Resipi U S Waffle Cut Fries With Zesty Mango Blueberry Salsa Istimewa Hari Ibu
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Setiap tahun di Malaysia akan menyambut Hari Ibu adalah pada hari Ahad kedua bulan Mei. Jadi pada tahun ini ia jatuh pada tanggal 12 Mei. Hari diraikan untuk menghargai dan memberi kejutan mahupun penghargaan kepada ibu yang telah banyak bekorban untuk membesarkan anak-anaknya
Ada orang panggil Ibu, ada panggil Ummi, ada panggil Emak. ada panggil Mama, ada juga panggil Bonda. Tak kisah apa panggilan kita tetapi kita ada seorang ibu yang melahirkan kita di dunia ini. Mereka wajib kita sayangi dan kasihi. Selalunya apa yang korang akan hadiahkan kepada ibu sempena dengan hari istimewa ini. Mungkin ada yang bagi hadiah mewah dan berharga. Tapi bagi Maha tahun ini nak buat kelainan sikit
Maha nak memasak resipi istimewa yang dapat daripada laman web U.S. Potato Goodness. Menggunakan bahan utama iaitu U.S. Potatoes. Resipi ni mudah dan sedap serta ramai orang akan suka. Nama resipi ini sangat panjang iaitu "U.S. Waffle Cut Fries With Zesty Mango Blueberry Salsa". Tapi bahan yang digunakan sangat sedikit dan juga mudah boleh dapat dipasaraya
Kenapa Maha menggunakan U.S. Potatoes ni siapa tahu? Sebab kentang ini ia boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti di bakar, di kukus, di rebus atau juga di goreng. Ia juga kaya dengan sumber vitamin C yang sangat baik, sumber kalium yang baik (620 mg - lebih daripada pisang!) juga sumber vitamin B6 yang baik. Hanya 110 kalori setiap hidangan untuk kentang saiz sederhana. Ia juga tanpa lemak, sodium dan kolesterol. Jadi sangat sesuai untuk mereka yang berdiet nak jadikan sebagai makanan diet korang
Jom tengok bahan-bahan untuk buat resipi ini:
⭐ 200 gram U.S. Frozen Waffle Cut⭐ 160gm (1 cawan) Mangga (dipotong dadu halus)⭐ 80gm (1/2 cawan) U.S Blueberries segar⭐ 2 sudu besar Bawang Merah (dihiris halus)⭐ 1 no Cili Hijau (dicincang halus)⭐ 2 sudu besar Jus Limau Nipis segar⭐ 1 sudu kecil kulit Limau Nipis (parut)⭐ 2 sudu besar Daun Ketumbar (dicincang halus)⭐ Secubit Garam secukup rasa
Cara menyediakan resipi ini:1) Masak U.S. Frozen Waffle Cut Fries dalam airfyer atau ketuhar mengikut arahan pada pakej.2) Satukan semua bahan untuk salsa ke dalam mangkuk.3) Gaul perlahan-lahan sehingga sekata. 4) Cedok sedikit salsa ke atas U.S. Frozen Waffle Cut yang telah dibakar5) Boleh hidang terus dinikmati.
Kalau korang rasa nak cuba resipi ini boleh ikuti langkah ini atau juga klik kat laman sesawang ini :
👉https://uspotatogoodness.com.my/recipes/u-s-waffle-cut-fries-with-zesty-mango-blueberry-salsa/
Mudah sangat nak sediakan resipi ini. Ia boleh dihidangkan sebagai pembuka selera atau juga kudapan semasa berborak atau bersembang dengan ibu tercinta. Mak Maha tidak pernah rasa resipi ini mesti beliau teruja. Nanti balik kampung boleh Maha sediakan resipi ini
Sempena dengan hari Ibu yang akan datang Maha nak ucapkan selamat hari ibu kepada Puan Hajjah Rahmawati Binti Abdul Ghani. Semoga terus sihat dan bahagia selalu. Emak adalah ratu hati Maha dan juga sepanjang usia Maha akan jaga emak sebaik mungkin. Maha sayang emak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2024/05/resipi-us-waffle-cut-fries-with-zesty.html