12 Restoran Stik Tulang Rusuk Halal Sekitar Kl Jom Order Online
Untuk penggemar daging di KL, pastinya akan rasa terliur saat membayangkan stik dan tulang rusuk yang diperap dan di panggang dengan rasa sedap dan aroma menyelerakan. Tambahan pula restoran yang menyajikan hidangan stik dan tulang rusuk panggang di KL ini memang banyak.
Dalam banyak-banyak restoran yang ada menawarkan menu stik dan tulang rusuk ini, di sini akan dikongsikan 12 cadangan tempat makan stik dan tulang rusuk halal yang terbaik di Kuala Lumpur.
#1 - Beard Brothers’ BBQ
Jika anda sukakan barbeku dalam gaya Texas, jom ke BBQ Beard Brothers di Tropicana Avenue Petaling Jaya! Ia menyajikan salah satu daging panggang terbaik dengan menggunakan daging yang berasal dari Australia dan daging ini memerlukan sehingga 20 jam penyediaan termasuk proses memasaknya.
Harga yang ditawarkan pula tidaklah mahal mana dan jika mahu lebih jimat boleh datang bersama keluarga tersayang untuk nikmati saat makan yang sebenar.
Alamat : P-G-01, Persiaran Tropicana, Tropicana Avenue Petaling Jaya, Malaysia 47410
#2 - Eye’s Steak
Kepada anda semua yang sudah mempunyai kerja semestinya akan ada istilah poket ‘kering’ sementara menunggu gaji. Akan tetapi itu tidak pernah bermaksud yang anda tidak mampu untuk merasa makanan barat yang sedap di restoran yang terdapat di Kuala Lumpur.
Sebenarnya masih terdapat restoran yang berbaloi seperti Eye’s Steak yang menyajikan makanan-makanan barat dengan harga yang sangat berpatutan untuk anda semua.
Alamat: GM05-09 & GM05-10, 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
#3 - Eye’s Steak Pantai Dalam
Sekiranya ingin mendapatkan stik yang enak, restoran dengan nama Eye's Steak Pantai Dalam ini boleh menghilangkan keinginan tersebut. Di sini pelanggan boleh nikmati menu makanan Barat yang pelbagai. Daging stik juga ada pelbagai jenis seperti sirloin steak dan juga rib-eye steak. Jangan risau kerana semuanya dijual dengan harga di bawah RM30
Alamat : GM05-09 & GM05-10, 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur,
#4 - Fiske Steakhouse
Restoran Fiske Steakhouse ini merupakan salah satu port makanan barat yang boleh dikatakan agak terkenal di Kuala Lumpur. Menu utama mereka di sini merupakan masakan barat disamping terdapat menu tempatan seperti asam pedas yang terdapat boleh didapati di sini.
Lamb Grill, Lamb Stew dan Grilled Chicken Chop merupakan antara yang terlaris di restoran Fiske Steakhouse ini. Dengan saiznya yang agak besar, memang pasti kena dengan citarasa anda semua disamping harganya yang mampu milik dan sangat berpatutan.
Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur
#5 - Me’nate Steak Hub
Restoran Me’nate Steak Hub ini mula dikenali oleh orang ramai apabila nama restoran ini mula viral di media sosial kerana hidangannya yang lazat. Restoran ini dimiliki oleh seorang chef yang berpengalaman luas seperti menghidangkan makanan untuk orang-orang yang ternama.
Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan yang boleh didapati di sini. Bagi sesetengah orang, harganya boleh dikatakan agak mahal tetapi ianya amat berbaloi untuk dicuba dengan apa yang anda perolehi.
Alamat:Starparc Point, C-01-02 & C-01-03,Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur
#6 - Stiq
Stiq merupakan tempat makan menu stik yang pelbagai dalam gaya yang sangat hipster. Stik daging lembu Stiq sangat berpatutan dengan harga bermula dari hanya RM27 dan ke atas.
Stik ini dimasak perlahan selama 22 jam bagi mendapatkan tekstur yang sempurna untuk kepuasa para pelanggan. Mereka menggunakan kaedah memasak sous vide yang sering digunakan oleh restoran mewah bertaraflima bintang.
Alamat : BU11, Oasis, GB-04, Lebuh Bandar Utama, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
#7 - Sixty9 Islamic Steakhouse
Dahulu restoran ini dikenali sebagai Wadihana Islamic Steakhouse dan kedai stik ini dimiliki oleh sekumpulan lima sekawan yang saling mengenali sejak mereka masih di bangku sekolah lagi. Restoran ini terletak di Taman Melawati dan terdapat pelbagai pilihan menu sedap seperti stik sirloin panggang yang enak, stik tulang rusuk panggang dan banyak lagi.
Alamat : 341, Lorong Sarawak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
#8 - MeatPoint Halal Steakhouse
Restoran ini, pemiliknya merupakan seorang Melayu jadi tak perlu was-was untuk menikmati menu di sini. Restoran MeatPoint Halal Steakhouse ini terletak di Taman Tun Dr Ismail (juga dikenali sebagai Taman Tun atau TTDI secara ringkasnya).
Di sini terdapat pelbagai jenis daging dalam bentuk stik seperti tenderloin, ribeye, striploin, T-bone dan juga daging wagyu. Banyak pilihan rupanya, patutlah restoran ini sering menerima kunjungan dari ramai pelanggan. Harga yang ditawarkan pula bergantung pada jenis dan berat daging yang di pilih.
Alamat : 62, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 6000 Kuala Lumpur
#9 - N97 Bangsar
Setiap restoran ada keistimewaannya yang tersendiri dan bagi restoran N97 Bangsar ini terdapat pelbagai pilihan daging stik seperti wagyu sirloin, wagyu tomahawk dan wagyu burger. Daging yang disajikan sememangnya bermutu tinggi dan sangat lazat saat dinikmati bersama sayur-sayuran sebagai hidangan tambahan.
Alamat : N97 Bangsar, 9, Lorong Kurau, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#10 - Simply Ribs
Di sini pelanggan boleh menikmati stik T-Bone yang berjus dan sedap. Sekali cuba pasti akan terasa puashati. Selain menu stik, Simply Ribs turut menawarkan pelbagai aneka makanan lain dari negara Asia Barat dan Tenggara.
Dari Tok Ma's Ribs Penyet yang merupakan hidangan tulang rusuk daging lembu lembut yang disajikan secara tradisional bersama sambal, tempe, tauhu goreng dan sup sup daging lembu sehinggalah kepada Jalapeno Beef Ribs yang hangat dengan cili hijau Mexico yang terkenal, semuanya boleh bikin keinginan untuk makin menjadi semakin bertambah.
Alamat : 36, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
#11 - Murni Discovery
Murni Discovery merupakan salah satu tempat makan dengan pelbagai jenis menu makanan. Dari citarasa makanan tempatan seperti nasi lemak, roti canai dan naan sehinggalah kepada makanan barat seperti stik, semuanya ada di bawah satu bumbung yang sama.
Dengan adanya pilihan menu seperti ini, dengan mudah boleh menjamu selera bersama keluarga mengikut kehendak citarasa masing-masing. Jika dulu perlu bergilir mahu makan menu apa, tapi sekarang masing-masing boleh makan menu pilihan sendiri pada waktu yang sama.
Alamat : 12, Jalan PJS 8/12, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
#12 - Jahhet Fine Meat
Walaupun terdapat banyak kedai steak milik Muslim di KL, sebilangan pencinta daging masih tetap setia dengan Jahhet Fine Meat. Restoran ini bersifat mesra keluarga dan selesa. Ia menyajikan pelbagai jenis stik termasuklah daging wagyu yang sangat berkualiti.
Antara jenis pilihan potongan daging stik yang ada di sini adalah seperti striploin, tenderloin, tulang rusuk belakang dan juga tomahawk. Makan di sini manfaatkan sekali minuman yang boleh di isi secara berulangkali secara percuma.
Apa yang lebih menariknya lagi, kebanyakan daripada restoran yang menyajikan menu stik dan tulang rusuk ini turut menerima pesanan secara atas talian dengan servis penghantarannya sekali. Sebagai contoh, Stiq dan Jahhet Fine Meat boleh dipesan melalui aplikasi Foodpanda juga. Begitu juga dengan menu stik dan tulang rusuk yang lain.
Dengan adanya servis western food delivery sebegini, secara tak langsung ia dapat memudahkan urusan ramai orang yang ingin menikmati menu istimewa tanpa perlu melangkah keluar dari rumah.
Pergi ke website Foodpanda, masukkan lokasi, pilih jenis makanan yang teringin nak makan, pilih cara untuk membuat pembayaran kemudian check out. Lepas tu tunggu makanan tiba hingga ke depan pintu rumah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kasihjuju.com/2020/11/12-restoran-stik-tulang-rusuk-halal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KasihJuju+(Kasih+Juju)