Restoran Halal Terkenal Jual Mi Kari Babi




Shah Alam: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor (KPDNHEP) menyerbu sebuah restoran terkenal di sini, yang disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal di dalam hidangan mi kari, semalam.
Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, tindakan itu susulan tular satu rakaman video di media sosial apabila restoran terbabit menyajikan mi kari mengandungi bahan mentah disyaki daging babi.
Beliau berkata, susulan daripada video tular berkenaan, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor menjalankan pemeriksaan lanjut di premis makanan terletak Subang Jaya itu pada 11 pagi semalam.
"Hasil pemeriksaan di bahagian dapur restoran, anggota menemukan bahan mentah digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan.
"Ketika ditanya anggota, pengurus restoran menafikan daging terbabit adalah daging babi dan mendakwa itu adalah daging ayam diperap dengan perencah barbeku.
"Bahan mentah utama itu disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan pakar. Menurut pengurus terbabit, bekalan bahan mentah itu dipesan pihak ibu pejabat syarikat restoran itu," katanya dalam satu kenyataan.
Muhamad Zikril Azan berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang masih dalam tempoh sah sehingga 30 November ini.
Beliau berkata, pihaknya turut menyita Sijil Halal Jakim dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.
"Menurut pengurus premis itu, dia mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan.
"Kes akan disiasat mengikut kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.
"Ia bermaksud, makanan atau barang-barang itu bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
"Jika disabitkan kesalahan, ia boleh didenda seperti mengikut Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011," katanya.
Beliau menegaskan, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal Jakim sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta sentiasa menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.
Menurutnya, pemeriksaan sama turut dijalankan pejabat KPDNHEP Cawangan Sepang, KPDNHEP Cawangan Kajang dan KPDNHEP Cawangan Gombak membabitkan 15 anggota terhadap cawangan restoran berkenaan.
"Orang ramai dialu-alukan supaya menyalurkan maklumat berkaitan dengan isu halal melalui hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC).
"Orang ramai boleh menyalurkan melalui web KPDNHEP atau aplikasi WhatsApp di talian 019-2794317 supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif selaras dengan cogan kata kementerian "Pantas, Cekap dan Efektif," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/restoran-halal-terkenal-jual-mi-kari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bmf Apa Mi Kari Babi Jual Kat Restoran Terkenal

Bmf Apa Mi Kari Babi Jual Kat Restoran Terkenal

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 461 hits
BMF Apa Mi Kari Babi Jual Kat Restoran Terkenal Apa dah jadi sekarang nie ha Mereka berani jual najis berat dalam restoran yg dapat cop HALAL IsuBabi Nampaknya sekali lagi KPDNHEP tidak mendedahkan nama kedai atau permis yang didakwa menjua...
Selepas Kena Serbu Dengan Kpdnhep Ini Penjelasan Kopitiam Terkenal Dakwaan Jual Mee Kari Babi

Selepas Kena Serbu Dengan Kpdnhep Ini Penjelasan Kopitiam Terkenal Dakwaan Jual Mee Kari Babi

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 358 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor menyerbu sebuah restoran terkenal di sini yang disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal di dalam hidangan mee kari tempohari Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril A...
Restoran Miliki Sijil Halal Hidang Mi Kari Ada Daging Babi

Restoran Miliki Sijil Halal Hidang Mi Kari Ada Daging Babi

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 819 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor memeriksa dan merampas bahan mentah berupa daging ayam di sebuah restoran terkenal di Subang Jaya semalam susulan tular sebuah video mendakwa mi kari yang dijual premis it...
Tragedi Mi Kari Babi Patut Sedarkan Umat Islam Kepentingan Bmf

Tragedi Mi Kari Babi Patut Sedarkan Umat Islam Kepentingan Bmf

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 311 hits
ismaweb netKenapa KPDNHEP tidak dedah nama restoran terkenal tersebut BANGI 28 Rabiulawal 1442H Sabtu Kejadian sebuah restoran terkenal didakwa menyajikan mi kari menggunakan daging babi sepatutnya menyedarkan umat Islam tentang kepentingan...
Nafi Guna Daging Babi Dalam Mee Kari Oldtown Sedia Ambil Tindakan Buat Penuduh

Nafi Guna Daging Babi Dalam Mee Kari Oldtown Sedia Ambil Tindakan Buat Penuduh

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 637 hits
Tular baru baru ini apabila sebuah restoran berstatus halal dengan jumlah cawangan yang banyak sekitar Malaysia didakwa menggunakan daging babi dalam mee kari Penularan isu ini sekaligus membuatkan orang ramai terkejut apabila mengetahui ba...
Hantu Dalam Almari Babi Dalam Mi Kari

Hantu Dalam Almari Babi Dalam Mi Kari

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 358 hits
LIM HONG SIANGAndainya khabar angin daging babi dalam mi kari tersebar pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan barangkali sesetengah KOL sudah tidak sabar sabar untuk mengarang sajak yang bertemakan Islam Terancam Malah segelintir NGO mungk...
Dakwaan Mi Kari Oldtown White Coffee Tidak Halal Adalah Tidak Benar

Dakwaan Mi Kari Oldtown White Coffee Tidak Halal Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 557 hits
SEBENARNYA Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM Ramai pengguna di media sosial mula menularkan video yang mendakwa Mi Kari OLDTOWN White Coffee tidak halal kerana menggunakan daging babi dalam kandungan mi kari mereka Berdasark
12 Restoran Stik Tulang Rusuk Halal Sekitar Kl Jom Order Online

12 Restoran Stik Tulang Rusuk Halal Sekitar Kl Jom Order Online

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 336 hits
Untuk penggemar daging di KL pastinya akan rasa terliur saat membayangkan stik dan tulang rusuk yang diperap dan di panggang dengan rasa sedap dan aroma menyelerakan Tambahan pula restoran yang menyajikan hidangan stik dan tulang rusuk pang...
Jual Miras Perangkat Desa Di Kudus Tak Berkutik Digerebek Satpol Pp

Jual Miras Perangkat Desa Di Kudus Tak Berkutik Digerebek Satpol Pp

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 277 hits
Sesuai perda tersebut pengedar minuman keras bisa dijerat dengan ancaman hukuman pidana kurungan paling lama tiga bulan atau denda paling sedikit Rp 1 juta dan paling banyak Rp 5 juta
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid