Respon Terhadap Jawapan Yab Perdana Menteri Berkaitan Pembinaan Rm35 Juta Dewan Di Pagoh


 












Saya berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang memberi respon kepada pertanyaan berkaitan penularan surat bagi pembinaan dewan bernilai lebih RM35 juta di Parlimen Pagoh.

Walaupun beliau menerangkan RM35 juta adalah untuk pembinaan 3 buah Dewan, ianya masih tidak menjawab isu keutamaan perbelanjaan kerajaan ketika ini dan nilaian untuk pembinaan sebuah Dewan melebihi RM16 juta masih terlalu tinggi.

Persoalannya:-

1. Sebagaimana YAB Perdana Menteri mengeluarkan arahan projek ini perlu dilaksanakan dengan segera, bolehkah YAB membatalkan projek tersebut dengan segera atau sekurang-kurangnya menangguhkan buat seketika?

2. Ini adalah kerana difahamkan sudah terdapat 4 buah Dewan besar sedia ada dalam Parlimen Pagoh iaitu:-

i) Dewan Serbaguna Pagoh

ii) Dewan Kompleks Sukan Pagoh

iii) Dewan Seri Pekembar

iv) Dewan di Hub Universiti Pagoh

Sebagai rujukan, saya sertakan gambar-gambar di Facebook saya.

Ini tidak termasuk dewan-dewan masyarakat yang lain.

Bukankah dengan norma baru, sudah pasti penggunaan dewan awam adalah terhad dan adakah 4 buah dewan utama ini dan dewan-dewan lain tidak mencukupi untuk ketika ini?

3. Sepertimana YAB Perdana Menteri boleh menggantung Dewan Parlimen melalui kaedah proklamasi Darurat, kononnya untuk melawat Covid19, apalah salahnya projek pembinaan Dewan ini digantung juga?

4. Bolehkah kita tangguhkan pembinaan 3 buah Dewan ini agar dana tersebut dapat digunakan bagi usaha melawan Covid19?

Bukankah lebih elok sekiranya kita salurkan dana tersebut supaya ujian swab dapat diperluaskan, kapasiti pusat kuarantin dipertingkatkan serta jentara frontliners diperkuatkan.

5. Bolehkah YAB Perdana Menteri terangkan makna tatacara perolehan secara tender yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan?

Adakah ini tender terbuka atau tidak?

Berdasarkan isu kandungan surat yang tular, kerja-kerja di tapak sepatutnya bermula pada 1 Mac 2021, tempoh 6 minggu untuk melaksanakan proses tender terbuka dalam suasana PKP dan Darurat adalah agak mustahil.

Persoalan-persoalan netizens dan saya bangkitkan bukanlah berniat jahat seperti mana tuduhan YAB Perdana Menteri, tetapi kami juga mengambil sikap bertanggungjawab untuk menjaga dana rakyat.

Akhir sekali, memandangkan saya tidak boleh bertanya dalam Parlimen, bolehkah YAB Perdana Menteri membatalkan projek ini serta-merta supaya kita utamakan usaha negara melawan Covid19?

Terima kasih.

17 Januari 2021

AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru

Ketua AMK Malaysia

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/respon-terhadap-jawapan-yab-perdana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri Penjelasan Isu Dewan Parlimen Pagoh

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri Penjelasan Isu Dewan Parlimen Pagoh

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 276 hits
Surat kelulusan Perdana Menteri bagi pembinaan Dewan di kawasan Parlimen Pagoh yang tular hari ini telah menimbulkan kecam rakyat khususnya warga netizen di media sosial Rata rata mempersoalkan kewajaran pembinaan segera dewan berkenaan yan...
Muhyiddin Digesa Sahkan Kesahihan Surat Projek Bina Dewan Rm35 Juta

Muhyiddin Digesa Sahkan Kesahihan Surat Projek Bina Dewan Rm35 Juta

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 408 hits
MALAYSIA DATELINETan Sri Muhyiddin Yaasin digesa mengesahkan kesahihan satu surat dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri berhubung kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh Ahli Parli...
Sebagai Perdana Menteri Waras Bertanggungjawab Muhyiddin Patut Letak Jawatan Kata Anwar

Sebagai Perdana Menteri Waras Bertanggungjawab Muhyiddin Patut Letak Jawatan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 283 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata sebagai perdana menteri yang waras dan bertanggungjawab Muhyiddin Yassin sepatutnya meletak jawatan bukannya mencadangkan pelaksanaan darurat Katanya letak jawatan i...
Intipati Pengumuman Khas Darurat 2021 Oleh Perdana Menteri Malaysia

Intipati Pengumuman Khas Darurat 2021 Oleh Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 647 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Segalanya telah pernah bermula dahulu namun perjumpaan kali ini oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021 telah membuahkan hasil yang membawa kepada perkenan oleh S...
Pakej Perkahwinan Norma Baharu Di Dewan Perdana Felda

Pakej Perkahwinan Norma Baharu Di Dewan Perdana Felda

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 627 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan rakan sekalian Walaupun masih dalam perintah kawalan pergerakan yang dikenalkan kita tetap kena patuh SOP yang ketat dan juga beberapa aca...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Majlis Perpisahan Abam Kie Di Sekolah Lama

Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient