Kaki Bengkak Ketika Hamil Mama Boleh Cuba Cara Ini Untuk Legakan Kesakitan


Kaki Bengkak Ketika Hamil, Boleh Cuba Cara Ini Untuk Legakan Kesakitan
Wanita hamil sering mengalami pelbagai masalah berkaitan dengan kesihatan tubuh badan dek kerana perubahan hormon. Antara masalah yang sering dihadapi oleh wanita hamil adalah alahan kepada makanan dan juga bengkak kaki.
Bengkak kaki memang dihadapi oleh kebanyakan wanita mengandung. Keadaan ini berlaku kesan daripada  berat badan bertambah, berdiri terlalu lama dan sebagainya. Ia adalah perkara normal jika wanita hamil diserang bengkak kaki.
Kajian menunjukkan, kehamilan boleh menyebabkan kaki ibu menjadi semakin panjang, lebih-lebih lagi selepas kehamilan pertama. Semasa hamil, badan kita akan menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai relaxin. Hormon ini akan membantu otot, tendon, ligamen dan sendi untuk lebih relaks dan memudahkan proses kehamilan.
Kredit foto: Pexels Pada masa yang sama, ligamen dan tendon pada kawasan kaki juga akan menjadi semakin longgar. Dengan kombinasi berat badan yang bertambah dan hormon kehamilan, tapak kaki bukan sahaja akan semakin melebar, ia juga akan meleper dan memanjang.
Memang agak menyakitkan namun mama perlu sabar melalui ‘ujian’ ini sepanjang tempoh kehamilan. Jangan terlalu stres. Hadapi dengan tenang dan lakukan rawatan seperti di bawah agar bengkak kaki anda boleh surut.
10 CARA RAWAT BENGKAK KAKI KETIKA HAMIL 1. ELAKKAN BERDIRI STATIK TERLALU LAMA
Semasa melakukan aktiviti harian seperti memasak, menjemur pakaian ataupun bekerja di ofis, jika boleh elakkan berdiri statik dengan kadar yang lama. Aktifkan pergerakan bagi mengelak pengumpulan darah pada kaki untuk melancarkan peredaran darah.
2. ANGKAT KAKI SETINGGI MUNGKIN DARI LANTAI KETIKA DUDUK 
Tujuannya juga untuk membantu kelancaran peredaran darah dan mengelakkan kebas kaki. Apabila duduk di kerusi semasa bekerja, letakkan kaki di atas bangku rendah, kotak kecil atau susunan buku di bawah meja. Elakkan tabiat menyilangkan kaki ketika duduk, boleh menyebabkan kekejangan.
3. LAKUKAN AKTIVITI REGANGAN RINGAN KETIKA DUDUK LAMA
Jika melakukan kerja yang memerlukan posisi duduk yang agak lama, rajinkan diri melakukan aktivi regangan pada kaki. Caranya mudah:
*Julurkan kaki ke arah luar dan angkatkan sedikit sebelah tumit kaki dari lantai
*Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah atas dalam kiraan 8
*Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah bawah dalam kiraan 8
*Pusingkan pergelangan kaki ikut arah jam dalam kiraan 8 pusingan
*Pusingkan pergelangan kaki lawan arah jam dalam kiraan 8 pusingan
*Ulangi cara yang sama untuk sebelah kaki yang lain.
Senaman regangan kaki mampu meningkatkan suhu otot betis dan meningkatkan fleksibiliti sendi serta memperbaiki aliran darah. oleh itu, lakukan dengan penuh keselesaan bukan untuk kesakitan.
Kredit foto: Pexels 4. POSISI BARING MENGIRING
Ibu mengandung perlu mengamalkan posisi tidur terbaik bagi wanita hamil iaitu berbaring secara mengiring.
Selaras dengan ajaran baginda Rasulullah S.A.W, kita dianjurkan supaya berbaring di atas lambung kanan (mengiring ke kanan) secara umumnya ketika berbaring untuk tidur kerana ia mengandungi hikmah yang tersendiri.
Bagi ibu mengandung, elakkan berbaring secara terlentang dan off-course tidak meniarap (kalau la boleh) lebih-lebih lagi apabila fasa kehamilan masuk ke trimester ke-3.
5. PAKAI KASUT YANG SESUAI
Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung atau hamil perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian. Elakan memakai kasut bertumit tinggi atau yang terlalu ketat kerana boleh mengganggu kestabilan dan menambahkan tekanan pada kaki.
6. PILIH SARUNG KAKI YANG LEMBUT 
Elakkan memakai stokin yang mempunyai gelang getah yang ketat. Selain boleh menambah kesan bengkak kaki akibat gangguan aliran darah sekitar pergelangan kaki, ia juga boleh menyebabkan kekejangan.
Pilih stokin yang lembut dan bersesuaian dengan ibu hamil. Selain baik untuk bengkak kaki, ia juga baik untuk mengurangkan kesejukan ketika waktu malam, lantai simen atau waktu musim hujan.
7. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Air kosong banyak membantu proses dehidrasi tubuh. Menjadikan tubuh segar disamping membantu proses perkumuhan dalam badan. Jangan khuatir, ia tidak menyebabkan pertambahan berat tubuh badan ibu mengandung.
8. AKTIF DENGAN SENAMAN
Ibu mengandung tidak boleh bergerak aktif adalah mitos!. Di awal proses kehamilan ibu mengandung digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik. Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu baik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung.
Kredit foto: Pexels 9. AMALKAN PEMAKANAN SIHAT 
Tidak dinafikan seiring dengan keperluan tubuh ibu dan bayi dalam kandungan, ibu mengandung memerlukan pemakanan yang sihat. Kurangkan atau jauhi makanan segera dalam tin atau yang tersedia proses lain.
Kebanyakkannya mengandungi lebih kalori dan lemak berbanding nutrisi vitamin yang baik untuk ibu dan bayi. Malah boleh menyebabkan pertambahan berat badan (obesiti) dan kehilangan air dalam badan.
Gantikan makanan segera dengan pengambilan snek sihat untuk ibu mangandung seperti bijirin, yogurt, minuman berjus,salad dan buah-buahan. Pengambilan makanan tambahan berasaskan suplemen juga amat baik bagi menyokong keperluan nutrisi sepanjang kehamilan.
Pengambilan suplemen vitamin C, vitamin B Complex, kalsium dan zat besi sangat baik untuk membantu kesihatan ibu dan tumbesaran bayi yang sihat. Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan. Pastikan yang semulajadi dan bukan datang dari kejuruteraan sintetik.
10.MINTA SUAMI URUTKAN KAKI
Alangkah bahagianya jika suami dapat mengurut kaki anda yang bengkak. Selain mengurut badan, kaki bengkak pun boleh juga. Gunakan minyak urut yang sesuai bagi melegakan ketegangan urat akibat kaki bengkak. Urutan juga boleh membantu keluarkan angin dalam badan wanita hamil, yang ternyata banyak angin dalam badan.
Kredit foto: Pexels Moga dengan tip ini dapat membantu mama-mama yang sering mengalami masalah kaki bengkak sepanjang proses kehamilan.
Kredit foto (top image): Freepik
The post Kaki Bengkak Ketika Hamil, Mama Boleh Cuba Cara Ini Untuk Legakan Kesakitan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kaki-bengkak-ketika-hamil-mama-boleh-cuba-cara-ini-untuk-legakan-kesakitan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi

Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 246 hits
Tip ajar anak umur 2 tahun bebas pakai lampin boleh cuba cara ahli terapi cara kerja ini kongsi Bukan mudah sebenarnya mengajar dan melatih anak anak untuk bebas memakai lampin Kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan anak anak...
Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Kereta Guna Serbuk Nescafe Saja Korang Boleh Cuba

Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Kereta Guna Serbuk Nescafe Saja Korang Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 260 hits
ak dinafikan kereta kalau lama tak dibasuh memang meninggalkan bau yang kurang enak Apa lagi kalau banyak terkesan kesan tumpahan makanan ketika dalam perjalanan Bau sisa makanan atau tumpahan air minuman pada kerusi kereta oleh anak anak k...
Kerap Sakit Lenguh Badan Badan Mama Cuba Air Tenaga Homemade Ini Memang Lega

Kerap Sakit Lenguh Badan Badan Mama Cuba Air Tenaga Homemade Ini Memang Lega

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 301 hits
Seharian bekerja tak dinafikan tubuh kerap lenguh dan sakit sakit badan Selain pengambilan air kosong yang secukupnya mama boleh mencuba hasilkan air tenaga homemade ini di rumah Air tenaga homemade yang dikongsikan oleh di laman Facebookny...
Renovasi Ruang Belakang Rumah Mama Papa Boleh Jadikan Tempat Anak Anak Bermain

Renovasi Ruang Belakang Rumah Mama Papa Boleh Jadikan Tempat Anak Anak Bermain

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 158 hits
Renovasi Ruang Belakang Rumah Mama Papa Boleh Jadikan Tempat Anak anak Bermain Ruang di belakang rumah selalunya ramai yang melakukan proses renovasi untuk extend dapur supaya nampak lebih luas Biasanya lebihan ruang di belakang rumah dijad...
Tonsil Punca Tonsil Bengkak Pantang Larang Tonsil Ubat Tonsil Bengkak Cara Kecutkan Bengkak Tonsil

Tonsil Punca Tonsil Bengkak Pantang Larang Tonsil Ubat Tonsil Bengkak Cara Kecutkan Bengkak Tonsil

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 197 hits
Tonsil bengkak adalah antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kanak kanak dan orang dewasa Ia boleh menyebabkan ketidaselesaan dan boleh mengganggu aktiviti harian Dalam artikel ni saya akan kongsikan apa punca tonsil bengkak pant...
Kalau Tak Boleh Bahagiakan Isteri Jangan Cuba Sakitkan Hati Mungkin Akan Bawa Status J Kak Km

Kalau Tak Boleh Bahagiakan Isteri Jangan Cuba Sakitkan Hati Mungkin Akan Bawa Status J Kak Km

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 207 hits
Sering mencetuskan kontroversi usahawan jamu terkenal Liana Rosli ataupun lebih dikenali sebagai Kak KM ada mencuri perhatian netizen di Tiktok Dalam hantaran tersebut Kak KM seolah olah memberi bayang bahawa dia tidak lama lagi akan memega...
Mahalnya Nak Putihkan Gigi Ni Tips Jimat Yang Korang Boleh Cuba Sendiri Dekat Rumah

Mahalnya Nak Putihkan Gigi Ni Tips Jimat Yang Korang Boleh Cuba Sendiri Dekat Rumah

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 126 hits
Gigi kuning atau kurang berseri boleh menyebabkan masalah kurang keyakinan diri Tapi korang tahu tak sebenarnya ada satu cara mudah untuk putihkan gigi yang korang boleh buat sendiri dari rumah Cuma guna berus pen je Haa var currentUrlTwo
Auto Handsome Lah Nak Cuba Boleh Tak Lokek Pinjamkan Baju Tema Merdeka Pada Kawan Dipuji Ramai

Auto Handsome Lah Nak Cuba Boleh Tak Lokek Pinjamkan Baju Tema Merdeka Pada Kawan Dipuji Ramai

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 139 hits
Baru baru ini ramai ibu ayah berkongsi gambar anak anak di media sosial saat menggayakan pakaian tema merdeka bagi meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah Rata rata anak anak ini begitu cantik dan bergaya Pun ...
Dah Lama Kahwin Tapi Belum Dapat Anak Ustaz Ini Kongsi Cara Nak Ikhtiar Hamil Guna Resipi Air Kelapa Bakar

Dah Lama Kahwin Tapi Belum Dapat Anak Ustaz Ini Kongsi Cara Nak Ikhtiar Hamil Guna Resipi Air Kelapa Bakar

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 339 hits
Ustaz dedah cara ikhtiar hamil boleh cuba resipi air kelapa bakar ini Dalam usaha mendapatkan cahaya mata pelbagai kaedah yang boleh digunakan pasangan suami isteri Yang paling penting pasangan hendaklah berjumpa doktor untuk mengenalpasti ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024