'
Tahu tak sebab apa? Betul sebab takde rezeki, sebab takdir tapi tolong 'kembangkan' lagi pemikiran tu. Sudah2lah dok salahkan Tuhan memanjang
Sebabnya kita sekarang berhadapan dengan ambang dan era Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0)
Panjang kalau nak sembang maksud Industri 4.0 ni, tapi kesimpulannya ia membawa maksud penekanan pembinaan teknologi realiti maya tanpa banyak menggunakan tenaga manusia
Robot akan banyak ambil alih kerja manusia, so jangan terkejut tak lama berjuta manusia di dunia, termasuk Malaysia, dan tak mustahil kita - AKAN JADI PENGGANGGUR
Untuk rekod, Revolusi industri pertama tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap
Revolusi kedua kepada elektrik
Revolusi ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT)
Industri 4.0 sekarang ni lebih dahsyat kerana ia menggantikan banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga! Semuanya melibatkan internet
Untuk pengetahun komer, kami dalam bidang media dah mula kena impak Revolusi 4.0
Contoh terbaru apa yang terjadi kat akhbar Utusan Malaysia. Manusia hanya menggunakan telefon pintar dan komputer untuk membaca berita dan bukan lagi surat khabar, hasilnya sales akhbar merudum, iklan merudum dan kemuncaknya gaji pun syarikat dah tak boleh nak bayor
Saya difahamkan kat bank pun dah banyak kerja bakal diambilalih robot, maknanya tak lama ribuan staf bank pun akan jadi penganggur
Bidang lain pun serupa. Kita akan mula bercakap pasal Artificial Intelligence (AI), teknologi nano, robotik dan macam-macam lagilah yang saya pun tak reti nak sebut
Contoh mudah, sekarang kita tengok drebar Grab dah ganti drebar teksi. Tak lama lagi dengan teknologi AI, jangan kata Grab, lori dengan bas pun boleh dipandu secara automatik
Pendek kata kita menuju negara robot
Mungkin korang ingat alah, lambat lagi benda ni semua nak berlaku. Tapi kami dulu pun ingat, alah, lambat lagi kalau paper orang tak baca pun, akhirnya tengok apa jadi
Kalau majalah Pla***y yang penuh gambar pelik2 dan pernah jadi majalah paling laku dalam dunia pun tutup kedai, setakat paper jangan ceritalah
Kesimpulannya saya nak bagitau kat sini, jangan mendongak langit sangat
Jangan seronok sangat
Jangan perasan diri tu bagus sangat
Betul, hari ini mungkin kawan kita hilang kerja, tetapi esok mungkin giliran kita...semuanya disebabkan Revolusi 4.0 ini
Nak salahkan Tuhan atau nak salahkan diri sendiri kerana tak buat persediaan
Sumber : SYAHRIL A. KADIRPenulis, bukan robot
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2019/08/revolusi-40-ramai-bakal-jadi-penganggur.html