Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku
Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku. Rata-rata dekat Malaysia ni memang ramai yang suka membela haiwan peliharaan seperti kucing. Zaza sendiri pun pernah bela berbelas ekor kucing dahulu dan sekarang hanya tinggal empat saja selepas kematian kucing kesayangan Wafa, akibat batu karang dan Lesh yang baru mati pada 15 Nov 2019 ( Jumaat ) akibat dilanggar. Tapi kena langgar tu zaza pun tak marah sebab faham pemandu pun tak sengaja. Lesh pula masa tu tengah bermain dan mengejar ayam. Zaza pula ada di depan rumah dan tak perasan masa tu..hanya perasan Lesh kejar ayam dan selepas tu dah tak nampak bayangnya..rupa-rupanya..sedih tu memang sedih..tapi tak apalah, sudah masanya. Semoga dapat lagi bertemu Wafa dan Lesh kat sana nanti.
Ok, kalau pasal makanan kucing ni..sekarang memang zaza memilih yang ok dan sesuai dengan bajet zaza. Sebab kes Wafa dulu mati sebab batu karang akibat pemakanan juga. Masa tu zaza beri dia makanan dry food yang jenis berwarna dan masa itu juga zaza belum tahu kesan buruk makanan berwarna ni..
Sejak kes Wafa, memang zaza pilih yang ok atas nasihat rakan-rakan yang tau bab kucing ni dan juga membaca info-info dekat dalam group kucing malaysia.
Jadi ada beberapa pilihan makanan kucing yang memang selalu jadi pilihan zaza. Kebiasaan zaza akan beli yang 8kg jika time tu ada bajet lebih atau beli yang repack 1 kg beberapa bungkus. Antara makanan kucing memang jadi pilihan zaza untuk si bulus kesayangan adalah :
1. Vital Plus Premium Cat Food Chicken Recipe
Jenama yang kucing zaza sangat suka. Ia adalah makanan kucing super premium yang boleh dikatakan murah juga dan bahan-bahan yang digunakan terbaik antaranya :
• Bahan-bahan BEBAS dari babi & lemak babi
• Dibuat dengan ayam asli• Mengandungi Protein ( 30% ), Minyak & Lemak Mentah ( 15%)
• Taurine ditambah untuk mata yang kuat dan sihat
• Penjagaan alahan - dengan protein ayam terhidrolisis dan Omega 3 & 6 optimum
• Dirumuskan untuk kesihatan saluran kencing yang optimum
• Kawalan Hairball - mengandungi serat yang tinggi untuk membantu menghilangkan hairball
• Minyak salmon segar dan makanan salmon dicampur ke dalam formula untuk memenuhi deria rasa kucing dan menjadikan kulit serta bulunya sihat
• Mengandungi karbohidrat yang sangat mudah dihadam untuk membantu pencernaan dan mencegah gangguan usus
• Vitamin E dan selenium untuk menguatkan sistem imun.
• Bebas daripada pengawet buatan dan pewarna
Vital Plus juga mempunyai perisa Salmon dan kebiasaan zaza akan beli yang chicken repack 1kg punya di DFPETGROCERY sebab servis yang pantas. Recommanded
2. Misha Cat Food
Jenama Misha cat food ini zaza dapat tahu dari group kucing di facebook. Melihat akan feedback ramai pengguna kerana bahannya pun ok, jadi zaza pun sekali sekala akan tukar ke jenama ini. Alhamdulillah kucing zaza pun suka makan
Misha sesuai untuk semua jenis baka kucing dan peringkat usia bermula 3 bulan keatas. Antara bahannya adalah :
Makanan laut ( ikan lautan dan tuna ), makanan laut dehidrasi, serbuk daging (lembu), makanan kacang soya, gluten jagung, serat sayuran, serat kacang, derivatif protein haiwan, yis, minyak omega 3 & 6, taurin, glukosamin, serbuk telur, kalsium karbonat, vitamin dan zat galian penting, antioksidan. Mengandungi Protein mentah ( min 32% ) dan Lemak mentah ( min 15% ).
Boleh dapatkan makanan Misha ini di MISHA OFFICIAL STORE
3. Smartheart
Jenama ini pun zaza kenal tahun lepas. Harganya agak murah juga. Mempunyai Protein mentah
( 30% ) dan Lemak minyak ( 9% ). Jenama ini pun menjadi pilihan untuk bulus-bulus kesayangan.
• Mempunyai DHA & Choline yang dapat meningkatkan otak dan sistem saraf
• Omega-3 asid lemak dari minyak ikan baik untuk kesihatan jantung kucing
• Triple DHA Enhancement untuk meningkatkan ingatan, kewaspadaan dan kecerdasan kucing
• Vision Nourishing Suplement Taurina untuk penglihatan berkhasiat• Vitamin E, Biotin, Zin, Omega 3 & 6 untuk kulit yang sihat• Mempunyai Kalsium dan Fosforus untuk tulang dan gigi yang kuat
Boleh mendapatkan di SMARTHEART
4. Love Cat
Adakala zaza akan tukar kepada jenama lain juga seperti Love Cat sebab murah. Walaupun murah, jenama ini memenuhi standard oleh Persatuan Pegawai Kawalan Feed Amerika (AAFCO) & Piawaian Nutrisi untuk Kucing yang ditetapkan oleh NRC (Majlis Penyelidikan Kebangsaan Akademi Sains Kebangsaan AS)
Ia dihasilkan dari bahan yang berkualiti tinggi dan sokongan nutrisi yang lengkap. Mengandungi Choline chloride sebagai sebatian acetylcholine yang diperlukan untuk fungsi saraf otak. Bahan yang digunakan seperti :
• Daging & hidangan tulang, protein haiwan yang dicerna• Suplement vitamin penting (Vitamin A, D3, E, K3, B1, B2, B6, B12, asid nikotinik, asid pantothenik, asid folik & biotin)• Essential trace minerals supplement (tembaga, besi, mangan, zink, yodium, selenium), makanan ikan, garam• Jus bonito, choline chloride, agen pewarna (putih, merah, hijau dan oren)• Serat yang boleh dimakan, taurin, minyak tuna dan vitamin C & EBoleh dapatkan di LOVE CAT
Untuk jenama Love Cat dan Smartheart tu zaza jarang beli..kebiasaan zaza beli Vital Plus dan Misha. Kadangkala je zaza akan beli Love Cat dan Smartheart tu. Apa pun keempat-empat jenama ni antara yang kucing zaza suka. Dan kalau untuk wet food pula zaza selalu belikan untuk mereka Snappy Tom Pouch Wet 85g
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2019/11/makanan-kucing-terbaik-jadi-pilihan-si.html