Resipi Sotong Sumbat Ringkas Dan Sedap
hi there, resipi sotong sumbat ringkas dan sedap versi mrs pip ya. Biasanya resipi yang biasa digunakan ialah resipi sambal sotong sumbat telur, tapi kali ini resipi sotong sumbat menggunakan kacang panjang dan lobak memandangkan hanya ini bahan-bahan yang ada di dapur, jadi ikut kreativiti maka kita gunalah bahan-bahan sedia ada di dapur.
Lagi-lagi dengan masalah pandemik COVID-19 dan kita masih berada di dalam tempoh movement control order (MCO) atau perintah kawalan pergerakan (PKP) , maka kenalah stay at home dan hanya keluar rumah jika ada hal yang memerlukan sahaja. Oleh itu, bab-bab masak ini, kitorang hanya guna apa yang ada di dapur, dan hanya keluar beli barang apabila bahan-bahan memasak betul-betul dah hampir habis dan perlukan re-stok
Resipi sotong sumbat ringkas dan sedap
Resipi sotong sumbat ringkas dan sedap ini disediakan oleh mr.Husband. mrs pip kalau masak benda-benda yang perlukan kreativiti, nampak cantik dan kemas memang tidak pakar , dan biasanya menu menu sedap yang keluar dari dapur rumah mrs pip semuanya ialah hasil air tangan incik suami yang memang seorang suka memasak T_T
bahan-bahan resipi sotong sumbat ringkas dan sedap
Bahan-bahan untuk resipi sotong sumbat ringkas dan sedap versi sumbat sayur ni hanya perlukan kacang panjang dan lobak merah. Kalau anda semua tak suka sayur untuk disumbat ke dalam sotong, silalah cari bahan alternatif lain mengikut citarasa anda sendiri
resipi sotong sumbat ringkas dan sedap
Bahan-bahan resipi sotong sumbat ringkas dan sedap versi sumbat sayur ini ialah:-
sotongkacang panjanglobak merahbawang merahlada besar (optional kalau nak ada rasa pedas)sos tiramasam jawagaram
Nota: tiada sukatan yang tepat, semua main agak agak ikut bilangan ahli rumah masing-masing
resipi sotong sumbat ringkas dan sedap
Cara-cara membuat resipi sotong sumbat ringkas dan sedap versi sumbat sayur ini ialah:-
1/ Sotong dibersihkan dan ditanggal bahagian kepala. Kemudian diperap lebih kurang setengah jam bersama bawang merah yang ditumbuk dan digaul dengan sos tiram, cili (sekiranya inginkan pedas), asam jawa dan garam secukupnya
2/ Kacang panjang dipotong mengikut panjang saiz sotong, lobak merah dan lada besar dipotong bentuk saiz batang mancis. Dibersihkan dan digaul dengan sedikit garam dan dimasukkan kedalam sotong mengikut susunan warna sendiri
3/ kemudian bakar sotong menggunakan oven api atas dan bawah dengan suhu 160 darjah celsius selama 25 minit
4/ Keluarkan sotong yang telah masak, potong dan susun mengikut kemahuan sendiri. Siap
Bahan alternatif sebagai bahan sumbat untuk resipi sotong sumbat ringkas dan sedap :-
Sekiranya anda tidak gemar dengan penggunaan sayur kacang panjang dan lobak merah, anda juga boleh menggunakan telur rebus dan sosej, atau apa sahaja bahan lain yang anda rasakan sesuai untuk dijadikan bahan sumbat ke dalam sotong
Resepi sotong sumbat ini sangat mudah. Selain sotong sumbat, anda juga boleh membuat menu sotong masak sambal, atau sotong sup hitam, atau sotong tumis ringkas. Anak-anak mrs pip tidak suka makan makanan yang pedas, jadi sotong masak sambal tu terpaksalah ditangguhkan dulu sehingga anak-anak mrs pip pandai makan yang pedas pedas , hehe
Oh ya, kita masih berada di dalam mode MCO / PKP , dan fasa ke-3 baru juga diumumkan di mana MCO / PKP akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Stay safe, stay at home, take care & stay healthy
love xoxo, hugs and kisses
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2020/04/resipi-sotong-sumbat-ringkas-dan-sedap.html