Restoran Pakai Tangkal Diserbu Jais



(Kosmo Online) – Sebuah restoran di Seksyen 25 di sini yang tular susulan pekerjanya ditampar oleh pelanggannya kerana menegur merokok didapati menggunakan tangkal sebagai azimat yang digantung di sebelah ayat al-Quran di dalam restoran tersebut.
Perkara itu terdedah hasil serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pukul 11 pagi semalam.
Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Salwana Ahmad Dahlan berkata, serbuan itu adalah hasil aduan orang ramai terhadap restoran tersebut kerana mengelirukan masyarakat beragama Islam dengan menggantung ayat-ayat al-Quran dan tulisan jawi pada papan tanda perniagaan mereka.
Katanya, hasil semakan mendapati restoran itu merupakan pemilikan secara perkongsian antara dua individu dengan seorang daripadanya beragama Islam dan seorang lagi bukan beragama Islam.
“Apa yang meragukan sepanjang pemeriksaan adalah premis itu telah menggantung bungkusan kain kuning yang dipercayai sebagai tangkal dan azimat di sebelah ayat al-Quran.
“Bekalan bahan mentah seperti daging kambing juga diperolehi daripada pembekal yang tidak memiliki sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah selain menjual makanan daripada pembekal luar yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf pada pembungkusan produknya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau menambah, pemeriksaan lanjut mendapati restoran tersebut bukan pemegang SPHM yang sah.
Ujarnya, restoran tersebut juga didapati tidak berada di tahap kebersihan yang memuaskan susulan bahan mentah diletakkan di atas lantai yang teruk iaitu pecah dan berlubang.
“Premis juga tidak menggunakan perangkap minyak seperti mana yang telah disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan kepada restoran-restoran makanan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan tindakan telah diambil menerusi Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Sementara itu, pemilik restoran, T.Krisnasamy, 61, ketika dihubungi Kosmo! akur dengan arahan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap perlanggaran penggunaan ayat-ayat al-Quran di dalam restorannya dan bahan mentah yang disahkan oleh halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Katanya, ini merupakan kali pertama restoran tersebut diserbu JAIS selepas sepuluh tahun mengusahakannya.
“Saya telah menurunkan semua ayat-ayat berkaitan Al-Quran dan memastikan tahap kebersihan sentiasa dijaga.
“Saya juga tidak menolak kemungkinan akan menjual perniagaan restoran tersebut kepada orang lain,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/08/restoran-pakai-tangkal-diserbu-jais/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Sebab Kenapa Bila Makin Berusia Kita Perlu Pakai Masker Muka Baca Nie

8 Sebab Kenapa Bila Makin Berusia Kita Perlu Pakai Masker Muka Baca Nie

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 774 hits
BOLEH KE KULIT MUKA JADI LEBIH CERAH DENGAN MASKER MUKA MESTILAH BOLEH JANJI MASKER YANG KORANG PILIH TU BENAR BENAR BERKUALITI DAN SEMEMANGNYA BERFUNGSI UNTUK MENCERAHKAN KULIT SEKALIGUS MENANGGALKAN SEL KULIT MATI PADA WAJAH Sis pun baru ...
4 Kota Di Indonesia Ini Larang Plastik Sekali Pakai Wah Gimana Ya Rasanya Hidup Tanpa Kresek

4 Kota Di Indonesia Ini Larang Plastik Sekali Pakai Wah Gimana Ya Rasanya Hidup Tanpa Kresek

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 294 hits
Tahun 2019 Indonesia harus siap diet plastik Semoga semakin banyak daerah yang mengikuti langkah 4 kota ini ya
Dia Hanya Pakai Jenama Uniqlo Masa First Date Sungguh Menjijikkan Gadis Ni Reject Lelaki Sebab Pakai Jenama Murahan

Dia Hanya Pakai Jenama Uniqlo Masa First Date Sungguh Menjijikkan Gadis Ni Reject Lelaki Sebab Pakai Jenama Murahan

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 713 hits
Selalunya masa first date dengan seseorang tu apa yang korang perhatikan Rupa paras ke personaliti dia ke atau sama ada dia gentleman ke Seorang gadis baru baru ni ada kongsi pasal pengalaman tidak menyeronokkan dia lalui masa first date de...
Pelajar Ini Terpaksa Jalan Seret Kaki Kerana Pakai Kasut Dan Seluar Abangnya

Pelajar Ini Terpaksa Jalan Seret Kaki Kerana Pakai Kasut Dan Seluar Abangnya

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 386 hits
SEORANG pelajar dilihat dari jauh berjalan tanpa mengangkat kaki sambil tangannya memegang seluar kejadian itu dikongsi oleh Mohd Nasir Mohd Zain menerusi akaun Facebook Mohd Nasir mendekati pelajar berkenaan dan bertanya kenapa dia berjala...
Menhub Budi Double Track Manggarai Cikarang Siap Pakai 2020

Menhub Budi Double Track Manggarai Cikarang Siap Pakai 2020

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 304 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi mengatakan pengerjaan double track kereta merupakan proyek prioritas Saat ini proyek tersebut dalam tahap finalisasi pengkajian Pembangunan double track dilakukan sepanjang 35 kilometer dari Stasiun Man...
Duh Kalah Pilkades Soim Pamuji Tutup Jalan Antar Desa Pakai Tembok

Duh Kalah Pilkades Soim Pamuji Tutup Jalan Antar Desa Pakai Tembok

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 316 hits
Soim Pamuji warga Desa Rejosari Kecamatan Kalikajar Kabupaten Wonosobo belakangan menjadi perbincangan hangat di media sosial lantaran menutup jalan antar desa setelah kalah bertarung pada Pemilihan Kepala Desa setempat Warga tidak bisa lag...
Baik Tak Payah Pakai Baju Terus Netizen Kritik Video Puteri Aishah Semakin Seksi

Baik Tak Payah Pakai Baju Terus Netizen Kritik Video Puteri Aishah Semakin Seksi

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 575 hits
Teruk dikritik sebelum ini kerana memakai gaun merah yang terlalu mencolok mata dan terlampau seksi pelakon drama Selafaz Cinta Puteri Aishah nampaknya kebal dengan segala kecaman dan terus tampil dengan imej yang lebih daring Kali ini vide...
Mahu Perkembangan Bayi Cepat Tak Perlu Pakai Sarung Tangan Biar Jarinya Bebas Menyentuh

Mahu Perkembangan Bayi Cepat Tak Perlu Pakai Sarung Tangan Biar Jarinya Bebas Menyentuh

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 1019 hits
Memang nampak comel dan selamat apabila bayi baru lahir pakai sarung tangan Lagi satu alasan yang biasa diberikan adalah ia akan selamat kerana bayi tak akan mencakar muka sendiri serta nak elak anak rasa sejuk Namun ibu bapa tahu tak seben...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri