Resipi Pajeri Nenas Dan Air Nenas Sedap Hasil Tanaman Sendiri


 Resipi Pajeri Nenas dan Air Nenas Sedap Hasil Tanaman Sendiri.  Buah nenas antara buah kegemaran kami sekeluarga.  Rasanya yang manis memang sedap kalau dimakan begitu sahaja atau dimasak buat lauk. Kalau dapat buah nenas ni memang tak payah tunggu cepat-cepat kupas, potong dan sejukkan.  Bila sejuk lagi sedap dimakan.  Kadang-kadang makan cicah dengan kicap. 


Oleh kerana suka makan nenas, en hubby pun merajinkan diri menanam nenas di rumah.  Kalau sebelum ini kami tanam atas tanah  tapi kali ini tanam dalam pasu besar sahaja.  Bila tanam dalam pasu ni nampak lebih kemas dan teratur, tak perlu susah-susah nak kemaskan kawasan keliling yang dinaiki rumput.  Itulah yang akak suka.  Hasilnya pun berbaloi asalkan rajin tabur baja dan sesekali disiram air.
Resipi Pajeri NenasPajeri nenas adalah antara menu yang pasti akan dimasak sekiranya ada stok nenas di rumah.  Resipi dan cara penyediaannya tidaklah renyah. Akak share bahan-bahan dan cara buat pajeri nenas ni, manalah tahu korang pun suka.  Ini cara masakan kami.



Bahan-bahan :
1 biji nenas baru masak sederhana besar (jangan terlalu masak)4 ulas bawang putih4 ulas bawang merahkayu manis, bunga lawang, buah pelagadaun karisantan kelapa - aku guna santan kotakrempah kari - 2 pack (ikut la banyak mana nenas yang nak dimasak)Serbuk cili (kalau nak rasa pedas sedikit)Udang keringkerisekGula melakaGula pasirgaramminyak masakCaranya:
Sebelum menumis, bancuhkan serbuk kari dengan air. Kemudian masukkan nenas yang telah dipotong tadi ke dalam bancuhan rempah. Gaulkan. Masukkan 2 sudu besar gula pasir, serbuk cili(ikut suka), kerisek dan sedikit garam. Gaulkan.
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, udang kering dan daun kari sampai naik bau.  Selepas itu, masukkan nenas yang telah bergaul dengan rempah tadi. Masukkan sedikit air. Biarkan. Sesekali kacau lah sehingga rempah masak. Masukkan gula melaka. 
Masukkan santan (ikut banyak nenas) dan rasakan masin, masam dan manisnya. Biarkan kuah pekat sedikit. Biasanya aku biarkan sehingga sejam supaya nenas betul-betul mesra dengan rempah dan masam nenas dan manis guna bersatu.
Dah siap boleh la hidangkan bersama nasi panas, telur dadar dan sayur goreng atau ulam-ulaman. Kalau tak mau telur dadar boleh juga dengan ikan temenung goreng.



Selain dari masak pajeri, akak akan pastikan ada ada air nenas terhidang sekali.  Bukannya susah nak sediakan air nenas ni.  Tambahan kalau nenas tu masak manis, tak perlu tambah air gula pun.  Cara nak sediakan - kupas nenas, potong-potong saiz kiub.  Masukkan dalam mesin pengisar atau kalau korang ada mesin buah, boleh gunakan mesin buah sahaja, lebih mudah.  Tapis hasil kisar tadi untuk dapatkan hasil air nenas yang manis dan sedap.  Kalau kurang manis, boleh tambahkan sedikit air guna. Masukkan kiub ais dan boleh hidang untuk minum bersama keluarga.
Ada juga yang suka kisar bersama susu atau yoghurt untuk jadikan smoothies. Ini pun sedap juga. Kalau disimpan di tempat dingin beku, boleh jadi ais krim nenas.
Eh..macam-macam pulak akak ni kan !
Nenas ni ada pelbagai khasiat. Korang boleh baca di sini antara khasiat pengambilan nenas >> KHASIAT NENAS
Nak jimat ruang, satu pasu besar kami tanam 3 sekali pokok nenas.  Masak serentak, puas makan
Tak rugi tanam sendiri. Dapat tanam sepoko dua pun dah cukup untuk makan sendiri. Tapi tanam nenas ni korang kena sabar menunggu pokoknya besar, keluar buah dan menunggu buahnya sesuai untuk dituai.  




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2021/07/resipi-pajeri-nenas-dan-air-nenas-sedap-hasil-tanaman-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Sendiri Pani Puri Sedap Paling Simple Guna Resipi Mudah Ni

Buat Sendiri Pani Puri Sedap Paling Simple Guna Resipi Mudah Ni

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 608 hits
Pani Puri atau nama lainnya Gol Gappa adalah salah satu makanan jalanan atau street food popular masyarakat India Enak dan sangat mudah cara penyediaannya Ia sesuai dinikmati bila bila masa Memang kenalah dengan selera orang Malaysia yang b...
Resipi Bingsu Mangga Penyejuk Tekak 4 Bahan Sedap Sungguh

Resipi Bingsu Mangga Penyejuk Tekak 4 Bahan Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 440 hits
Sebut sahaja Bingsu pasti ramai diantara kita yang sudah terliur Mana tidaknya kesedapan ais kisar manis dan sedap ini buat kita teringin ingin Kali ini apa kata kita cuba sendiri Senang je cara nak buat Jom ikuti resipi perkongsian ini Sim...
Resipi Lepat Cendol Tak Perlu Kukus Sangat Mudah Sedap

Resipi Lepat Cendol Tak Perlu Kukus Sangat Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 282 hits
Sedapnya kalau dapat menikmati Lepat Cendol Rasanya yang lemak lemak manis memang tak jemu dimakan Resipinya pun tak susah Menerusi perkongsian saudari Azliana Salleh beliau berkongsi satu resipi Lepat Cendol yang cukup mudah Tidak perlu ku...
10 Resipi Indian Food Sedap Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali

10 Resipi Indian Food Sedap Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 359 hits
Masakan atau Indian food semestinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya Selain dari kari terdapat banyak lagi hidangan hidangan yang dimasak enak menggunakan rempah rempah terpilih Istimewa buat anda RASA kongsi...
Resipi Kuih Cara Manis Tembikai Inti Manis Sedap Lembut Kreatif Sungguh

Resipi Kuih Cara Manis Tembikai Inti Manis Sedap Lembut Kreatif Sungguh

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 258 hits
Kuih cara biasa pun sudah menjadi kegilaan inikan pula kuih cara cantik dan kreatif yang dikongsikan oleh ini Kreatif Resipi mudah dan ringkas tapi ada teknik yang tersendiri hendak membuatnya Jom cuba Kuih cara kena sumpah jadi tembikai Se...
Resipi Nasi Air Kelantan

Resipi Nasi Air Kelantan

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 517 hits
Resipi Nasi Air Kelantan Assalamualaikum salam sejahtera Sebenarnya nasi air kelantan ni salah satu makanan yang Murni selalu beli bila balik dari kelas masa belajar di UUM dulu Murni rindu dan teringin sangat nak makan nasi air Kelantan gi...
Resipi Ayam Rebus Sos Thai Cara Buat Somtam Paling Sedap

Resipi Ayam Rebus Sos Thai Cara Buat Somtam Paling Sedap

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 644 hits
Enaknya jika dapat menikmati hidangan Ayam Rebus ala Thai dan juga Somtam Pedas masin manis semuanya cukup rasa Maklumlah masakan Thailand sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia Sesekali berubah selera menikmati sajian dari negeri jiran...
Buat Sendiri Aiskrim Honeycomb Ala Bubblebee Sedap Lebih Jimat

Buat Sendiri Aiskrim Honeycomb Ala Bubblebee Sedap Lebih Jimat

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 317 hits
Manisan seperti Aiskrim Honeycomb sememangnya menjadi kegemaran ramai Ditambah pula dengan inovasi dengan menambah pelbagai rasa dan perisa menjadikan manisan yang dulunya biasa biasa ini kini menjadi lebih menarik dan enak Salah satu yang ...
Kerepek Pisang Nangka Buat Sendiri Rangup Dan Sedap Berlemak

Kerepek Pisang Nangka Buat Sendiri Rangup Dan Sedap Berlemak

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 169 hits
Mudahnya Buat Kerepek Pisang Sendiri Kerepek pisang yang cukup lemak dan masinnya memang menjadi pilihan Mai Kalau mahu rasa yang menepati ciri ciri yang kena dengan lidah buat sendirilah jawabnya kan hehe Alhamdulillah baru baru ini setand...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting