Resipi Keledek Goreng Rangup Bila Dah Start Makan Tak Sedar Habis Sepinggan


Resipi Keledek Goreng Rangup, Bila Dah ‘Start’ Makan, Tak Sedar Habis Sepinggan
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Anak-anak mesti suka makan. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.
Bagi anda yang tiba-tiba teringin nak makan keledek goreng seperti yang peniaga pisang goreng jual, boleh cuba resipi perkongsian Aiza Shereen ini. Bahan yang digunakan pun tidak banyak. Jom mama kita cuba buat!
RESIPI KELEDEK GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Ubi keledek – kupas kulit
Tepung gandum
Marjerin
Garam
Minyak masak
Air suam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Bersihkan keledek, kupas kulit dan potong keledek panjang-panjang.
2. Untuk bancuhan tepung, satukan tepung gandum, marjerin, garam, minyak masak, serbuk kunyit dan air suam.

3. Jika suka letak gula, boleh letak.  Sukatannya agak-agak sahaja ikut sebanyak mana keledek yang anda guna.
4. Bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

5. Panaskan minyak dalam kuali dan biar betul-betul panas. Goreng keledek secara berperingkat.

6. Bila keledek sudah garing keemasan, angkat, toskan dan sedia untuk dihidang bersama sambal kicap.
KHASIAT UBI KELEDEK: 1. Vitamin B6
Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung.
2. Vitamin C
Vitamin C di dalam ubi keledek penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman, dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit bak remaja.
3. Anti-oksidan
Memakan ubi keledek membantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada kanser.
4. Zat Besi
Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun dan memastikannya berfungsi dengan baik di dalam badan. Ia memberikan tenaga, membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stres, dan memetabolismekan protin.
Kredit foto: Pexels 5. Magnesium
Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.
6. Pottasium
Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.
7. Gula
Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga.
8. Karotenoid
Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.
Kredit resipi & foto: Aiza Shereen
 
 
 
 
 
The post Resipi Keledek Goreng Rangup, Bila Dah ‘Start’ Makan, Tak Sedar Habis Sepinggan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/resipi-keledek-goreng-rangup-bila-dah-start-makan-tak-sedar-habis-sepinggan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer Jamu Anak Anak Makan Mesti Habis Licin

Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer Jamu Anak Anak Makan Mesti Habis Licin

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 252 hits
Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer Jamu Anak anak Makan Mesti Habis Licin Resipi ayam bakar antara menu yang mudah disediakan Bahan bahan yang digunakan pun tidak banyak selain cepat dimasak Dengan hanya menggunakan menggunakan air fryer mama...
Resipi Kanom Piak Poon Makan Sejuk Sejuk Memang Sedap Gerenti Anak Suka

Resipi Kanom Piak Poon Makan Sejuk Sejuk Memang Sedap Gerenti Anak Suka

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 372 hits
Resipi Kanom Piak Poon Makan Sejuk sejuk Memang Sedap Gerenti Anak Suka Kanom piak poon atau puding pandan Thai ini antara yang menjadi kegemaran jika anda gemar bercuti ke negara Thailand Memang sedap dan menyegarkan bila makan sejuk sejuk...
Resipi Brokoli Celup Tepung Anak Anak Yang Tak Suka Makan Sayur Gerenti Jatuh Cinta

Resipi Brokoli Celup Tepung Anak Anak Yang Tak Suka Makan Sayur Gerenti Jatuh Cinta

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 216 hits
Resipi brokoli celup tepung anak anak yang tak suka makan sayur gerenti jatuh cinta Anak tak suka makan sayur Sudah puas dipujuk dan telah pelbagai cara dibuat supaya anak anak makan sayur namun hasilnya gagal Apa kata cuba buatkan Brokoli ...
Ayam Goreng Berkunyit Lembut Juicy Berasa Sampai Ke Tekak Confirm Anak Makan Bertambah

Ayam Goreng Berkunyit Lembut Juicy Berasa Sampai Ke Tekak Confirm Anak Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 345 hits
Bila dilihat dalam peti sejuk hanya ada ayam rasa rasa menu apa yang paling ringkas dan enak yang anda boleh sediakan ya Jika buntu mungkin menu ayam goreng kunyit adalah pilihan terbaik untuk dimasak Maklumlah dengan satu hidangan sudah cu...
Alhamdulillah Dapat Makan Malam Bersama Keluarga

Alhamdulillah Dapat Makan Malam Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 258 hits
ALHAMDULILLAH DAPAT MAKAN MALAM BERSAMA KELUARGA Cuti sekolah pada bulan Ogos yang lalu keluarga Cik Rose dari Kedah datang Johor Ayah dan anak anak saudara seramai 3 orang Bersyukur dapat bertemu ayah dan anak anak saudaraku Abang Cik Rose...
Makan Di Restoran Western House Kulim Kedah

Makan Di Restoran Western House Kulim Kedah

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 567 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah sebenarnya sudah lama terperap artikel ini untuk ditulis akhirnya dapat pun berkongsi dan bercerita panjang dalam blog Baru baru ini iaitu sekitar ...
Bodoh Bebenor Sapa Makan Umpan Ni

Bodoh Bebenor Sapa Makan Umpan Ni

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 285 hits
Kihkihkih Bodoh benor siapa percaya Negeri yang dia perintah lebih 30 tahun tu pun tak boleh maju nak bagi pembangunan kat tempat yang dia jadi pembangkang negeri tu Agak agak la nak menipu pun lebai oi Guane boh Raja Gelap II
Nasi Ayam Untuk Makan Malam

Nasi Ayam Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 366 hits
Assalamualaikum WBTADA kawan Sk tidak percaya bila Sk kata Sk hari hari masak Dia kata bukan ko hari hari makan kat kedai ke Isk isk tu la dia tak tahu makan kat kedai pun ya masak pun ya jugak Malam tadi masak Nasi Ayam Hainan tapi gambar ...
Untung Orang Kedah Boleh Makan Beras Rm7 Sekilo

Untung Orang Kedah Boleh Makan Beras Rm7 Sekilo

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 391 hits
HarapanDaily comTular di media sosial gambar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memegang pek beras wangi lembaga padi yang berharga RM7 sekilogram Rata rata warganet secara sinis menganggap itulah beras yang murah di pasa...
Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Singgah Pasar Malam Sekolah

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu