Resipi Murtabak Caborana Cheese Daripada Real California Milk Sedap
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Sati lagi resipi yang makin viral dan juga menjadi pilihan ramai orang untuk mencuba, malah ada yang menjadikan ia sebagai jualan. Maha sendiri cuba buat memang betul sedap yer hehehe. Tapi Maha improvise sikit dengan tambah cheese yang premium dan menjadikan ia lebih double up menarik
Resipi kali ni Maha nak cuba buat Murtabak Cabonara Cheese daripada Real California Milk. Kenapa Maha gunakan produk cheese ini kerana Real California Milik adalah keju asli asli yang berkualiti. Keju menggunakan 100% susu asli dari lembu di California dan telah memenangi anugerah di Amerika Syarikat serta di luar negara. Produk keju Real California ini berkualiti premium, pelbagai aspek dan sangat serba boleh untuk memasak dan membakar
Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Murtabak Cabonara Cheese ini:
▶ Cheddar Mild Slice dari Real California Milk▶ 50gram butter▶ 200gram daging cincang▶ 2 biji bawang merah▶ 3 ulas bawang putih▶ 2 biji cili hijau▶ 150gram sos cabonara▶ Sedikit lada hitam▶ Kulit Popoiah▶ Air kosong (untuk melekat kulit popiah)
Cara-cara memasak:-1) Cairkan butter dalam kuali dan goreng bawang merah serta bawang putih sehingga naik bau.2) Masukkan pula daging cincang goreng sehingga daging masak.3) Kemudian masukkan cili hijau, kuah cabonara dan juga lada hitam masak sekejap. Kemudian asingkan dalam bekas lain.4) Ambil sekeping kulit popiah dan letakkan sekeping Cheddar Mild dari Real California Milk.5) Isi pula dengan daging yang dimasak tadi ikut kehendak nak banyak mana.6) Kemudian bungkus kulit popiah sehingga menjadi bentuk empat segi tepat. Gunakan air untuk melekatkan kulit popiah tersebut.7) Goreng sekejap dalam kuali dengan minyak yang sedikit sehingga luarnya menjadi rangup.8) Dah siappppp boleh dinikmati panas-panas. (Awas jangan terus makan akan memberi kesan panas cheese pada bibir anda)
Mudah sahaja kan nak buatnya. Tapi kalau korang rasa macam kurang jelas boleh tengok video penuh yang Maha sediakan klik di sini. mungkin lebih faham. Nanti klik dan tinggal komen serta like video tu bagi banyak-banyak ok
Kalau korang nak dapatkan Real California Milk cheese ini ada banyak juga kat pasaraya besar seperti Village Grocer atau Jaya Grocer. Situ senang nak cari banyak jenis ada. Ikut korang nak guna yang mana satu tapi pastikan ada logo Real California Milk tu ok baru lah sedap. Selamat mencuba semua ok.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2024/05/resipi-murtabak-caborana-cheese.html