Resipi Soft Cookies Sedap Macam Di Subway


Resipi Soft Cookies Sedap | Walaupun aku selalu kata nak kurus dan ada sedikit usaha untuk kurus seperti kurangkan makan nasi dan briskwalk pepetang tapi aku suka makan benda 'merepek'. Beli kerepek setiap minggu dan suka buat tat nanas. Nampak tak kontradik di situ? Nak kurus tapi makan tepung 😅

Aku dari remaja lagi suka baking, masak lauk tak suka sangat tapi sejak berkahwin dan ada anak kite masak la.. pertengahan bulan habislah gaji kalau hari-hari beli lauk. Lagipun takkan nak biarkan suami dan anak-anak makan hasil tangan orang lain setiap hari kan? Cemuih


Kali Pertama Makan Soft Cookies (Biskut Lembut)Ada satu kali tu Subway ada buat promosi apa entah jadi aku pun nak cuba rasa. Di sebelah cashier counter ada pula biskut coklat bersaiz lebar yang nampak sangat menyelerakan. Pergi pula waktu makan tengahari tu yang rasa semua nak makan. Sedap uii..

Maka setelah bertahun cakap nak buat, minggu ni buat dua kali dengan hasil agak berbeza tapi gambar hasil akhir kali kedua tu takde. Parchment paper pula dah hujung jadi berhimpit-himpitlah doh tu berebut tempat nak mengembang hahha..

Cubaan kali pertama ikut resipi tepung 2 1/4 cawan, hasilnya biskut rapuh. Cubaan kedua aku guna 2 1/2 cawan tepung, elok jadinya tapi tak garing di tepi. 
Cara buat soft cookies ni mudah je sebenarnya, tak perlu guna mixer pun just pukul dengan whisker je. Ni aku dah share resipi jangan save aje, balik kerja karang pi beli mentega dan terus buat. Lepas Maghrib adun - simpan dalam peti ais - lepas Isyak bakar. Senang! Projek baking aku ni start 9.30 dan 10 malam, waktu otak aktif cari apa nak makan 😄😄
Nak hasil yang baik dan lebih sedap gunalah mentega (pure butter) tapi aku ada stok Buttercup je. Aku juga guna chocolate coin Beryl's dan cip coklat timbang. Tak jumpa cip coklat Hershey. Aku juga tambah secubit garam walaupun Buttercup jenis bergaram sebab nak rasa masin sikit melawan rasa manis gula dan coklat. Rasa lemak. Kuantiti gula yang aku gunakan just nice je tak manis sangat. Soft cookies sepatutnya berwarna keemasan, garing di tepi dan lembut di tengah. Teksturnya serta agak kenyal kerana kita menggunakan gula perang (brown sugar)

Jika sukakan perisa lain boleh juga tukarkan cip coklat dengan kismis dan walnut yang dipanggang


Ini bahan-bahan untuk soft cookies:
1 cawan mentega. Cairkan
1/2 cawan gula perang1/4 cawan gula pasir2 1/2 cawan tepung gandum2 biji telur (2 kuning + 1 putih)1 sudu teh esen vanila1 sudu teh baking soda (abaikan jika guna tepung naik sendiri)Secubit garam1 cawan cip coklat1 cawan chocolate chunk/coin
Cara-caranya:1. Cairkan mentega dengan api perlahan (masukkan dalam microwave pun boleh). Padamkan api kemudian biarkan ia suam dalam lima minit

2. Ayak tepung dan baking soda

3. Masukkan telur, gula perang, gula pasir, esen vanila dan garam dalam mentega cair. Gaul guna whisker sampai sebati. 
4. Masukkan campuran tepung ke dalam bahan basah dan kaup balikkan. Masukkan coklat, gaul lagi

5. Tutup bekas adunan dan simpan dalam peti sejuk selama sejam atau satu malam. Selepas dikeluarkan scoop adunan dan letakkan dalam dulang pembakar. Saiz doh bergantung kepada kemahuan sendiri. Kalau anak ramai buat bulat kecil je, nak jadi macam soft cookies Subway bulatkan besar telur ayam saiz B. Jarakkan tau, nanti biskut tu akan melebar macam aku. Eh

6. Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 170c dalam oven yang telah dipanaskan . Akan datang aku nak try 190c lima minit lepas tu turunkan ke 170c tujuh minit. nak tengok bagaimana hasilnya. Kalau 12 minit tu biskut tak jadi seperti yang diharapkan cuba tambah masa lagi. Lain oven lain suhu dan tempoh masanya

7. Biarkan lima minit sebelum dipindahkan ke redai untuk disejukkan. 
Sedak dooh. Selamat mencuba!

Bila semua bahan telah dicampurkan

Parchment paper dah habis. Sepatutnya kena jarak lagi ni

Asyik sungguh tengok biskut melting

Disebabkan rapat sangat biskut melekat antara satu sama lain. Bila potong jadi empat segi 😏. Cubaan kali kedua elok je bulat

Baru buat malam tadi (kali ketiga) tambah setengah cawan serbuk koko dalam doh 😋

Cuba tau


© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/08/resipi-soft-cookies-sedap-macam-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Pizza Hawaiian Chicken Homemade Sedap Macam Dekat Restoran

Resipi Pizza Hawaiian Chicken Homemade Sedap Macam Dekat Restoran

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1128 hits
Pizza Hawaiian Chicken homemade resipi perkongsian saudari Aishah Mohamed ni nampak sangat sedap Hanya guna wrap dan beberapa bahan bahan mudah yang lain sahaja Memang jimat Sesuai sangatlah dihidangkan untuk keluarga sebagai sajian makan m...
Resipi Asam Pedas Ikan Pari Sedap Kuah Pekat Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Asam Pedas Ikan Pari Sedap Kuah Pekat Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 4587 hits
Penggemar Asam Pedas Ikan Pari harus cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini Resipi paling asas dan sesuai dicuba bagi anda yang baru pertama kali nak cuba belajar masak lauk Asam Pedas Masak Asam Pedas ni tidaklah sukar Paling p...
Resipi Ayam Kukus Kicap Menu Jimat Sihat Sedap Paling Mudah Masak

Resipi Ayam Kukus Kicap Menu Jimat Sihat Sedap Paling Mudah Masak

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 3391 hits
Pernah cuba sajian Ayam Kukus Kicap Resipi perkongsian dari saudari Dani J Tang ni nampak sangat mudah dan sedap Memang senang sahaja cara memasaknya Bagi anda yang sukakan lauk pauk yang lebih sihat resipi ini tentunya boleh dicuba Sesuaik...
Resipi Sup Ikan Jenahak Yang Mudah Sedap Hirup Panas Panas

Resipi Sup Ikan Jenahak Yang Mudah Sedap Hirup Panas Panas

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 4312 hits
Resipi sup ikan jenahak ini sesuai dihidangkan bila teringin menghirup sup panas Tambah pula kalau cuaca hujan atau mendung lagi berselera makan lauk sebegini Cara membuat sup ikan jenahak ini juga mudah bahan bahannya yang biasa biasa saja...
Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 2963 hits
Sup ayam tumis darat ialah antara lauk ringkas yang cukup popular di dapur orang Melayu Keistimewaannya terletak pada tumisan bawang putih bawang merah dan rempah ratus yang dimasak berasingan lalu dituangkan ke dalam sup panas Cara ini men...
Resipi Bergedil Pucuk Ubi Sedap Gila Confirm Sekejap Je Licin

Resipi Bergedil Pucuk Ubi Sedap Gila Confirm Sekejap Je Licin

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 502 hits
Pernah cuba Bergedil Pucuk Ubi Biasanya Bergedil dihasilkan menggunakan ubi kentang tempe isi ayam atau ikan Tapi kali ini resipi perkongsian saudari Ain Farhana agak istimewa dan lain macam Guna pucuk ubi Nampak sangat sedap dan membuka se...
Cara Masak Pad Kra Pao Daging Sedap Resipi Asli Selatan Thailand

Cara Masak Pad Kra Pao Daging Sedap Resipi Asli Selatan Thailand

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4874 hits
Sedapnya Pad Kra Pao Daging ni Bagi penggemar sajian Thailand pasti tidak asing lagi dengan menu yang satu ni Ia merupakan salah satu sajian Thailand yang tersohor yang dimasak menggunakan daun thai basil atau daun selasih Sangat wangi dan ...
Macam Dekat Hatyai Ini Resipi Ayam Goreng Thai

Macam Dekat Hatyai Ini Resipi Ayam Goreng Thai

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2103 hits
Macam Dekat Hatyai Ini Resipi Ayam Goreng Thai Ayam goreng sememangnya diminati oleh pelbagai golongan Bagi kanak kanak sudah pasti ianya antara makanan yang digemari dan sering menjadi pilihan Antara menu yang paling senang nak masak adala...
Resipi Sambal Telur Anak Ramai Lauk Simple Tapi Sangat Sedap

Resipi Sambal Telur Anak Ramai Lauk Simple Tapi Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4866 hits
Sambal Telur Anak Ramai Sambal Telur Hancur Cili Kering adalah lauk paling senang dimasak dikala buntu dan tak ada idea nak sediakan menu apa untuk keluarga tercinta Ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan Rasanya yang pedas dan cukup ber...
Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap

Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wartawan Deegun Rahman Meninggal Dunia

Pelancong As Kagum Dengar Lelaki Malaysia Jelaskan Tentang Islam

Oppo A6 Pro 5g And Mobile Legends Bang Bang Partner To Unleash An Ultimate Smooth Gaming Experience

Korinda House In Plenty By Bent Architecture Resilient Bushland Home

Illegal Tyre Imports Exposed During Raids On 3 Shah Alam Outlets

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet