Hari Ibu 2024 Contoh Ucapan Hari Ibu Hadis Berkenaan Ibu


Hari Ibu 2024: Contoh Ucapan Hari Ibu & Hadis Berkenaan Ibu
Di Malaysia, Hari Ibu disambut pada bulan Mei setiap tahun sebagai hari yang istimewa untuk menghargai kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu. 
Ibu adalah merupakan sosok yang tiada bandingannya, sentiasa bersedia memberikan segala yang terbaik untuk anak-anaknya tanpa mengharapkan balasan. 
Untuk merayakan Hari Ibu 2024 dengan penuh bermakna, di bawah dikongsikan beberapa contoh ucapan Hari Ibu yang dapat anda jadikan rujukan untuk mengungkapkan rasa terima kasih kepada ibu anda. 
BACA JUGA: Ikan Untuk Ibu Berpantang: 18 Jenis Ikan Berkhasiat Tinggi
Tarikh Hari Ibu 2024 Sambutan Hari Ibu berbeza-beza pada setiap negara. Ada yang menyambutnya pada bulan Mac, Disember dan sebagainya. 
Hal ini kerana, sebahagian negara mengikuti tarikh rasmi Hari Ibu yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Ahad kedua bulan Mei, manakala sesetengah negara mempunyai cuti dan perayaan tradisional mereka sendiri yang kini juga disebut sebagai Hari Ibu.
Di Malaysia, pada tahun 2024 ini, Hari Ibu disambut pada 12 Mei 2024 bersamaan hari Ahad. 
20 Contoh Ucapan Hari Ibu 1. Terima kasih, ibu, kerana menjadi pelita dalam kegelapan, kekuatan dalam kelemahan, dan kasih sayang dalam setiap langkah hidupku. Selamat Hari Ibu!
2. Ibu, engkaulah pahlawanku yang sejati. Tiada kata yang dapat mengungkapkan betapa besar pengorbanan dan cinta yang engkau berikan. Terima kasih ibu dan Selamat Hari Ibu!
3. Hari Ibu bukan hanya tentang mengucapkan terima kasih, tetapi juga tentang menghargai setiap detik bersamamu. Semoga cinta dan kasih sayangmu sentiasa mengalir dalam hidupku. Selamat Hari Ibu, ibu tercinta!
4. Di setiap doa yang kupanjatkan, namamu selalu menjadi yang pertama. Terima kasih ibu kerana menjadi inspirasi dalam hidupku. Selamat Hari Ibu!
5. Ibu, dalam setiap langkah hidupku, engkaulah yang selalu bersamaku. Pengorbananmu tiada tara, dan kasih sayangmu tiada bertepi. Selamat Hari Ibu, ibu terhebat di dunia!
6. Pada Hari Ibu ini, aku ingin menyampaikan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada ibu. Engkau adalah teladan sempurna tentang kasih sayang dan pengorbanan. Selamat Hari Ibu!
7. Pengorbananmu tiada tara, kasih sayangmu tiada bertepi. Selamat Hari Ibu kepada wanita yang penuh kekuatan dan cinta!
8. Kasih sayang seorang ibu adalah ladang yang subur bagi cinta sejati. Terima kasih atas segala yang engkau lakukan. Selamat Hari Ibu!
9. Hari ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu, yang telah mengajariku arti sejati tentang cinta dan pengorbanan. Selamat Hari Ibu buat ibuku tercinta!
10. Ibu, engkau adalah contoh sejati tentang kekuatan dan ketabahan. Terima kasih untuk segala dukunganmu. Selamat Hari Ibu!
11. Pada Hari Ibu ini, aku ingin menyampaikan rasa terima kasihku yang tak terhingga kepada ibu, yang selalu menjadi benteng pertahanan dan pelindung dalam hidupku. Selamat Hari Ibu!
12. Ibu, dengan segala kelembutan dan kekuatanmu, engkaulah yang selalu memberikan sinar dalam kegelapan. Terima kasih atas cinta dan pengorbananmu. Selamat Hari Ibu!
13. Kepada ibu tercinta, terima kasih untuk segala hal lucu dan kenangan indah yang telah dilalui bersama. Selamat Hari Ibu, semoga ibu sentiasa penuh keceriaan dan tawa!
14. Ibu, dengan setiap tawamu, engkau mengisi hidupku dengan keceriaan. Terima kasih atas segala kebahagiaan yang engkau bawa. Selamat Hari Ibu!
15. Selamat Hari Ibu, bu. Sayang ibu dunia akhirat. Halalkan makan minum dan segala kasih sayang yang ibu berikan. Kami janji akan sentiasa berusaha bersunguh-sungguh dan ingat pesanan ibu sampai bila-bila. 
16. Ibu, setiap detik tanpamu adalah sebuah kesedihan yang mendalam. Aku merindukanmu lebih dari kata-kata dapat ungkapkan. Selamat Hari Ibu di sana, semoga kau bahagia di sisi Tuhan. 
17. Ibu, tiap tahun yang berlalu hanya membuat rasa kehilangan ini semakin dalam. Terima kasih atas segala cinta dan kepedulianmu yang tak tergantikan. Selamat Hari Ibu di syurga. 
18. Ibu, tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa aku merindukanmu setiap hari. Terima kasih atas segala pengorbananmu. Selamat Hari Ibu. 
19. Ibu, kehilanganmu meninggalkan luka yang tak terubati dalam hatiku. Aku merindukanmu setiap hari. Selamat Hari Ibu, ibu. Along sayang ibu.
20. Kepada ibuku yang jauh di mata dekat di hati, selamat Hari Ibu. Tanpa ibu, siapalah kami. Semoga Allah berikan pahala yang berlimpah buat ibu atas setiap lelah dan pengorban ibu. Amin. 
BACA JUGA: Susu Ibu Tahan Berapa Lama? Ini Panduan Urus Yang Betul
Hadis Berkenaan Ibu Sambil merayakan Hari Ibu, mari kita juga renungkan hadis-hadis yang menggariskan keutamaan dan jasa seorang ibu dalam Islam:
1. Keutamaan Berbakti Kepada Ibu
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:
أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ
Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.
Riwayat Muslim (2548) Berdasarkan penjelasan dalam laman sesawang Mufti WP, perkataan حُسْنِ الصُّحْبَةِ di dalam hadis di atas membawa maksud berbuat baik, berlemah lembut, merendahkan diri di hadapan mereka, mengasihi, memuliakan, serta mentaati mereka dalam hal-hal yang makruf. 
Ini dibuktikan dengan beberapa firman Allah S.W.T, antaranya:
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ
Maksudnya: Dan rendahkanlah kepada kedua ibubapa kamu sayap kehinaan (rendahkan diri kamu) disebabkan perasaan kasih sayang (kepada mereka).
Surah al-Isra’ (24)
2. Amal Baik Kepada Ibu Mendekatkan Diri Kepada Allah
Dari Ibnu Abbas RA, ada seorang lelaki datang menemuinya dan berkata, “Aku meminang seorang perempuan, tetapi ia menolakku. Lelaki lainnya meminangnya, lantas ia menerimanya dan menikah dengannya. Aku pun cemburu, lantas perempuan itu kubunuh. Akankah taubatku diterima?”
Ibnu Abbas balik bertanya, “Apakah ibumu masih hidup?” Ia menjawab, “Tidak,” Ibnu Abbas pun berkata kepadanya, “Bertaubatlah kepada Allah dan lakukanlah yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah.”
Atha’ bin Yasar yang menuturkan riwayat ini dari Ibnu Abbas pun datang kepadanya. Ia berkata, “Kenapa engkau bertanya apakah ibunya masih hidup?” Ibnu Abbas menjawab, “Kerana aku tidak tahu amal baik lain yang lebih mendekatkan orang kepada Allah selain berbakti kepada ibunya.”
(HR Bukhari) 3. Syurga Di Telapak Kaki Ibu
Diriwayatkan oleh Muʻawiyah bin Jahimah al-Salami, Rasulullah SAW bersabda;
أَنَّ جَاهِمَةَ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَدْتُ أَنْ أَغْزُوَ، وَقَدْ جِئْتُ أَسْتَشِيْرُكَ. فَقَالَ: هَلْ لَكَ مِنْ أُمٍّ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَالْزَمْهَا، فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ رِجْلَيْهَا
Maksudnya: Bahwasanya Jahimah pernah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW, aku ingin pergi jihad, dan sungguh aku datang kepadamu untuk meminta pendapatmu. Baginda bertanya: “Apakah engkau masih mempunyai ibu?” Dia menjawab: Ya, masih. Baginda bersabda: “Hendaklah engkau tetap berbakti kepadanya, maka sesungguhnya syurga itu di bawah kedua kakinya.”
(Riwayat al-Nasa’i) 4. Berbakti Kepada Ibu Bapa Lebih Utama
Abu `Amru Asy Syaibani berkata; telah mengkhabarkan kepada kami pemilik rumah ini, sambil menunjuk ke rumah Abdullah dia berkata; saya bertanya kepada Nabi SAW; “Amalan apakah yang paling dicintai Allah? 
Baginda bersabda: “Solat tepat pada waktunya.” Dia bertanya lagi; “Kemudian apa?” Bagindamenjawab: “Berbakti kepada kedua orang tua.” Dia bertanya; “Kemudian apa lagi?” Baginda menjawab: “Berjuang di jalan Allah.” 
(HR. Bukhari)  5. Redha Allah bergantung Redha Ibu Bapa
Dari Abdullah bin Amr RA dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Redha Allah terdapat pada redha orang tua, dan murka Allah juga terdapat pada murkanya orang tua.” 
(HR. Tirmidzi) [No. 1899 Maktabatu Al Ma`arif Riyadh] Kelebihan Berbuat Baik Kepada Ibu Menerusi Nas Dari Al-Quran Dan Al-Sunnah – Mufti WP 1. Diberikan Sifat yang Santun & Bahagia
Firman Allah S.W.T:
وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا
Maksudnya: Dan aku (Nabi Isa) berbuat baik kepada ibuku dan Allah tidak menjadikan aku ini bersikap keras dan derita.
Surah Maryam (32)
Huraian: Nabi Isa menjadi individu yang santun dan bahagia disebabkan ketaatan baginda kepada ibunya Maryam.
2. Memperoleh Kemustajaban Doa
Perbuatan berbuat baik dan mentaati ibu akan menjadikan seseorang itu memperoleh doa yang mustajab.
Sumber:
AL-KAFI #1203 : MENGAPAKAH DIDAHULUKAN BERBUAT BAIK KEPADA IBU SEBANYAK TIGA KALI? – Mufti WP IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 577: STATUS HADIS SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI PARA IBU – Mufti WP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hari-ibu-2024/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hari-ibu-2024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 229 hits
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada golongan pekerja sama ada dari sektor awam swasta dan mereka yang bekerja sendiri atas sumbangan kepada pembangunan dan menjadi pemangkin ekonomi negara Saya ingin men...
Koleksi Ucapan Pantun Selamat Hari Ibu 2024

Koleksi Ucapan Pantun Selamat Hari Ibu 2024

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 316 hits
Biasanya kita akan ucapkan selamat apabila tibanya apa apa perayaan dan sambutan Tetapi sempena Hari Ibu yang bakal tiba ini selain ucapan biasa yang kita ungkapkan apa kata kita tukar dalam bentuk unik iaitu dalam Pantun Mother s Day atau ...
Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 404 hits
Hari Ibu adalah merupakan hari yang istimewa Ia adalah sambutan untuk menghargai jasa seorang ibu dalam kehidupan kita Dalam rangka merayakan Hari Ibu tahun 2024 anda boleh menyampaikan penghargaan kepada ibu masing masing melalui pelbagai ...
Idea Contoh Aktiviti Hari Ibu

Idea Contoh Aktiviti Hari Ibu

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 211 hits
Idea Contoh Aktiviti Hari Ibu Hari Ibu merupakan hari istimewa yang didedikasikan untuk menghargai pengorbanan serta kasih sayang seorang ibu Terdapat pelbagai cara untuk memeriahkan sambutan Hari Ibu Anda boleh rujuk beberapa idea dan cont...
Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih Bella Astillah Mengalir Air Mata Dengar Ucapan Hari Ibu Daripada Anak

Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih Bella Astillah Mengalir Air Mata Dengar Ucapan Hari Ibu Daripada Anak

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 211 hits
Penyanyi dan juga pelakon Bella Astillah dirakam sebak dan menangis hiba ketika anak lelakinya Ayden Adrian memberikan ucapan sempena hari ibu buat dirinya Dalam hantarn video yang dimuat naik di IG Era Je itu Bella bersama ibunya dilihat m...
Pantun Hari Ibu Penuh Makna Dan Menyentuh Hati

Pantun Hari Ibu Penuh Makna Dan Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 153 hits
Terdapat banyak cara untuk mengekspresikan cinta anda kepada ibu anda sempena Hari Ibu termasuklah melalui pantun Koleksi pantun Hari Ibu di bawah boleh anda gunakan dalam ucapan ketika menghantar mesej kepada ibu anda membuat hantaran di a...
1 Mei 2024 Selamat Hari Pekerja

1 Mei 2024 Selamat Hari Pekerja

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tanggal 1 Mei setiap tahun Malaysia dan juga seluruh dunia akan menyambut Hari Pekerja Hari tersebut disambut bagi menghargai golongan pekerja yang telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara Di Malay...
Selamat Datang Contoh Ucapan Pantun Dan Grafik

Selamat Datang Contoh Ucapan Pantun Dan Grafik

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 129 hits
Selamat Datang merupakan satu ucapan yang biasanya diungkapkan kepada individu atau kumpulan yang baru sampai ke sesuatu tempat atau lokasi Ungkapan ini walaupun ringkas cukup bermakna dalam mengalu alukan kedatangan seseorang yang baru tib...
Remaja Berhenti Kerja Sebagai Promotor Pada Hari Pertama Dakwa Ibu Tidak Benarkan Ambil Pengangkutan Awam

Remaja Berhenti Kerja Sebagai Promotor Pada Hari Pertama Dakwa Ibu Tidak Benarkan Ambil Pengangkutan Awam

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 211 hits
Seorang majikan yang frustrasi NA Dyla baru baru ini mengambil ke Facebook untuk berkongsi tangkapan skrin perbualan WhatsApp antara beliau dan pekerja baharu yang diambil bekerja Dalam pertukaran WhatsApp tersebut Dyla pertama tama memberi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner