Resipi Sambal Balado Indonesia Padu Betul Rasanya Tak Cari Lain Dah


Hidangan sambal biasanya merupakan menu tambahan sebagai pelengkap satu-satu hidangan. Kata orang, lagi pedas lagi sedap. Antaranya, Sambal Balado. Boleh dimasak dengan ikan keli, ayam ataupun daging goreng.
Pelbagai resipi dihasilkan untuk menjadikan sambal balado itu sedap. Namun, adakala tidak menepati cita rasa seseorang. Lain orang, lain cita rasanya.
Bagi Mazliana Mazlan yang sudi berkongsikan resipi Sambal Balado yang sedap ini, dia mendapat resipi ini daripada rakan adiknya yang berasal dan menetap di Indonesia. Selepas mencubanya, dia tidak lagi mencari resipi sambal balado lain di internet kerana telah menjumpai resipi yang betul-betul kena dengan lidahnya. Padu sangat rasanya.
Sambal ini pelbagai guna, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumahnya. Jom kita buat.
SAMBAL BALADO ALA INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar – Boleh beli online di sini
1 biji tomato – Boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan – Boleh beli online di sini
2 sudu besar gula – Boleh beli online di sini
Garam secukup rasa
Minyak
**Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai panduan sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.

CARA MEMASAK:
Kisarkan bahan-bahan di atas menggunakan food processor. Jangan letak air langsung. Kalau rajin, boleh tumbuk. Jika menggunakan pengisar, boleh letakkan sedikit sahaja air.

Kisar jangan sampai lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili begini.

Panaskan minyak.

Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk atau dikisar tadi. Masak sehingga agak kering airnya untuk tahan lebih lama. Biar betul-betul kering airnya.

Kemudian, masukkan gula. Saya guna organic raw cane sugar.

Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh juga.

Siap. Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku. Boleh tahan dalam 2 minggu.

Ini salah satu menunya. Pecel lele. Padu betul rasanya.

Jika nak membuat nasi goreng ataupun digaul dengan ayam atau ikan goreng, boleh buat cara memasak seperti di bawah.
NASI GORENG: Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.
AYAM / IKAN BALADO: Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah.
Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau!
Selamat mencuba.
Kredit: Mazliana Mazlan
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Paprik Ayam Terbaik, Rasa Macam Makan Di Kedai Tomyam

Buat Agar-Agar Kering Ketika Musim Panas, Memang Cepat Keringnya

Segarkan Tekak Dengan Air Tembikai Lemon Laici, Tambah Ketulan Ais!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official



The post Resipi Sambal Balado Indonesia, Padu Betul Rasanya. Tak Cari Lain Dah appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2023/05/resipi-sambal-balado-indonesia-padu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Buat Semuanya Betul Orang Lain Salah

Dia Buat Semuanya Betul Orang Lain Salah

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 165 hits
Zainuddin Omar halaluna wa haramukum halal bagi kami haram bagi kamu
Zie Kongsi Resipi Sambal Sotong Ringkas Je Rencahnya Tapi Sedap

Zie Kongsi Resipi Sambal Sotong Ringkas Je Rencahnya Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 219 hits
Sambal Sotong yang mudah sedap dan ringkas cara memasaknya tentunya sangat digemari ramai Sesuai dinikmati pada bila bila masa mengikut selera Terdapat pelbagai resipi Sambal Sotong yang boleh dicuba dimana penggunaan bahan bahannya juga te...
Lempeng Kelapa Lembut Dan Sedap Cicah Sambal Tumis Memang Padu

Lempeng Kelapa Lembut Dan Sedap Cicah Sambal Tumis Memang Padu

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 228 hits
Buat lempeng kelapa ketika sarapan atau minum petang dicicah pula dengan sambal tumis memang sedap Minum pula teh atau kopi panas Nikmatnya Buatnya pun tak sukar Ada kelapa muda memang terus rasa nak buat Rasanya memang lembut dan sedap men...
Siti Bainun Didapati Bersalah Bila Nak Kena Dakwa Agaknya Lama Betul Kes Ni

Siti Bainun Didapati Bersalah Bila Nak Kena Dakwa Agaknya Lama Betul Kes Ni

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 195 hits
Pengasas Rumah Bonda itu sebelum ini didakwa atas 2 dua tuduhan bawah Akta Kanak Kanak kerana mengabaikan dan mendera remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella Mahkamah Sesyen di sini mendapati pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali b...
Biar Betul Nak Hambat Hadi Awang Omputeh Sebut A Picture Tells A Thousand Stories

Biar Betul Nak Hambat Hadi Awang Omputeh Sebut A Picture Tells A Thousand Stories

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 222 hits
Dari FOTO ini 1 Dimana Timbalan Presiden PAS YB TITM dan 2 orang lagi Naib Presiden YB Idris Ahmad dan YB Nik Amar 2 Mengapa Presiden SUA seorang Naib Presiden sahaja yang hadhir dan tandatangan 1DOKUMEN AKU ada sebut dalam POSTING terdahul...
Betul Ke Suga Bts Dedah Pekerjaan Sebelum Jadi Idola K Pop

Betul Ke Suga Bts Dedah Pekerjaan Sebelum Jadi Idola K Pop

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 352 hits
Baru baru ini Suga BTS telah tampil sebagai tetamu dalam rancangan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon bagi mempromosikan album solonya D Day ARTIKEL BERKAITAN Khususnya dalam siaran itu pengacara Jimmy Fallon bertanya kepada Suga mengen...
Minta Tolong Mandikan Anak Dulu Asam Garam Rumahtangga Betul Sangat Ibu Ni Kongsi

Minta Tolong Mandikan Anak Dulu Asam Garam Rumahtangga Betul Sangat Ibu Ni Kongsi

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 268 hits
Memanjakan pasangan baik suami atau isteri memang perlu namun memanjakanlah dengan cara yang sewajarnya Utamakan tolak ansur dan saling bantu membantu dalam rumahtangga barulah lebih harmoni rumahtangga yang dibina Tugas menguruskan rumahta...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti