Resipi Puding Roti Marble Tanpa Telur
Resipi Puding Roti Marble Tanpa TelurAssalamualaikum, hi korang. Salam Ramadhan ke 9. Pagi ni KakYa nak kongsi satu lagi resipi mudah untuk korang. Resipi Puding Roti Marble Tanpa Telur hanya guna blender je. Bahan bahan dan cara nak buat sangat sangat mudah dan senang. Oleh kerana mudah nak buat, jadi KakYa kongsi dengan korang. Ok jom kita tengok dulu bahan bahan yang diperlukan untuk buat Puding Roti Marble Tanpa Telur
Puding Roti Marble Tanpa TelurKredit Gambar: Malay Kitchen
Bahan Bahan Puding Roti Marble Tanpa Telur
Antara bahan yang diperlukan untuk membuat Puding Roti Marble Tanpa Telur ialah;
- 4 keping roti- 1 cawan susu cair (250ml)- 3 1/2 cawan air - 1/4 cawan gula - 1 sudu kecil esen vanila- 1 paket agar agar serbuk- Sedikit pewarna makanan merah- 1 sudu besar serbuk koko
Cara Masak Puding Roti Marble Tanpa Telur
Bahan bahan dah tersedia. Jadi apa tunggu lagi jom kita masak
- Masukan roti, susu cair, 1/2 cawan air, esen vanila dan gula ke dalam pengisar. Kisar halus semua bahan ini
- Tuang ke dalam kuali/periuk yang sesuai. Masak dengan api sederhana kuat
- Tambahkan 3 cawan air dan juga serbuk agar agar. - Masak sehingga ia menggelegak dan membuak buak. Tutup api
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian putih, warna merah dan coklat. p/s : untuk warna coklat , bancuh dahulu serbuk koko dengan sedikit air panas kemudian campurkan dalam adunan puding
- Kemudian tuang adunan secara berselang seli ke dalam acuan. Akhir sekali gunakan lidi dan ukir sedikit adunan bertujuan membentuk corak
- Biarkan sejuk sedikit masukkan ke dalam peti sejuk. - Bila dah keras, keluarkan dari acuan dan boleh terus dihidangkan
Tekstur puding yang lembut dengan rasa vanila dan koko adalah padanan yang sangat sempurna. Tambahan pula bila dihidangkan sejuk, rasa sekali pasti naktambah berkali kali. Korang kena cuba tau
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2022/04/resipi-puding-roti-marble-tanpa-telur.html